Pages

Wednesday, May 22, 2013

HAPPY SUMMER DAY!


Salam. Lama rasanya tidak menulis di sini. Kesibukan sebagai seorang student dan final exam menyebabkan segala-galanya tergendala. Walhal bukanlah baca buku sangat pun, cuma malas nak menulis. No idea kata orang. 

Saja letak picture budak comel kat atas ni. Sebab dia comellah qaniah letak :)

Alhamdulillah, esok last paper untuk final exam, semester dua, sesi 2012/2013. Esok paper Sepanyol.

Hola!


Tergeliat juga lidah nak sebut bahasan Spain ni. Doktor kami orang Spain rasanya, nama Doktor Imad. Tinggi melayut. Hidung pula mancung. Memang orang Spain dah ni.

Cakap Spain, laju saja. Fuh. Memang hebat lah.

:)

Berakhirnya exam esok hari, maka bermulalah cuti summer sebelum masuknya Semester Musim Panas. Cuti sebelum Semester Summer pun dikira cuti Summer ka? Hmm apa qaniah cakap ni?

Bolehlah. Tak tahu nak panggil cuti apa, qaniah panggil cuti summer saja lah :) 

Ini summer pertama buat qaniah. Tahun lepas qaniah tak ambik summer, cuti 3 bulan lah. Balik 30/5/2012. Tahun ni qaniah balik lepas summer sem. Sebulan saja cuti.

Kawan-kawan nak tahu? Subuh pukul 4 pagi sekarang. Pukul 5 pagi dah cerah. Bangun pagi tadi, selak langsir. Fuh, cerah dah!

Cakap dekat kawan : Aku nak pergi jogging arhhh.. dah cerah.

Kawan kata balik : Wehhh.. pi laah.. sunyilah lagi...tak payah lah..tunggu pukul 6.

Ok, dari pukul 6 sampai pukul 9 baru buka mata. Memang cabaranlah nak berjaga lepas Subuh.

Cuba anda bayangkan.

Nanti bulan puasa, Subuh pukul 3 pagi. Solat terawih habis dalam pukul 10 malam. Takkan kita nak tidur? Kalau kita tidur confirm, sahur ke mana..subuh ke mana. Kan? Oleh sebab itu, kita jangan tidur sampailah sahur dan subuh. Lepas subuh pukul 3 tidur balik.

Ya la, kelas pukul 8 pagi kot. Pakat tidur dululah. Itulah situasinya bila summer. Ini kawan-kawanlah cerita sebab qaniah mana ambik summer sem tahun lepas, ini dengar pengalaman kawan-kawan saja :)

*****

Ok, berbalik kepada cuti summer selama 2 minggu ni. Qaniah sudah listkan apa yang perlu dibuat. Hmm, dah nak naik tahun 3 bulan 9 nanti. Masyaallah, apa saja ilmu yang telah ada di dada ini?

Hmmm. Tunduk muka. Nangis.

Teruk sangat. Ilmu seciput. Malunya nak naik tahun 3. Ok, kita kena pandang ke depan. Kuatkan semangat. Apa qaniah kena buat cuti ni?

Tugasan cuti summer

1- Hafaz al quran juzu (rahsia)
2- Baca sejarah perbankan Islam
3- Baca kompenan dan produk-produk serta transaksi perbankan Islam
4- Search tentang cabaran perbankan Islam masa kini

Bahan bacaan tambahan

1- Reading english novel
2- Habiskan buku Contengan Jalanan
3- Habiskan buku Sebarkan Cinta

Ehem, agak-agak, bacaan manakah yang akan habis dulu. Of courselah, novel 3 kat bawah tu. Adui, kena juga struggle untuk baca ilmu perbankan Islam. Wajib!

Doakan qaniah berjaya dalam mujahadah menambahkan ilmu dan kosa kata dalam diri ini. Amin.


Kenangan selepas habis exam, Riayah Riflu
20/5/2013

Akhir kalam, selamat bercuti buat kawan-kawan semua. Manfaatkan cuti kita sebaiknya. Insyaallah. Moga terhindar dari maksiat dan dosa. Nauzubillah.

:)


Qani'ah Mawaddah
12.14 pm
22 Mei 2013
Bayt Dar Azzahra

No comments: