Pages

Thursday, June 28, 2012

DIARI : RAGAM BUDAK SEKOLAH AGAMA

Selalunya bila time nak masuk universiti, semua budak-budak sekolah agama yang thiqah sikit lah katakan, mesti gelabah. Sebab apa? Ya la, nak masuk ke satu alam lain, dunia luar. Selama ni budak-budak ni syadid, tiba-tiba nak pergi ke satu dunia yang penuh dengan ikhtilat, sifat keterbukaan dan tak boleh dah syadid-syadid macam dulu. Mana tak nervousnya.

Hmmmm... ramai adik-adik, sahabat-sahabat menangis sebab takut benda ni. Takut nak hadapi. Masalah ni selalunya berlaku di sebelah muslimat la.

Macam mana qaniah nak cakap ya...

Tapi memang qaniah akui pun, dunia luar penuh cabaran. Dulu time zaman maahad, orang kata.. syadidlah.. tengok nanti keluar, dia jadi lebih teruk dari budak-budak maahad yang teruk sekarang.

Betul ka?

Qaniah pun buatlah kajian sikit, tengok perkembangan senior-senior.

Hmmm.. betul juga. Qaniah tengok, dulu orang yang syadid teruk, last-last keluar.. dia jadi biasa-biasa dah. Mungkin kejutan budaya.

Dan ada pula yang teruk, berubah jadi baik bila keluar.

Tapi.. kita tak boleh lah buat teori, sapa yang SYADID dulu, bila keluar nanti dia jadi TERUK.

Sebenarnya semuanya dari hati. Kalau nak ikutkan , qaniah dulu garang time zaman maahad. Syadid la juga kot. Bila dah masuk universiti ni, memanglah jadi slamber. Lain dengan dulu.

Cumanya, kita kena kuatlah, janji jangan apa yang kita buat tersasar dari landasan syarak. Apa manusia nak kata..katalah.

*****

Seorang budak sekolah agama, perempuan.. dia ambik bidang sains ka.. engineering ka... membuatkan muamalat dia dengan lelaki akan jadi banyak sebab buat kerja sekali.. dan pakaian dia juga mungkin ikut trend... 

Jangan terus kita hukum dia macam-macam. Jangan pandang dia sebelah mata. Mungkin dari segi muamalat dia agak longgar, tapi hati dia masih terjaga. Amal ibadat dia masih hebat. Kita mana tahu. Semua tu rahsia Allah. Jadi jangan cepat sebarkan gosip dan percayakan khabar angin. Kan dah ada ayat quran tentang tu.

"...Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu...."

~surah hujurat : 6~

Qaniah ni bukanlah sapa-sapa untuk bercakap tentang bab syadid, terbuka dan semua ni. Qaniah pun banyak buat silap, dah terbuka muamalat, dah slamber.... cuma qaniah hanya mampu beri nasihat dari pengalaman qaniah sendiri.

Ya, mungkin qaniah berubah jadi tak baik , sebab tu lah qaniah nak sihat adik-adik. Betulkan persepsi adik-adik, perbetulkan niat.

Kehidupan di universiti akan jadi indah, dan hati akan berbunga tarbiah kalau kita yang dapat jaga hati itu betul-betul.

Macam murabbi ustaz Zainul Asri kata, jaga hubungan kita dengan ALLAH. Baru ALLAH akan JAGA kita. Ingat tu.

Allah...ujian hati adik-adik. Ujian keimanan..kat mana-mana semua ada. Qaniah yang masuk universiti kat Jordan ni pun, dah rasa down, apatah lagi adik-adik yang ada kat universiti tempatan.

Qaniah sibukkan diri dengan kuliah murabbi sekarang, nak cuci hati yang kotor. Nak perbetul niat. Qaniah nak sihat kat adik-adik ni, sejujurnya...jagalah HUBUNGAN dengan ALLAH, Serius ni, ALLAH akan bantu jaga HATI kita.

Kalau kita KOSONG dengan RUHIYYAH, sebab tu kita jadi lagho. Kita rasa DOWN , FUTUR, LEMAH, macam-macam kita rasa. Betul dak?

Rasa nak ada KAWAN kat sebelah. Nak MENANGIS la.

Betul. Qaniah sendiri rasa macam ni. Memang jujur habis.

Bila dah balik ni, qaniah belajar sesuatu. YAKIN dengan ALLAH. Ini yang murabbi pesan. YAKINLAH dengan ALLAH. Kalau kita YAKIN dengan ALLAH, buatlah apapun, kita takkan RISAU. Duduklah walau di mana pun, Kita akan rasa ALLAH ada kat sisi. TAK RASA TAKUT. Betul adik-adik.

Kita belajar jadi orang yang bergantung pengharapan pada Allah ya :)

Semoga semua jadi SOLEH dan SOLEHAH. Lupakan DUNIA yang hanya MELALAIKAN kita. Ingat AKHIRAT yang KEKAL ABADI.

Love you all because ALLAH ^_^

P/s : ingat tau... yakin dengan Allah, pergilah universiti mana pun, Allah ada dengan kita.

Qani'ah Mawaddah
Pejabat PAKSI
5.05 pm
28 Jun 2012

3 comments:

khaliFah_maahad said...

tiba-tiba saja rasa nak komen~

1)Semua ini proses biasa, kita tak akan selama-lamanya berada di maahad. ~Ingat tu adik2 maahad sekalian :)~

2)dulu2 kami (putera) pernah kata, maahad ini medan latihan, latihan untuk apa? latihan untuk menghadapi dunia sebenar, dunia luar. contohnya mcm sekolah memandulah, setelah dapat ilmu memandu, pandai2lah kita memamdu di dunia sebenar dan berhati-hati agar tidak terbabas dan eksiden :)

3)Bagi sahabat2 yang masih di maahad,cuba kita cari kunci sebenar yang boleh kita pegang. Niat kita. Betul kata saudari, HATI itu penting. kenapa kita jaga ikhtilat di maahad, kenapa serban? kenapa dan kenapa. bukan takat ikut ikutan sahaja. ILMU dan HATI.

4)kepada yang baru nk masuk U, jgn takut utk tonjolkan 'kemaahadan AKA keislaman' kita. contohnya ajk org g surau, amal sunnah yg mampu, x kisah kata org. kenapa? sebab berdasarkan pengalaman, ramai ja budak sekolah agama kat U, tapi nampak mcm budak2 biasa sebab malu2 kucing. Kitalah kena berani untuk memulakan kebaikan :)

5) mungkin yg last sekali. Sebelum saya tinggalkan bumi Maahad dulu, saya ada minta satu kata2 nasihat daripada cikgu Farhana dan Ustzh Farishana, mudah sahaja

"ingatlah asal kita siapa?"

kalau kita ingat asal kita, insyaAllah, kalau kita tersasar pun, Allah akan hantar sahabat2 yg baik untuk btulkan kita.

insyaAllah.

Selamat menempuh alam Universiti :)

akhawat jordan said...

yg pastinya kita perlu ada PRINSIP dalam hidup...agar tidak tersasar dari tujuan hidup yg kita rencanakn sebelum ini...:)

Anonymous said...

yg pastinya kita perlu ada prinsip agar tidak tersasar dr tujuan hidup yg kita rencanakan...