Pages

Sunday, March 25, 2012

APA ADA DALAM HATI?

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Allah berikan kesempatan pada diri ini, dan hati ini untuk menulis di sini lagi. Agak lama blog ini ditinggalkan. Tidak sedar diprivatekan juga. Maaf atas kesulitan ini, dan maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya di Facebook ^^ Qaniah agak terleka dan mengabaikan blog ini.

Di kesempatan yang ada, tidak terlalu lambat rasanya untuk qaniah ucapkan, tahniah buat adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM pada 21 Mac yang lepas. Pada yang berjaya..tahniah dan tahniah. Moga kecemerlangan kalian akan digunakan untuk berbakti buat ummah. Buat adik-adik yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan. Senyumlah..sabarlah. Yakinlah bahawa ada hikmah dari-Nya.

Jangan fikir, dengan keputusan yang sebegitu anda tidak mampu berjaya. Qaniah juga tidak sepandai kalian. Hanya mampu dapat 4A 5B 2C. Terukkan? Tapi syukur.. Allah hantar qaniah jauh ke bumi anbiya. Aneh?Allahurabbi~ rahmat-Mu tersangat luas.

Mungkin ada yang dapat hebat, tetapi kekadang Allah uji dirinya dengan agak sukar dan sulit jalannya masuk ke alam universiti.

Mungkin ada yang dapat sikit, tetapi kekadang Allah mudahkan urusannya untuk masuk ke alam universiti.

Nah, indah bukan perancangan Allah?

******

Semua bermula dari hati. Apa ada dalam hati kita sahabat-sahabat? Allah? Atau dunia? Sepanjang qaniah tidak menulis di sini. Banyak yang diri ini pelajari. Kesibukan sebagai seorang mahasiswa, siangnya dia universiti dan malam hari mengikuti mana-mana program untuk mentarbiyah hati dan diri.

Sahabat,

Kita tidak mampu keseorangan. Lumrah dan fitrah untuk diri kita memerlukan, kawan-kawan, teman dan sahabat. Apabila keseorangan kita sunyi. Hidup kosong dan tidak beerti. Hadirnya seorang kawan yang bernama syaitan, senantiasa menghasut ke arah kejahatan.

Hati ternoda. Maksiat dilakukan sekelip mata. Masa terbuang begitu sahaja. Hidup penuh foya-foya. Hati jadi keras. Cahaya iman tidak mampu masuk ke hati kerana hati ini terlalu keras dan gelap. Dan sedarlah sahabat, cahaya tidak dapat menembusi objek legap. Dan hati kita kini penuh tompok hitam.

Tika ingin menangis menginsafi apa yang dilakukan diri, sakitnya dada ini Ya Allah. Bagai ditusuk-tusuk. Mahu menangis. Cuba dan terus mencuba. Menepuk dada..meminta diri ini menangis. Namun hanya sakit yang mampu bertempat di dada, air mata tidak mampu menitis.

Kenapa?

Hati ini terlampau kotor. Gelap. Sudah sukar untuk menangis. Allah…allah..allah..

*****
Sahabat,

Apa guna bertudung litup, berjubah labuh, ayu pada pandangan mata andai hati ini tidak dijaga. Qaniah tujukan ini pada dirinya juga. Kamu ingat senang mahu jaga hati? Tidak sahabat, qaniah sendiri kekadang rebah. Mujahadah menjaga hati adalah mujahadah yang terlalu sukar sahabat.

Sangat sukar. Benar sahabatku.

Hati adalah tempat pandangan Allah. Rosak hati maka rosaklah segala-galanya. Banyak yang qaniah cuba perbetulkan pada diri qaniah sendiri. Dan harapan qaniah, sahabat-sahabat juga akan cuba perbetulkan diri.

Qaniah juga seorang manusia dan insan seperti kalian. Degil merupakan tunjang utama diri ini sahabat. Qaniah cuba berubah. Membentuk hati, melentur diri. Rahmat Allah itu maha luas sahabat.. qaniah yakin, Allah akan membantu…

Di hati inilah tempat terpendamnya segala rasa. Suka duka. Kasih. Cinta. Semuanya di hati sahabat. Jika kita tidak rawat hati sebaiknya, bagaimana untuk kita berupaya mengawal semua rasa ini sahabat?

Didiklah hati kita ini sahabat. Supaya kuat dan utuh dengan ujian Ilahi. Kekuatan adalah milik mutlak Allah taala. Kita memang takkan punya daya melainkan dengan izin-Nya. Andai saat ini, kekuatan hati kita hilang, maka pohonlah kepada-Nya..

Sahabatku sayang,

Jom sama-sama kita jaga hati ^^ nak jadi soleh dan solehahkan? Jadiiiii.. jom kita jaga hati. Tingkatkan beramal pada Allah. Sikit-sikit kita tinggalkan benda lagha. Lama-lama kita akan makin jauh dengan dunia..dan makin dekat dengan akhirat.

Sahabat, qaniah yakin kalian boleh. Qaniah pun boleh! ^__^ Jangan lupa selawat pada Nabi Muhammad ya…

Madad madad..madad Ya Rasulullah

Mood : hati ini sedang sakit, beerti keraskah hatiku? Allahurabbi :’(

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
8.52 pm
25 Mac 2012

3 comments:

maidah mazni said...

assalamualaikum...

selalu rasa situasi yang sama...sebak sangat dada..tapi x mampu menangis...terasa jauh sangat dari DIA..tapi bagai x mampu nak kembali...namun jauh di sudut hati nak sangat kembali pada DIA....nak sangat tenggelam dalam cintaNya...nak sangat istiqomah cari redha DIA...sakit...bila hati sakit...seluruh kehidupan terasa sakit....sangat sakit....ya Allah...
(T_T)

.:Insyirah:. said...

assalamualaikum..salam perjuangan ukhty yg disayangi..
alhamdulillah, ada sedikit ketenangan bila baca entry kali ni..moga2 ana beroleh kebaikan dari semua ni..doakan moga2 urusan ana dipermudahkan..begitu juga ukhty..

salam ukhwah fillah...

Qani'ah Mawaddah said...

Salam buat ukhtiku tersayang,
syukran atas komen kalian ^^
Ukhti, semoga kita sama-sama kuat..
Sayang antunna :)

Qani'ah Mawaddah
1.23 am
Irbid, Jordan