Pages

Saturday, October 23, 2010

Teguran Buat Datin Rosmah ~_^



Bismillahhirahmanirahim

            Allahuakbar! Apa sudah jadi pada pemimpin Malaysia hari ini? Islamic Fashion Show adalah satu penganjuran fesyen menghina Islam, ana terkesan untuk menulis entry ini setelah membaca di Laman Islamku Online. Antara kata-kata penulis ialah~ Ini antara yang menarik untuk diberi perhatian. Jika anda seorang yang rajin 'menjelajah' ke blog2 berunsur Islamic dan ditulis pula oleh blogger2 muslimah yang ternyata sangat Islamic, anda akan dapati bilangan mereka sangat ramai. Blogger muslimah memang sangat ramai, bahkan tidak mustahil melebihi jumlah blogger lelaki. Lihat sahaja di Universiti2 di seluruh Malaysia, lelaki bagaikan hampir pupus. Blogger juga begitu. Terkecuali di sini blogger muslimah yang hanya pandai menulis 'ayat2 cinta' dan ' ketika cinta bertasbih'. Itulah yang diulit saban hari dalam blog mereka. Saya tidak ingin membazir masa melayan mereka dalam entri saya.”~

            Jadi, sebagai muslimah, ana turut terkesan dengan festival fesyen ini kerana pada pendapat ana, ana tiada rasa untuk mengenakan pakaian sebegitu rupa. Hal ini kerana, ia langsung tidak melambang ciri- ciri Islam. Bayangkanlah pakaian yang dipakai terpapar nama Rasulullah, walhal pakaiannya langsung tidak menutup aurat. Inikah pakaian muslimah wahai Datin Rosmah? Oh, bukalah mata, bukalah mindamu wahai Datin Rosmah, inilah adalah agenda mempersendakan agama.

            Ayuh muslimah sekalian, bersama kita memboikot festival ini kerana ia menghina pakaian muslimah, beginikah cara pemakaian wanita Islam? Maaf, Datin Rosmah, sejahil-jahil kami mengenai ilmu agama, kami sudah pasti tidak mahu mengenakan pakaian ini kerana ia menghina Nabi Muhammad S.AW. segeralah kalian memohon keampunan daripada Allah kerana takut-takut bala Allah akan turun kelak kerana sedarlah bahawa kita adalah umat akhir zaman.


Inilah adalah artikel yang ana petik dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi. [Episode Sebuah Perjuangan]Selamat  Membaca. Buka mata, buka hati… lihatlah pada kebenaran sebuah penipuan!

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .





Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .


~sekadar hiasan~

To Datin Rosmah From Serikandiumar

            Buat Datin Rosmah, serikandiumar seronok sangat jika Festival Fesyen yang diadakan seperti gambar ini. Jika, Datin sanggup menganjurkan program ini, insyaallah rata-rata muslimah termasuk serikandiumar akan turut serta kerana inilah pakaian Islam yang sebenar.


            Ini hanyalah pandangan serikandiumar buat Datin Rosmah sebagai pemimpin wanita bagi negara Malaysia. Sebagai pemimpin kita perlu mendengar aduan rakyat kan? Jadi, harap Datin Rosmah tidak marahkan serikandiumar kerana serikandiumar juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mahukan hak untuk bersuara. Kami tidak mahu menjadi rakyat yang hanya mengikut apa pemimpin buat apatah lagi jika apa yang dilakukan melanggar syariat Islam. Ada sesiapa yang menyokong dak permintaan serikandiumar ni? ~_^
         
Rakyat Malaysia
serikandiumar93
23 Oktober 2010

1 comment:

Syahida said...

salam ziarah..=) ana mohon izin utk copy & paste entri ini..? ingin dijadikan perkongsian di blog ana..jemput ziarah.. saljufirdausi.blogspot.com