Pages

Sunday, March 4, 2012

INILAH DIRI AKU

           Sungguh masa itu sangat pantas berlalu bukan? Ya, sangat pantas. Terkadang terlepas banyak benda yang hendak dikejar...kerana tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Ungkapan kata-kata dari wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Sahabat,
          Hari ini, tanggal 4-3-2012. Genap usia aku 19 tahun. Subhanallah..MasyaAllah.. indah tidak terkira. Entah bagaimana untuk aku khabarkan...bahawa aku sedang meniti usia akhir belasan tahun. 19 tahun... yang kelak akan menginjak ke usia puluhan tahun.



          19 tahun, usia yang perlu aku manfaatkan sebaik mungkin. Usia yang perlu aku tarbiyah dan didik diri dengan lebih giat lagi. Abah..mak... kakak dah besar. Terima kasih didik kakak sampai tumbuh menjadi seorang gadis.

         Terkenang kenangan di rumah sewa badan dakwah. Form 2 aku di Urwatul Wuthqa. Form 3 dan form 4 aku di Tibbil Qulub. Form 5 di Qurratul Ain. Aku tumbuh dengan tarbiyah dan didikan dakwah kakak-kakak tercinta. Sungguh..aku rindu gilapan dari kalian. Aku rindu tarbiyah dari kalian, kerana kalianlah yang telah banyak berjasa dalam membentuk diri dan jiwa aku...seorang insan yang diberi nama Nur Nasuha binti Abdul Rahman.

Terima kasih pimpinanku, kalian senantiasa di hati. Allah...

         Kini..aku tidak lagi di bumi Malaysia.. sudah jauh aku tinggalkan laman tarbiyah..bumi Maahadi. Aku jauh beribu batu..terpisah dari kalian. Aku terdampar di satu medan yang penuh mencabar. Dunia asing yang menuntut erti pengorbanan dan sebuah jihad yang lebih besar. Allahuakbar.
     
         Sungguh..aku akan rebah dan jatuh andai aku ikutkan nafsu yang menggila. Aku seorang manusia sahabat. Jatuh bangun itu perkara biasa. Aku bukannya insan yang sempurna. Kesalahan demi kesalahan adalah satu kebiasaan, kerana aku manusia. 
  
         Lantas, di usia yang masih berbaki... 19 tahun. Izinkan aku ubah diri ini. Jangan pandang diri aku pada 18 tahun lepas. Tetapi pandanglah diri aku pada saat ini kerana aku seakan bayi yang baru lahir. Ingin belajar meniarap...merangkak...bertatih... hingga aku mampu berdiri kembali. Didiklah diri ini sahabat...aku tidak mampu lakukannya sendirian....

Duhai diri,
         Selamat hari lahir yang ke 19 tahun. Moga bertambah iman. Moga thabat dan terus istiqamah dalam perjuangan suci ini. Sahabat, doakan aku kuat...doakan aku tabah.

*****
        Malam yang penuh tragis. Allah uji lagi kekuatan diri. Ditimpakan kesakitan yang mencengkam sanubari. Air mata menitis tanpa dipinta. Allahuakbar.

       Jika di Malaysia...terus mendail nombor telefon abah...

       "Abahh..kakak sakit..."

       Terus abah suruh aku tekapkan telefon di telinga, sambil abah mengalunkan selawat 149 dari jauh. Sayu kedengaran. Sungguh damai. Hingga aku terlelap begitu sahaja.

       Begitulah rutinku jika kesakitan menjengah. Jika di rumah.. abah akan pegang ubun-ubun sambil baca selawat 149 hingga aku tertidur. Sungguh aku tenang.

       Tapi hari ini..aku sakit. Apa aku boleh buat? Mencari ayat al quran di Youtube... surah Al-Baqarah dialunkan sambil menahan kesakitan.

       "Abah..kakak nak abah pegang ubun-ubun sambil baca selawat 149..."

Sungguh..aku rindu!


Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.42 am
4 Mac 2012

2 comments:

Mutiara Kehidupan said...

Alhamduliillah,,,,=)

Mar'ah Solehah said...

Salam 'alayk,ya sahibatiy sygfillah..
Sanah Helwah! Suha kuat ya.. Moga sentiasa tabah.. InsyaAllah,tembakan du'a dari ana sentiasa akan mengiringi langkahan Suha.. Moga najah di dunia & akhirat.. Ceria2 selalu ye..^^