Pages

Tuesday, June 26, 2012

KULIAH BERSAMA MURABBI

Macam biasa, semalam ada kuliah di Ukir Mall. Sebelum pergi Ukir Mall, ustaz suruh kitorang pergi Restoran Zee Fee. Sampai restoran tak da pun geng pejabat. Qaniah pun call ustaz , ustaz suruh duduk dulu. Order apa yang patut, nanti ustaz sampai.

Kesian, kak Sham puasa T.T , qaniah dengan Liyana dan Sabirah masuk dalam restoran. Pilih meja yang panjang tu. Maklumlah kami ramai. Selang dalam 15 minit, geng staff lelaki datang dengan ustaz. Kak Wina pun adaaa.. kak Wina baru sampai dari Mesir, seronok makan ramai-ramai.



Hampir pukul 8 malam baru kami bergerak. Siap-siap ke Ukir Mall. Hari ini kami lambat sikit, so terpaksa solat di surau, nak solat di dalam dewan, orang dah habis solat. Takkan tinggal kami bertiga dok berdiri solat, sedangkan murabbi dah mula kuliah. Tak soleh buat perangai macam tu :P

Kami masuk dalam dewan ketika murabbi sudah memulakan bicara. Berjubah putih, da nada rida hijau seperti gambar di atas. Subhanallah, sungguh mulia wajah murabbi itu.

Murabbi banyak menyentuh tentang kemenangan Islam, hari kiamat. Dan ketahuilah duhai hati, kiamat itu kian hampir . sesangat hampir.

Hampir di sepanjang kuliah, qaniah hanya termenung. Sakit dada fikir beban dosa. Persoalan tentang kiamat dan kemenangan Islam membuatkan diri terus berasa gerun untuk berterusan mencintai dunia yang hanya sia-sia ini.

Usai solat Isyak, macam biasa. Kalimah Lailahaillah memenuhi segenap ruang. Makin kuat kedengaran, minggu ni rasa sayu sikit. Kedengaran ahli zikrullah muslimin berterusan menyebut kalimah lailahaillah, lama murabbi diam. Tidak mengeluarkan suara jelas di mikrofon.

Serius, sayu sangat. Qaniah rasa sedih sangat. Terasa nak menjerit sebab banyak dosa dalam diri. Pak long (murabbi) kata sebut lailahaillah pada lafaz.. tapi dalam hati katakan… ALLAH JUA TUHANKU…ALLAH JUA TUHANKU..

Qaniah tak mampu tahan air mata. Arghhh… kenapa hidup yang panjang selama 19 tahun ni sia-sia dengan maksiat hati? Kenapa hidup ini aku lalui dengan dosa yang menebal tanpa ada sedikit pun usaha untuk aku lawan. Serius, benci dengan keadaan ini.

Murabbi kata.. lepas ni..balik rumah. Setiap hari sebelum Subuh, duduk di sejadah.. sebut laihaillah 100x… sampai boleh menangis. Sampai rasa dah tak da apa. Dunia dah keluar dari diri. Buat setiap hari, Isnin minggu depan malam kemuncak kita sebut.

Allah… ini amanah. Murabbi amanahkan kepada semua ahli zikrullah yang hadir tidak kira muslimin dan muslimat.

Subhanallah…lama benar aku tidak koreksi diri ini. Lama sangat.. terlampau lama…

Ya Rabb… terimalah hamba-Mu ini..

Qani’ah Mawaddah
Pejabat PAKSI
1.22 pm
26 Jun 2012

No comments: