Lama tak menulis. Terasa kekok. Terasa janggal. Menulis bukan benda mudah. Menulis bukan untuk suka-suka. Tetapi aku menulis kerana aku rasakan penulisan merupakan satu uslub dakwah. Mengajak manusia ke arah kebenaran. Menegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
Blog aku dah lain. Sempena 15 Syaaban, blog pun kena merubah wajah. Membuat satu perubahan. Perubahan dalam diri dan kehidupan. Aku akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai visi dan misi yang tidak terlaksana sebelum ini.
Kenapa perlu berubah?
Entah.. itu diri aku. Sekali buat silap, aku tak mahu buat silap lagi. Benda yang dah lepas aku akan tinggalkan. Teruskan kehidupan yang mendatang. Mengharapkan redha Allah semata. Apa gunya kehidupan aku andai redha Allah tidak bersama? Apa guna kehidupanku andai kata tiada jasa untuk disumbangkan?
Telah ku infakkan diri ini buat agama-Mu Ya Allah…
Jangan Kau lalaikan aku dengan dunia yang fana ini..
Sesungguhnya…
Hidupku..
Matiku..
Hanya pada-Mu Ya Allah….
Tinta Qani’ah,
Qani’ah Mawaddah
16 Julai 2011
~jerai~
2 comments:
salam.
perubahan itu perlu, lebih2 lagi jika transformasi yg kita tu ke arah yg lebih baik. teruskan dakwah pena ini, biar bertukar sribu blog, dakwah tetap utuh.
p/s : yg paling ketara berubah adalah warna blog :)
wassalam...
huhu.. ketara warna blog :)
ya, doakan yang terbaik buat ana
Post a Comment