Pages

Saturday, December 7, 2013

PENJARA JIWA

 

"Kenapa dah tak menulis blog ya?"

"Eh... qaniah tulislah..."

"Bukan..tak menulis macam dulu...."

Dulu?




Menulis bukan satu benda yang mudah. Mungkin bagi setengah orang dia buat blog untuk post gambar..diari..cerita hal family..kawan-kawan...cinta juga kadang tu. Tapi adakah sekadar itu penulisan kita? Apa yang kita akan dapat dengan penulisan itu?

APA ITU PENULISAN?

Pada qaniah, penulisan adalah salah satu benda yang memberi kesan dan impak yang positif kepada orang yang membaca. Hatta kita menulis artikel..berita sekalipun. Pastilah kita mahukan penulisan kita dengari, dibaca dan difahami. Adakah orang menulis untuk dia saja faham..orang lain tak faham?

Bestkan kalau kita menulis dengan hati? Pernah rasa tak hati sakit bila nak menulis? Qaniah pernah dan sekarang pun walaupun tengah menulis benda ni. Itulah PENJARA JIWA.

Kenapa PENJARA JIWA?


Tatkala hati terasa keras, jiwa jadi tidak tenteram, fikiran menjadi kusut, tidakkah itu dinamakan PENJARA JIWA? Nak menulis rasa tidak kena. Nak menaip rasa tersalah bicara. Apa sebenarnya yang terjadi pada diriku? Pernah itu menjadi persoalan wahai sahabatku?

Iya, qaniah rasa benda tu. Bila rasa benda tu, satu persatu fikiran menerawang. Mencari makna erti apa yang berlaku sebenarnya. Oh, rupanya diri terlalu jauh. Jauh dari Sang Khalik.

Solat malamnya makin kurang ataupun sudah tidak pernah sama sekali. Oh bacaan al quran ku makin sikit. Ini rupanya mengapa jiwa terpenjara. Hati tagihkan roh iman. Jiwa mahukan sesuatu yang segar.

Ini rupanyaa....

Mari sahabatku, kita koreksi kembali diri yang alpa. Tahukah kalian kisah Ammar? Seorang pelajar sebayaku, yang meninggal di Turkey. Ada gerun di hati. Aku taku mahu membaca kisahnya apatah lagi gambar nya mengenakan kain kafannya. Aku melihat diriku di situ.

Ya Allah.. bagaimana nyawaku ditarik saat hati ku terpenjara begini Ya Allah? Sedangkan Ammar pergi menghadapmu dengan jiwa yang tenang.

Sanggupkah kita sahabat? Qaniah tidak sanggup. Mahu pecahkan juga penjara di jiwa. Agar hati terus lembut kembali. Mahukan roh iman.

Sama-sama kita berubah. Sebelum terlembat dan sementara masih ada waktu.

Ya Allah..bantulah kami... 


Qani'ah Mawaddah
10.16 pm
7 December 2013
Irbid, Jordan

No comments: