Pages

Wednesday, June 27, 2012

USRAH BERSAMA MURABBI

Semalam ada usrah dengan murabbi. Masyaallah, tak sabar. Tidur tak lena, semangat nak pergi rumah murabbi. Yang kelakarnya, kami semua berjanji pakai hitam. Staff muslimat, semangat betul, dari jubah sampai ke tudung semua hitam. Tengok staff muslimin, hitam celup ja, bukan hitam semua T.T


Dalam pukul 4.30 petang, kami semua bertolak ke rumah murabbi di Tok Keling. Sebelum kami berhenti solat Asar kat Alor Mengkudu. Seronok pula berkonvoi ramai-ramai pergi rumah murabbi. Macam satu family.


Ya, kami semua satu family dalam medan dakwah ini.



Ini pertama kali qaniah jejakkan kaki ke rumah murabbi. Macam mimpi. Selama ni dari jauh tengok murabbi, dari jauh simpan rasa rindu untuk menatap wajah murabbi. Tapi hari ni, datang rumah murabbi terus. Dengar taujihad secara live. Masyaallah...


Bila dah sampai depan rumah murabbi [pak long], kami duduk di luar dulu. Lama juga duduk. Kemudian dengar pak long panggil masuk, qaniah pandang kat tingkap rumah. Nampak pak long. Waaaaa... teruja.


Pak long keluar sambut staff muslimin, masyaallah... muka pak long ceria. Qaniah teringat satu benda. Time mengaji kitab Syamail Muhammadiah Isnin hari tu, pak long kata... Rasulullah sambut tetamu dengan wajah yang ceria, gembira. Dan hari ini terbukti pak long mengaplikasi apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Subhanallah.. inilah jiwa ulamak. Suka sangat tengok pak long senyum.


*****

Berdiri saja kami dekat ruang belakang. Ustazah Mahani, isteri pak long suruh pak long ambik karpet. Pak long pun datang bawa karpet warna koko. Mata tak terlepas pandang murabbi. Masyaallah.. pak long macam seorang ayah. Selama ni, tengok pak long di kuliah, sebagai seorang ustaz yang memberi taujihat dan mengajar masyarakat.

Tapi hari depan mata, nampak senyuman, keramahan pak long. Allah... inikah murabbiku? Mulianya jiwa dia Ya Allah...

Nampak tak picture di atas. Kami tengah usrah ^___^

Seronok dengar taujihat murabbi. Banyak yang terkesan di hati. Pak long kata kalau kita CINTA PADA RASULULLAH, kita kena juga CINTA pada PERJUANGAN NABI...

Betul, kalau kita mencintai Rasulullah, kita kena bersedia masuk ke medan juang yang pernah Nabi berjuang. Berjuang untuk memenangkan Islam. Itu adalah tugas kita.

Pak long pesan kepada semua, bahawa.. kita semua adalah nadi perjuangan. Kita ni mengisi ruang kosong yang tidak diisi oleh orang lain. Kita adalah generasi kemenangan yang diimpikan. Kita kena berusaha untuk itu.

Kita adalah generasi yang dikaderkan oleh generasi terdahulu. Mereka tinggalkan hasil perjuangan pada kita. Kita nilah sedang bekerja untuk membina generasi selanjutnya. Jadi kita kena jadi yang terbaik, bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan ini. Jangan FUTUR, jangan REBAH, jangan LEMAH.

Kita kena ingat, kerja Islam sentiasa tiada masa kosong, kalaulah kita berjuang tapi masa kosong banyak, tu tak betul tu...

Mesti ada silap kat mana-mana. 

Tekun pak long mengingatkan.

Suka untuk qaniah nukilkan kata-kata salah seorang staff PAKSI,

"Sebelum kita menangkan ISLAM di tempat kita, kita ISLAMKAN dulu Islam dalam diri kita..."

Masyaallah..betul.. sudahkah kita menangkan Islam dalam diri kita?
Inilah murabbi kami, atau sinonim dengan panggilan pak long. Tau dak, time ni.. kami baru lepas habis usrah. Qaniah nampak pak long masuk dapur, qaniah buka beg cepat-cepat nak ambik buku BINGKISAN FIKRAH, nak suruh pak long tandatangan.

Nampak ustaz lalu...

"Ustaz...nak tandatangan boleh....?"

Dengan rasa tidak malunya qaniah memulakan bicara.

"Haih..bolehhh.."

Berbunganya hati ini, first time tegur ustaz Zainul Asri. Eh, silap second time. First time waktu qaniah form 2. Zaman budak-budak lagi, time tu pak long ajar kitab di Darul Hadis lama. Qaniah pi mintak doa dapat semua soleh. Pak long ijazah... tapi qaniah datang lambat. So, pi mintak sendiri. Tak senonoh punya perangai T.T Biasa la, zaman kanak-kanak.

Pak long datang duduk atas karpet. Waaaa..qaniah terus duduk. Bagi buku. Dekat koooot. Terkejut dan teruja. Blink..blink. Murabbi depan mata kot. Ya Allah.. syukur sangat. Macam di awan-awangan kot :P

"Ada pen canggih sikit dak?"

Pak long tanya.

Qaniah kata... xda ustaz... qaniah pun bagi pen qaniah. Waaaa... pen tak canggih bagi murabbi pegang ^_^

"Ustaz...bila nak datang Jordan..." 

Qaniah dengan selambernya bertanya. [Teruja kot!]

"Ha... Jordan?"

Pak long berhenti menulis.

"Ana mengaji Jordan ustaz..."

Menambah perasa, bila pak long bertanya lagi. hoho.

"Ooo..ya ka.. ritu nak pi.. tapi tak jadi.. tak pa.. tak pa.. lepas ni insyallah kita pi.."

Pak long berbicara. Qaniah dah senyum menyimpul, sampai ke telinga. Teruja tak habis lagi.

"Nur Nasuha Abdul Rahman..."

Pak long sebut nama penuh... waaaaaaaa T.T 

Teruja lagi.

"Yarmouk kamu nooh.."

Pak long bertanya. Qaniah hanya mengangguk.

Tengok ni, murabbi.. murabbi tandatangan..

Siap tulis BARAKALLAHUFIK

Allahuakbar... satu ayat yang besar dan meruntun di jiwa tambah-tambah bila murabbi sendiri tulis kat atas buku.

Suka sangat. Terima kasih Ya Allah..di atas kesempatan masa yang Engkau beri ini.
Allah..


Tahu tak..rumah murabbi..tenang sangat. Sungguh, lapang saja rumah ni dan rasa ketenangan. Habib Umar pun dah jejak rumah ni. Memang rumah ni sangat tenang qaniah rasa. Sebab diisi dengan ruhiyyah dan fikrah.


Allah...


Hebatnya jiwa ulamak ini...
Kerdil rasa jiwa ini..
 Ha...ini salah satu rak buku pak long. Bila qaniah tengok balik pic ni. Rasa memutih je tengok pemandangan sekeliling rumah ni. Nampak suci dan bersih.


Inilah koleksi kitab seorang murabbi...seorang ulamak warisatul anbiyak. Ini baru sedikit, di ruang tamu ada lagi rak yang besar.


Hmmm.. hebatnya jiwa mereka.


Kat rumah kita banyak perabot, banyak TV, banyak gambar family. Tapi rumah murabbi ini... meskipun rumahnya besar, tiada perabot mewah yang menghiasi. Hanya ada kerusi di ruang tamu, rak buku, dan di ruang lain banyak ruang kosong.


Kemas, simple dan bersih.


Dan TENANG!


Rumah kita mampukah setenang rumah seorang ULAMAK?


Masyaallah..kena muhasabah balik. Rumah kita banyak benda lagho.


Sangat-sangat lagho.


*****

Hampir nak maghrib baru kami balik. Murabbi pun siap-siap nak ke Masjid Akar Peluru, malam ni Kitab Faturrahman. Staff lelaki pun dah beransur pulang. Murabbi dah keluar kat halaman.

Kami pun beransur pulang dan murabbi terus ke masjid. Kami pun terus ke masjid. Nak dengar pengajian. Tapi qaniah hampa sebab kami pakai hitam sebenarnya nak tangkap gambar staff dengan murabbi, tapi sebab dah lewat, semua pakat lupa habis. Hanya qaniah yang menagih simpati gambar sentiasa ingat T.T

Tak pa lah.. tak da rezeki. Yang penting, hari ni sangat gembira sebaaaaab.. jumpa murabbi depan mata.

Jom sama-sama jadi orang yang MENCINTAI ULAMA ^_^

Barakallahufik!

Qani'ah mawaddah
Pejabat PAKSI
4.20 pm
27 Jun 2012

3 comments:

nur_iman said...

ana taleh baca post ni..sebak sangat..dsah teriak dah pon..T T
kosongnya diri ini..rindu sgt pengisian dr murobbi....RINDU!!

Mujahid Muda said...

subhanallah..semoga Allah merahmati mereka-mereka yang senantiasa bersama dengan murabbi...~

Abu Awfa Insyirah said...

Terlupa bab tangkap gambar tu..nnt insyaAllah kita susun len..bg ada baju rasmi staff AMC..hehe..