Pages

Friday, February 1, 2013

MEMBANTAH FILEM SAHARA

Salam semua...

Pernah dengar tak SAHARA? Qaniah baru tengok Promo Drama bersiri ini 2 malam lepas. Ok, first tengok terbeliak biji mata. Adegan berpegangan tangan. Yang tak tahannya perempuan tu pakai PURDAH.

Tepuk dahi seketika.



Adui, benda ni yang nak jadi masalah ni. Menyebabkan orang awam yang tak faham Islam akan fikir orang pakai purdah pun perangai 2x5. Ini yang tak boleh. Sebab itulah kita perlu halang drama sebegini. Merosakkan pemikiran dan pandangan masyarakat terhadap Islam.

Lagi 1, qaniah dengar penerbit or pengarah dia orang bukan Islam. Ok, ada yang kata kat qaniah, apa masalahnya kalau orang bukan Islam jadi pengarah or penerbit.

Oh, masalah apa ya?

Ini masalah-masalahnya :

1- Bayangkanlah, kalau filem itu menghina Islam, dan pengarah atau penerbit dia orang bukan Islam, dan padanya tiada masalah untuk diterbitkan, maka dia akan menerbitkan tanpa memikirkan bahawa rupanya filem tersebut adalah mengundang senstiviti umat Islam rupanya. Oleh sebab itu, wajar orang yang faham Islam menegur dan mengkritik filem tersebut. 

Bukankah mengkritik itu untuk memperbaiki filem dan menaikkan kualitinya lagi?

2- Ada yang kata, kenapa Filem Sahara sahaja perlu dibanned. Dah nak buat macam mana, filem ini terang-terangan nampak perempuan purdah berpegangan tangan. Ok, qaniah akui, banyak saja filem Malaysia yang tidak menepati syariat. Tapi kenapa kita tak banned? Sebab kita dah muak dan lali, sudah tahu memang jalan ceritanya bukan unsur-unsur Islam. Tapi, filem Sahara ini membawa unsur dan imej Islam, so sangatlah pelik apabila melakonkan unsur-unsur Islam yang tidak sepatutnya.

Ngerti kamu?

3- Tak patutlah buat page Kami Boikot Filem Sahara sahaja, kenapa tak buat Kami Boikot Filem Yang Bersentuhan Antara Lelaki Ajnabi. Ok, dah nak buat macam mana. Filem Sahara ini fokus utama dia. Boleh saja nak create page macam yang dicadangkan. Buat saja. Tak salah pun.

Dan qaniah yakin, pengarah boleh saja skip part-part yang patut pegang tangan. Contohnya, qaniah ada tengok drama Hidayah yang dilakonkan oleh Piere Andre. Tahu apa yang terbaiknya, dalam drama tersebut, lepas akad nikah terus skip babak lain, so tiada babak bersalaman dalam drama tersebut. Dan yang bestnya, tiada satu babak pun Piere Andre berpegangan tangan atau berpelukan sebagai suami isteri. Yang ada, si isteri memegang lengan Piere, itupun Piere memakai baju lengan panjang.

So, nampak tak di situ? Pengarahlah yang perlu bijak, create babak untuk elak dari berpegangan. Kalau nak sentuh, pakai baju lengan panjang.

Si Diana Amir lagi terbaik, dalam cerita CINTA GILA, pakai handsock terus.

Nampak?

Hendak tak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.

So apa lagi, pakat-pakat try mengarah filem pendek Islamik sikit :)

*****

Oh ya, sebelum terlupa. Jangan lupa dengar Mr. Bie nyanyikan lagu untuk SAHARA. Klip youtube dia, ada atas entry ini.

Dengarlah. Terbaiklah Mr. Bie :)

Mabruk, teruskan usaha dakwah anda!

Untuk sahabat-sahabat, siapa yang ada komen tentang SAHARA dan ingin berkongsi pandangan dan komentar, sila KOMEN di bawah ya :)

Thanks!

Membangun blogger bersama Islam. Takbir!

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
1 Februari 2012
1.06 AM

2 comments:

cahaya said...

slm 6t blh la awk masuk dlm dunia lakonan,sbg org yg berpurdah.then bwklah n baikilah mne yg ptut.:)

Nurul 'Atiya said...

Salam. saya setuju. Kebanyakan pengarah filem islamik sebenarnya kurang ilmu pengetahuan tentang agama. Sepatutnya kalau nak buat filem islamik mesti ada orang yang ada ilmu agama untuk guide supaya tak tersasar. Mungkin ilmuwan dan karyawan agama di Malaysia patut contohi Habiburrahman el Shirazy..Hasilkan filem yang mematuhi syariat :)