Bismillahirrahmanirrahim….
Hati ini berat untuk menulis entry kali ini kerana ana takut ia takut salah faham akan berlaku bagi sesiapa yang tidak dapat menerimanya. Tika ini ana sedang menonton rancangan Oprah di TV7. Isu yang sedang hangat dibicarakan ialah mengenai Laman Sosial pada era teknologi ini. Ana tertarik untuk terus menonton rancangan ini apabila ada seseorang tetamu yang ditemu ramah menangis mengenangkan anaknya yang mejadi mangsa kekejaman laman sosial lantas menasihati ibu bapa remaja supaya tidak meletakkan komputer di bilik tidur anak tetapi meletakkannya di ruang umum seperti ruang tamu supaya dapat memantau kegiatan anak-anak mereka.
Di Kanada, mereka giat menjalankan aktiviti penangkapan penipuan dalam laman social. Pada tahun 2007, seramai 90 000 identiti dikesan. Polis-polis di Kanada giat mengajar ibu bapa cara memantau anak-anak dan menangkap pemangsa di Laman Sosial. Tahu apa yang Oprah persoalkan? Bagaimana kamu membiarkan anak kamu berhubung dengan orang yang tidak dikenali di laman social? Bayangkanlah apa yang akan berlaku.
Baru sebentar tadi, dia menyarankan ibu bapa meletakkan perisian untuk menghalang anak-anak mereka membukan laman-laman yang tidak sepatutnya. Ada 3 aspek penting yang perlu ada pada perisian tersebut, 1) perlindungan 2) pengawasan satu lagi dah tak ingat… ana terfikir, kenapa orang bukan Islam malah mereka sendiri dari kalangan kaum yang mencipta laman social sendiri tidak menerima laman ini bahkan gusar laman ini membuatkan ana mereka terjebak dengan seks bebas. Tapi kenapa orang Islam sendiri, bahkan di kalangan Melayu tidak sedar hakikat ini.
Baru sebentar tadi Oprah melaungkan, ayuh selamatkan anak kita! Lihatlah, mereka sendiri mahu menyelamatkan anak mereka dari semua kejahatan dunia teknologi. Kenapa tidak kita? Kita membiarkan anak kita yang setahun jagung, menghabiskan masa di laman sosial tambahan pula pada era kegemilangan Facebook ini. Oprah mendedahkan setiap hari pasti ada lebih kurang 10 000 lebih gambar porno kanak-kanak di laman sosial. Aduh, budak yang sekecil itu pun sudah terdedah dengan seks. Apa sudah jadi dengan bangsa kita?
Kenapa kita tidak sama-sama bantu membanteras semua ini? Oprah baru sahaja menyeru semua peminat rancangan ini bersama-sama menyokong penguatkusaan undang-undang terhadap keselamatan anak-anak yang telah pun dikuatkuasakan hasil dari respond semua pihak setelah Oprah giat merungkai segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap anak-anak kita.
Ana menyeru kepada semua supaya sedar akan hakikat bahayanya laman sosial ini, ana tahu ana masih seorang remaja yang berusia 17 tahun, tapi ini harapan ana kepada ibu bapa sekalian, juga buat bakal yang bergelar ibu bapa, janganlah kalian mengambil mudah perkara ini. Jika kalian membiarkan anak-anak kalian begitu asyik dengan Myspace, Facebook… jangan kalian menyesal jika ada sesuatu yang terjadi kepada mereka. Ini realiti…. saudara ana sendiri kecundang dengan laman sosial Myspace di usia yang begitu muda. Ana tidak mahu melihat anak-anak muda Islam terpesong jauh dari landasan....
Aku gusar
Adakah apa yang ku katakan diterima umum
Aku tahu
Aku hanya serikandi kecil
Yang punya harapan
Bangsaku tidak alpa dimamah dunia
Aku hanya seorang serikandiumar
Yang punya cita-cita
Remaja Islamku kembali ke landasan yang benar
Ku mahu mereka kembali kepada fitrah asal mereka
Yakni Islam
Aku tahu
Kalian Islam
Namun sejauh mana identity Islam engkau bawakan
Buat apa sekadar Islam di mulut
Tetapi peribadimu jauh terpesong sama sekali
Munafik, fasik juga Islam
Tapi mereka dilabel dengan perkataan lain
Adakah kalian mahu dilabel mukmin atau munafik?
Remaja seislamku,
Aku mahu kalian sedar
Siapa kalian sebenarnya
Kalian pemimpin akan datang
Untuk lihat pemimpin akan datang
Maka lihatlah remaja hari ini
Tapi kalian lain!
Kalian tak seindah yang disangka
Mampukah kalian memimpin sebuah Negara?
Ku terkenang perjuangan Nabi di Medan Uhud
Takkan ku lupa jasad Hamzah dirobek-robek oleh Hindun
Begitu setia dia berjuang hingga syahid di Medan Uhud
Ku singkap saat kematian Rasulullah
Masih bersisa perkataan Ummati ! Ummati ! Ummati!
Rasulullah begitu menyayangi ummatnya…
Namun lihatlah apa yang telah kita lakukan
Kita khianati Rasulullah
Kita sakiti Rasulullah
Allah….
Maafkanlah kami….
Kami terbuai dengan arus badai duniawi….
Ya Allah,
Di kesempatan ini
Ku bermohon kepada-Mu
Kau bukalah minda ummat hari ini
Kembalikanlah mereka ke jalan yang lurus
Matikanlah mereka di dalam iman
Makbulkanlah doaku ini ya Allah….
pejuang kecil
serikandiumar93
28 Oktober 2010
1 comment:
Salam Serikandi Kecil,
Mungkin usia ukhti masih muda, tapi perjuangan adik tidak muda dan tidak baru..IsyaAllah teruskan usaha..Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.
Buat sahabat2 yang mempunyai facebook, berhati2lah..tahukah gambar yg anda upload di facebook itu boleh di'save' dan di'copy' oeh sesiapa sahaja..mahukah anda gambar2 anda disalahguna oleh mereka yg tidak brtnggungjawab?Ini baru soal keselamatan belum lagi soal syariat?Adakah anda bangga mendedahkan aib anda untuk dilihat seluruh dunia?Andai anda hanyut dgn dunia facebook, siapakah yang tinggal utk membela Islam?siapakah yg tinggal utk teruskan perjuangan Nabi SAW?Ingatkah kita akan janji2 kita kepada Alah SWT?bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah SWT..Benarkah hidup kita untuk Allah SWT sedangkan kita hanyut dalam dunia 'laman sosial'..Renung-renungkan..Ukti Farah
Post a Comment