Pages

Monday, September 24, 2012

JORDAN.. I'M BACK

Bersama adik bongsu yang nakal dan manja ^^

Hampir seminggu qaniah pulang ke bumi Jordan. Hari ini baru sempat menulis lagi di sini. Apa khabar sahabat seaqidahku? Semoga semuanya sihat dengan rahmat Allah Maha Besar. Pantas masa berlalu, sekejap saja dah sampai masa untuk qaniah pulang ke bumi Jordan :)

Alhamdulillah, sempat beraya bersama keluarga tercinta di kediaman kami di Jitra, Kedah. Raya yang agak meriah, alhamdulillah. Kunjungan dari family tidak kira jauh dan dekat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Jordan masih macam dulu. Bingit dengan bunyi hon kereta. Ketiadaan air. Sampah merata tempat. Tapi entah kami masih tercuit rasa rindu pada bumi ini. Ya, qaniah merindui bumi Urdun ini. Meskipun hanya pulang bercuti selama hampir 4 bulan sahaja, rasa rindu itu sudah mula menjalar di setiap detik nafas :)

Entah bagaimana qaniah mahu menanggung rindu yang menggunung bila sudah khirij [grad] nanti. Allahurabbi... nikmatilah pengalaman indah ini selagi masih ada waktu.

By the way, qaniah dah naik tahun 2. Alhamdulillah :) Setelah ditolak tambah, akhirnya qaniah ambil 6 subjek. Dalam keadaan terpaksa. huhu. T.T

Cuba ikhlaskan niat balik. Dan banyak berdoa pada Allah supaya dimudahkan urusan untuk menuntut ilmu. Qaniah belajar dari pengalaman lepas, asyik merungut dalam hati time doktor mengajar, sebab tak fahamlah, tak nampaklah, tak dengarlah, membuatkan qaniah menjadi seorang student yang sangat gagal. Entah kenapa hati rasa sebal.

Qaniah mula tersedar apabila Allah hadirkan seorang ukhti. Dia bukan perli qaniah. Bukan marah qaniah. Tapi dengan satu benda di muka depan bukunya membuatkan qaniah rasa terpana. 

Subhanallah.. dia menulis satu doa di depan setiap buku , subjek-subjek yang dia ambil. Dan ada kata-kata yang membuatkan qaniah rasa begitu kerdil.

"Ya Allah..ikhlaskan aku dalam menuntut ilmu ini kerana-Mu Ya Allah..."

Ya... qaniah berazam. Setiap kali buka buku, setiap kali masuk kelas, doa ini akan meniti di bibir supaya Allah mudahkan urusan dalam mempelajari ilmu dunia untuk bekalan akhirat ini :')

Menconteng whiteboard di meja study
Semangat yah untuk sem 2012/2013 ^^

Doakan qaniah ya. Moga success. Qaniah bukan anak orang kaya, huhu. Qaniah hanya insan biasa. Seorang anak sulung yang punya impian yang besar. Suka travel dan mencari kebahagiaan. Suka bekerja, mengumpul duit untuk yuran sem. Alhamdulillah, rasa puas sem ini sebab duit dari hasil titik peluh sendiri bekerja sepanjang cuti di Malaysia.

Jadi, sanggupkah diri ini mensiakan segala pengorbanan, titik peluh untuk terbang jauh ke bumi ini :')

Be the best among the best qaniah !

Allah bersamamu...^^


1 comment:

Dzureen said...

All the best. Take care ukhti (: