Pages

Wednesday, May 29, 2013

SI PENJUAL CHEWGUM


Sekadar gambar hiasan

Setiap kali melangkah keluar rumah di bumi Irbid ini, pasti ada saja pengemis di jalanan, kanak-kanak si penjual chew gum dalam kotak kuning. Kadang-kadang mata tidak dapat menahan rasa sayu, melihat pak cik-pakcik dan mak cik-mak cik yang baya tok wa kita di kampung. Tapi mereka sekarang ini di jalanan. Rasa sayu itulah membuatkan diri ini cuba juga menghulur berapa qursh (sen) yang ada. 

Rasa bersalah kalau tidak diberi. Rasa sedih. Memanglah orang kata, orang nasihat semua pelajar supaya jangan bagi duit nanti diorang tipu. Tapi atas rasa ehsan sesama muslim, gagah juga diri ini cuba hulurkan duit. Sama ada dia nak tipu atau tidak, terserah, biar Allah yang menilai. Sebab diri ini tak mampu rasanya nak berjalan di hadapan mereka begitu saja. Tambah-tambah kalaua da hari tak bawa duit, terserempak dengan mereka yang duduk di kaki lima jalan, sungguh diri ini diragut rasa sebak.



Tapi, bukanlah qaniah bagi duit dekat semua. Tengok juga. Yang betul-betul dhoif. Ini ada saja pengemis yang sihat walafiat, siap kejar lagi. Emm, qaniah tak bagi. Mungkin sindiket, sampai nak kejar-kejar ni. Ada tenaga pula. Wallahua'lam.

Semalam, qaniah keluar lagi. Jalan-jalan nak pergi Sakan Danny, dekat Duwar Naseem. Untuk ke sana, dari rumah qaniah , qaniah pasti juga melalui area syarie jamiah. Waktu nak balik semula ke rumah, ramai budak-budak Arab yang comel-comel menjual chew gum.

Acap kali qaniah menggeleng setiap kali mereka datang dekat suruh beli chew gum. Juga mengundang sayu. Qaniah terfikir, budak-budak comel ni dari mana ya? Pelarian Syria atau penduduk setempat. Bersih saja wajah mereka. Usia kanak-kanak dihabiskan di jalanan. Sungguh, melayang pemikiran ku kepada kehidupan kita di Malaysia.

Kanak-kanak di Malaysia, hidup mereka mewah. Mereka ada tadika yang sempurna. Taman permainan yang boleh main waktu petang. Mereka tak perlu susah payah mencari duit, kerana mereka disara ibu bapa masing-masing. Mereka pakai baju yang cantik sebab setiap ibu bapa mahukan anak mereka comel bergaya.

Kanak-kanak Arab ini rupanya sudah comel. Tidak perlu dihias dengan apa pun, tapi terserlah cahaya dari wajah mereka. Entah, memang sangat comel. Tambah-tambah kalau mereka senyum.

Hmmm...

Semoga mereka baik-baik saja. Semoga hari-hari mereka dapat makan dan minum. Sungguh, moga Allah mudahkan urusan mereka. Kanak-kanak si penjual chew gum yang comel :)

Barakallahufik..

Qani'ah Mawaddah
9.47 am
29 Mei 2013
Irbid, Jordan

No comments: