Pages

Wednesday, June 20, 2012

BERSAMA MURABBI

18 Jun 2012/ 28 Rejab 1433

Syukur alhamdulillah, sejak kerja di PAKSI, qaniah makin dekat dengan murabbi, ustaz Zainal Asri. Minggu lepas, buat pertama kali qaniah kembali duduk dalam majlis ustaz. Petang Isnin qaniah bawa motor dari rumah ke Ukir Mall. Qaniah naik tingkat 3. Waktu tu qaniah pakai baju purple.. rasa malu nak jalan, sebab semua mak cik-mak cik pakai serba putih. Subhanallah. Masyaallah.

Penuh dalam dewan muslimin dan muslimat dengan serba putih. Sejuk mata memandang. Hati bagai ditusuk rasa, hebatnya tarbiyah di bumi Kedah sekarang. Allahuakbar.


Azan maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Waktu tu, qaniah duduk sorang-sorang sambil pandang depan. Termenung. Tiba-tiba, mata di sebelah kiri rasa sesuatu. Qaniah toleh. Allah… Allah..Allah… qaniah nampak murabbi, tengah berdiri. Bercahaya mata qaniah, terus bangun duduk di saff depan dengan pandangan mata yang masih tidak lekang memandang murabbi. Sungguh, qaniah rindu taujihad murabbi ini.

*****

Hari ini qaniah datang dengan adik. Keluar dari pejabat PAKSI lebih kurang dalam pukul 6 petang, terus ke Maahad Tahfiz Derga. Bila sampai sana, tak perlu tunggu lama, Izati dah siap. Lepas Asar tadi dah call dia suruh siap-siap. Syukur Alhamdulillah.

Semalam ada sambutan Isra Mikraj di Ukir Mall juga. Cuma qaniah datang sorang, tak tahu pula adik nak ikut sekali. Itu hari ini tebus kesilapan semalam, bawa dia datang jumpa dengar kuliah murabbi. Semalam best sangat, dewan penuh dengan orang. Atas pentas ada 7 kumpulan qasidah, dari Maahad Darul Hadis, Maktab Mahmud Alor Star, IPG Tengku Bainun, Maahad Ibnu Sina, kumpulan tariqat.. yang lain tak tahu.

Subhanallah..best sangat. Serius sangat best. Alunan qasidah yang sangat menyentuh jiwa. Serius jatuh cinta dengan alunan qasidah. Sedap tak terhingga.

Tapi hari ini, hari Isnin. Memang kuliah mingguan bersama murabbi di sini. Guna kitab Syamail Muhammadiyah. Murabbi kalau cerita kisah Rasulullah sedap dengar. Mampu alir air mata dengan lentok suara yang lembut dan rasa sayu sangat. Subhanallah.
Minggu lepas, murabbi cerita tentang khatam nubuwwah. Hari ini tentang rambut Rasulullah. Dengan rasa rendah diri, qaniah nak berkongsi satu hadis tentang rambut Rasulullah. Sebenarnya banyak hadis diceritakan oleh murabbi, cumanya qaniah cuba berkongsi yang mudah untuk difahami, insyaallah.

Hadis 26 : Al Bara’ bin ‘Azib berkata :

Rasulullah adalah seorang yang memiliki bentuk tubuh yang sederhana, kedua-dua bahunya bidang, rambutnya menyentuh kedua-dua cuping telinganya.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin Mani’, daripada Abu Qathan, daripada Syu’bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara’ bin ‘Azib.

            Murabbi cerita, kita cubalah amalkan sunnah Nabi. Tapi tidak bermakna tidak mengamalkan sunnah Nabi kita tidak mencintai Nabi Muhammad S.A.W. Ikut habuan atau rezeki masing-masing. Ada setengah orang dia boleh buat yang lain, setengah orang mampu dia buat yang lain.

            Murabbi sempat juga berjenaka, murabbi kata dulu dia teringin nak simpan rambut panjang. Sebab itu sunnah. Tapi, rambut Rasulullah kemas. Semua rambut Rasulullah disisir ke belakang telinga dan rambut Rasulullah pertengahan leher.

            Murabbi memang teringin sangat-sangat. Tapi kalau nak simpan, Nampak serabut. Tapi Alhamdulillah, pernah sekali Allah kurniakan nikmat macam tu. Murabbi juga tak mampu lagi nak pakai cincin, memang belum ada rezeki. Nak pakai tapi tak pandai. Satu lagi selepas makan, tuang air masak sikit dalam pinggan dan minum.

            Pernah murabbi buat sekali, tapi tak boleh buat dah. Pening. Murabbi kata, habuan masing-masinglah. Sunnah mana yang mampu dia buat. Kita cuba amalkan yang mana termampu. Subhanallah, terkesan. Ya.. kita cuba amalkan sunnah yang ringan dan memudahkan kita. Puasa sunat ka. Pakai jubah ka. Makan guna tangan ka. Simple kan ^_^

*****

            Selepas baca kitab, kami dihidangkan dengan qasidah dari budak-budak maahad Darul Hadis. Mudir Darul Hadis, Ustaz Zainal Asri sendiri. Macam talaqi, semua mengelilingi murabbi, geng Darul Hadis di sebelah kanan murabbi. Subhanallah..sedap sangat. Dapat qasidah baru lagi hari ini.

            Murabbi cerita, dia dapat ilham qasidah ni sewaktu perjalanan balik dari telaga Tuffah. Telaga Tuffah adalah telaga yang pernah diludah oleh Rasulullah. Air dia rasa sedap sangat. Minum air telaga Tuffah bermakna jiwa Rasulullah telah masuk dalam diri kita. Allahuakbar.

            Usai qasidah, murabbi beri teguran. Murabbi kata, kita datang Majlis zikrullah. Sebut Lailahaillah tu biar kuat sikit. Ini tidak, sebut perlahan, dalam hati pula tu. Itu martabat atau maqam yang lebih tinggi tak pal ah. Kita ni maqam rendah lagi. Sebut lailahaillah bagi kuat sangat, buang yang kotor-kotor dalam hati tu.

            Sapa yang nak balik tak palah..pi balik. Kita tak haling. Tinggal sapa yang memang nak duduk dalam majlis zikrullah saja. Jadi, zikir kuat-kuat sikit. Sebut satu..satu. Bagi kalimah Lailahaillah tu sebut jelas.

            Lenggok kepala pula, murabbi kata dia ikut cara Imam Ghazali. Kalimah ‘LA' kat sebelah kanan, ‘ILLA HA’ kat sebelah kiri, potong sikit benda kotor kat hati tu. Hati kan sebelah kiri, angguk kepala kuat sikit. ‘ILLA ALLAH’ kat tengah. Buat kuat-kuat, sebut kuat-kuat..biar sampai terkesan dekat hati. Baik untuk jantung ni. Ha..sapa yang sakit jantung tu buat kuat-kuat sikit. Sempat lagi murabbi berjenaka ^_^

            Solat Isyak berjemaah diimamkan sendiri oleh murabbi. Sayu rasa… subhanallah. Usai solat kami sama-sama ikut murabbi sebut kalimah Lailahaillah. Dari slow… hingga bergema dewan Ukir Mall dengan kalimah Lailahaillah. Hamper setengah juga rasa. Subhanallah, sangat terkesan di hati. Rasa sebak. Semua orang bersungguh-sungguh menyebut kalimah Lailahaillah. Meremang bulu roma. Allah. Inilah semangat muslimin dan muslimat. Allah..Allah.. Allah..

            Air mata yang mengalir diseka. Mulut masih kuat bertahlil. Sayu rasa.

Rabbi Solli ‘Ala Taha… Muhammad al Mustofa…

Wa ‘ala alihi… wasahbihi ajma’in….

            Sayu murabbi berselawat. Subhanallah.. berkatilah murabbiku ini. Berkatilah negeri Kedah ku ini. Berkatilah majlis zikrullah kami…

            Sahabat-sahabat di Kedah, datanglah majlis zikrullah ini. Sungguh membina jiwa. Benar…. Tersentuh sangat Ya Rabb…

*****
            Usai majlis terus cepat-cepat nak hantar adik. Murabbi depan kami. Saja qaniah jalan cepat-cepat. Nak tengok muka murabbi. Waktu qaniah dekat motor, murabbi lalu sebelah sambil tunduk pandangan. Sorang-sorang dia saja. Mata qaniah tak lepas dari memandang murabbi. Rindu taujihad murabbi. Murabbi singgah kedai makan rupanya.

            Qaniah kalut nak hantar adik sangat, kalau tidak boleh makan dengan murabbi sebab sahabat baik qaniah cerita, diorang makan dengan murabbi. Ustaz ajak.  Ye la, kami kan kerja dekat pejabat murabbi, Junudud  Dakwah Resources, diorang dah keja sejak awal tahun. Selalulah usrah dengan murabbi, tapi qaniah baru balik. Baru masuk pejabat. Tak berpeluang usrah dengan murabbi lagi. Jelesnya =.=

            11.30 malam baru sampai rumah.. fuhhh.. penat tapi berbaloi. Semoga bertambah iman. Amin.
            Cerahnya langit itu. Dalam keseronokan bercerita kisah bersama murabbi, hari ini sayu dan sedih. Hilang lagi permata berharga dalam perjuangan suci ini.

Ustaz Yahya bin Othman telah kembali ke rahmatullah. Renungi tarikh-tarikh ini. Bulan Jun yang telah menyimpan seribu satu kisah, murabbi-murabbi yang telah diambil Allah kembali.


Mereka kesayangan UMMAH , Mewaqafkan Jiwa untuk Ummah , Mereka bernafas dengan Nafas Islam. Jun , mata2 kami masih tidak kering dengan pemergian para MURABBI DAKWAH dan TARBIYAH.

23 Jun 2002: Ustaz Fadzil Noor 
14 Jun 2005 : Ustaz Rahmat Abdullah 
13 Jun 2009 : Ustaz Fathi Yakan
14 Jun 2010 : Ustaz Hassan Syukri
14 Jun 2012 : Ustaz Yahya Othman 

Inilah murabbi tarbiyah. Murabbi sebuah gerakan Islam. Allah…
“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat.

- Bicara MURABBI bersulam sayang -

Kata-kata dari sang murabbi yang ana ambil dari blog salah seorang anak muridnya. Subhanallah… bersih sekali muka murabbi ini. Sahabat-sahabat..mari sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah buat arwah sang murabbi.

            Sedihlah kalian..bersedihlah.. kerana hari ini, Allah hilangkan ilmu dan agama dan taujihad perjuangan itu..dengan hilangnya mereka di muka bumi ini. Bersedihlah kerana mutiara berharga ini telah kembali kepada Peciptanya… Allah….

Salam penuh kasih sayang dari mutarabbimu..

Qani’ah Mawaddah
Pejabat PAKSI
12.36 pm
20 Jun 2012

4 comments:

uskutsilence said...

Qaniah..
Qasidah tu ada dalam bentuk mp3 tak?
Huhu~nak dengar juga..

-the pencil- said...

Ukhty Qani'ah,
sgt2 terisi baca post enti kali ni.
Nak terharu boleh tak? :')
Jaga diri dan kesihatan di sana.
Cuma satu je nk ckp,
ana rindu enti...
*kesatairmata~ hee~

-the pencil- said...
This comment has been removed by the author.
nur_iman said...

ana menangis lagi..rindu murabbi..rindu sahabat2..rindu kak2..
semua..mai la jenguk ana kat sini..kak suha....suruh la kak sobr bwk kreta buat rombongan mai sini..
:'(