Pages

Sunday, June 19, 2011

TERUSKAN LANGKAH INI


Qani’ah Mawaddah,

          Aku teruskan langkah ini. Menghayun mengikut alunan aturan Ilahi. Kosong. Sepi… tapi aku tahu, Allah sentiasa bersamaku. Mengapa harus aku bersedih?

          Setapak aku melangkah. Meninggalkan kisah lama. Beratnya langkah itu. Peritnya hati ini. Lama kelamaan, ada secebis ketenangan mengisi kekosongan hati. Ketenangan itu makin terpancar tatkala ku bersolat.

          Aku solat lagi. Nangislah duhai diri.. kenapa tidak boleh? Kenapa? Argh… peritnya. Kerasnya hati. Pedihnya! Setitis air mata tidak mampu gugur.

          Ketenangan itu ada. Masih belum mendalam. Kenapa? Kerana titik hitam telah menutupi hatimu. Gelap. Tiada sirna cahaya. Allah.. kenapa jadi begini?

Saat dhuha akan bersujud…

Saat tahajud aku meratap…

Tapi air mata itu perit sekali untuk dialirkan. Seakan aku hipokrit dengan diri. Aku bangun. Melangkah keluar. Memandang langit biru…

Allah…berikanku secebis ketenangan…

Allah…alirkan ketenangan dalam diriku…

Aku hayun langkah. Aku tidak akan menoleh lagi. Yang lepas biar lepas. Aku harus pandang ke depan. Manfaatkan hari ini, usah difikir hal semalam. Gembira saban hari jangan biar hati berduka!


Serikandiasrar,
19 JUN 2011
9:11 am

2 comments:

Khair as-sofi said...

teruskan langkah mu dik =) insyaAllah moga berjaya suha =)

Seven said...

Assalamualaikum wahai serikandi umar..(walaupun kamu dah xguna name 2)
alhamdulillah, akhirnya kamu kembali ke dunia penulisan. moga kamu terus kuat melangkah..
"andai kamu kecewa dengan kekecewaan semalam, lepaskanlah ia dengan air mata. dan mulakan hari ini dengan senyuman. kerana senyuman itu akn memberi kamu kekuatan untuk menghadapi hari esok..."