Jam sudah menunjukkan pukul 3.08 pagi. Aku masih tidak berganjak dari meja pejabat. Menaip kerja. Rehat sebentar. Memandang sekeliling pejabat kawasan. Ini kali kedua aku datang ke sini. Sahabat-sahabat sudah ‘syahid kecil’. Aku yang masih setia menaip.
Mata ini asyik memandang foto Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Kenapa ya? Entah.. banyak saja gambar pemimpin parti dalam pejabat ini. Sejuk mata memandang gambar ulamak. Akibat terlalu bosan, aku membuka Facebook sementara merehatkan diri.
Terkaku sebentar…pada satu ayat. 23 JUN 2002… Perginya USTAZ FADHIL NOR. Masyaallah.. patutlah hati ini… mata ini asyik terasa ingin memandang foto ustaz. Al fatihah buat ustaz…
Bersamaku…renungi kronologi 300.000 orang menghadiri upacara pengebumian Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor
22 Jun 2002
10.30 malam berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.
23 Jun 2002
1.30 pagi keadaan Allahyarham dapat distabilkan.
7.00 pagi berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.
10.30 pagi berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.
11.30 pagi jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.
12.30 petang jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.
12.45 petang jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.
1.45 petang rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.
2.30 petang jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.
2.55 petang jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.
3.15 petang maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.
4.40 petang memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.
6.00 petang jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.
7.00 petang dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.
7.45 malam selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.
8.30 malam maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.
9.15 malam jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.
9.30 malam jenazah selamat dikebumikan.
10.00 malam upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.
10.30 malam rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.
11.00 malam kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain.
Kini telah terbukti seorang pemimpin Islam yang dikasih pasti telah menunjukkan berkatnya di dunia lagi. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, lebih 300,000 orang hadir dalam majlis pengkebumian seorang pemimpin. Allahyarham Datuk Hj.Fadhil Nor adalah insan yang bertuah kerana ratusan ribu rakyat marhaen hadir untuk memberi sedekah Al-Fatihah dan sama-sama solat ke atas jenazah beliau.
Hari ini Malaysia dan segala isi penduduknya pasti kehilangan seorang pejuang Islam, walaupun kepimpinan beliau dibenci oleh musuh politik, tapi Allah swt telah menunjukkan kepada umatnya Allahyarham adalah insan kerdil yang akan ditempatkan bersama para mujahid dan para syuhada di alam barzah.
Al-Fatihah untuk roh Allahyarham dan takziah kepada keluarga beliau serta pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) serta BA. Semoga Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa Allahyarham serta ditempatkan bersama para syuhadah. Semoga ini akan memberikan kita keinsafan serta kembali ke jalan islam yang sejati lagi hakiki.
p/s : berjuanglah untuk Islam!
Qani'ah Mawaddah,
24 Jun 2011
3:22 am
~Jerai~
4 comments:
hilangnya sebutir permata yg tiada gantian yg seumpamanya. Alfatihah.
alfatihah..
http://adzriel.blogspot.com/2011/06/al-fatihah-9-tahun-ustaz-fadzil-noor.html
JOm Membaca
walaupun saya hanya belajar sebulan sahaja di KIDU, namun saya amat terasa jasa besar beliau.
Anak allahyarham, Fawwaz Fadzil kini sangat aktif menggerakkan jentera dakwah. Hebat orangnya, dia pernah ajaq saya. Allahu Akbar!
Post a Comment