Pages

Saturday, June 18, 2011

RINDUNYA


          Lamanya tak menulis  di sini. Masih belum ada kekuatan. Masih belum ada rasa untuk menulis kerana tiap kali pena ingin dilarikan, terasa sebak di dada. Ya Allah… kuatkan hati hamba-Mu ini.

          Rindu untuk menulis. Rindu untuk bermadah. Cumanya aku tidak mahu lagi tersalah langkah. Sekali lagi teruji di usia 18 tahun. Hanya Allah yang tahu perasaan hati. Alhamdulillah teruji. Syukur aku sedar akan kesilapan diri.

          Segalanya harus kerana Allah. Apa-apa yang kita suka harus juga disukai Allah… mungkin kita tidak tahu bahawa yang kita tidak suka itu terbaik buat kita, bahkan yang kita suka amatlah buruk buat diri kita hakikatnya.

          Aku temui kunci utamanya. Yakni, pohonlah apa jua yang engkau kehendaki kepada Allah kerana Dia yang mengetahui aturan masa depan kita. Kita tidak berhak menentukan kerana kita hanyalah makhluk pinjaman Allah..

          Aku akan terus menulis. Menulis kerana ALLAH…


Serikandiasrar
18 Jun 2011
11:19 am

3 comments:

CHE ROSSLI said...

Tulis jangan tak tulis, penat hari2 buka xda cerita baru(^_^)

Qalamqudus92 said...

Menulislah selagi termampu,kerana menulis adalah satu cabang dakwah dan medan ilmu..Menulis walaupun bukan kepakaranku,tetapi ia akan dapat membenihkan cabag pahala selagi mana aliran pahala terus-terusan mengalir atas segala kebaikan ilmu yang ditulis:) Salam dakwah di tinta bisu:)

budaksowt said...

jgn berhenti menulis..