Pages

Sunday, August 26, 2012

PERKONGSIAN UNTUK ADIK-ADIK BARU

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..masih dikurniakan kesempatan untuk menulis setelah hampir kekeringan idea untuk menulis lagi. Qaniah baru balik dari Program Orientasi Anak Kedah ke Jordan di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Masyaallah.. sangat ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan keseluruhan pelajar yang ke Jordan bagi satu Malaysia adalah 1320 orang. Subhanallah.. jumlah yang sangat besar.


Sepanjang orientasi.. qaniah faham. Ada yang terpinga-pinga, takut, gerun, risau..semua ada.. apabila memikirkan kondisi kewangan, universiti yang minta tidak dapat tetapi dipindahkan ke universiti lain. Bagi yang kondisi kewangannya rendah pula, nama mereka naik di Universiti Of Jordan, Amman. Yang memang popular dengan kos sara hidup yang agak mahal.

Sebelum-sebelum ini, sikit sangat insan-insan yang memilih untuk ke Amman sebab kos sara hidupnya yang agak mahal. Pada tahun ini, mungkin pihak EMJ telah membahagikan para pelajar sama rata mengikut mantiqah dan universiti. Ini hanya telahan qaniah.

Terkejut juga qaniah, bila tengok senarai nama pelajar yang banyak ke Amman, dan dapat pengkhususan ekonomi Islam. Memang terbaiklah. Kalau macam kami di Yarmouk, kami ada senior-senior yang boleh membantu kami kalau ada yang tak faham, buat study group. Tapi mereka ini dapat Amman, so generasi yang terpaksa bersusah payah sendirilah. Kena struggle dan study hard lah jawabnya.

Seriously, kagum!

*****

So, insyaallah..entry kali ini ingin membantu serba sedikit kalian yang bakal ke bumi Jordan, supaya hadir ketenangan di hati dan rasa lega lepas baca entry ini. Huhu ^^ Insyaallah, amin.

Secara jujurnya, qaniah pun bukan anak orang kaya pun nak pergi belajar dekat Jordan ni. Semua pun tahu, kos sara hidup di Jordan agak tinggi, dengan nilai mata wang 1jd = Rm 4.30. Tapi akhir-akhir ini, nilai mata Jordan makin tinggi dengan nisbah 1jd = Rm 4.40, kadang-kadang Rm 4.49 hingga menjangkau hampir Rm 5. Fuhhh... perit juga!

Qaniah pergi Jordan tahun lepas memang tawakal kepada Allah sungguh. Bayangkanlah sebelum qaniah ke Jordan, semua persediaan seperti pasport, terjemahan sijil, cop pengesahan dan hampir semua urusan dilakukan sendiri. Naik bus ke KL, LRT lah..kena marahlah... lapar lah..menangislah..sampai lah borang itu sampai sendiri ke tangan pegawai KPT. 

Sebelum ke Jordan, qaniah kerja..alhamdulillah dapat kumpul Rm 3000, hasil dari duit kerja, sumbangan, baitul mal, kerajaan negeri. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. rezeki Allah bagi. Jatuh bergolek rasa rezeki datang depan mata.

Bertolak ke Jordan dengan penuh keyakinan kepada Allah. Qaniah tak kaya, tapi qaniah yakin dengan Allah. Allah akan bantu. Bila dengar taklimat, terasanya bila senior-senior kata, kena ada Rm 1000 sebulan. Keringlah sapa yang belanja bawah dari Rm 1000.

Serius, qaniah rasa kerdil sangat. Qaniah tak kaya. Serius! Abah akan letak duit dalam bank kalau duit qaniah sudah tak da. Kalau still ada duit dalam Rm 200 ka, memang abah takkan letak. Kadang-kadang abah letak Rm 300 ja.

Yang penting, kita kena pandai kawal duit tu. Kita sedar, kita tidak kaya, tetapi kita ada niat nak belajar. Orang pergi jalan-jalan, kita tak payahlah ikut. Sepanjang qaniah berada di Jordan, qaniah masih belum pernah jejakkan kaki ke Petra, Wadi Rum atau mana-mana tempat yang menarik di Jordan kecuali ke Aqabah, itupun atas dasar program Anak Kedah dan yurannya murah.

Ingat lagi, time semua pergi jalan-jalan, qaniah duduk saja sorang-sorang di sakan. Relax ar, baru tahun 1, ada lagi 3 tahun kalau nak berjalan pun. So, pujuklah hati. Tak duit buat cara tak da duit... ngeeee. ^^

*****

Tujuan qaniah menulis entry ini, nak menyedarkan kepada sesiapa yang ada masalah kewangan, kita yakin..yakin..dan yakin sangat-sangat dengan Allah. Serius, yakin sangat-sangat. Allah akan bagi rezeki depan mata!

Qaniah pun pernah rasa, ada senior halang pergi sebab dia kata qaniah tidak mampu. Qaniah diam. Rupanya, kalau kita tak da duit, impian kita akan terkubur ya?

Qaniah terdiam. Qaniah pekakkan telinga, teruskan langkah. Saat qaniah serahkan borang ke KPT, saat itulah keputusan UPU keluar, qaniah dapat UIAM, dalam bidang Asasi Sains Kemanusiaan. Tak sanggup tangan nak tekan tak mahu pergi, suruh kawan yang buat benda tu. Memang serah bulat-bulat kepada Allah, bila semua family gesa.. kenapa tak pergi UIAM dulu? Kalau tak dapat Jordan macam mana?

Bergetar hebat melawan perasaan, memang benar-benar menyerah diri kepada Allah. Allahuakbar!

Saat tiba di Jordan, qaniah memang style happy go lucky. Ada masalah tapi buat macam tak da masalah .. heeeee ;) Duduk Jordan, qaniah mintak zakat UZS, alhamdulillah dapat. Kadang duduk saja-saja fikir tak da duit, termenung sorang-sorang, abah bagitau dapat duit sumbangan dari Malaysia. Waaaa... Allah memang sangat HEBAT! Hati hamba-Nya dapat dibaca.. terima kasih Allah...

Qaniah suka buat amalan selepas solat Subuh, baca surah Yaasin, Al Waqiah, Hizib Nawawi dan Al Mathurat. Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus.

Yang penting yakin pada Allah ya! ^^

Welcome to Jordan...

Note : kalau sapa-sapa nak tanya tentang Yarmouk boleh contact qaniah : 0195191951


Qani'ah Mawaddah
Pejabat Paksi
4.30 pm
26 Ogos 2012

3 comments:

Anonymous said...

em, betul tahun ni ramai betul dpt uni of jordan. abg ana pun xminta pun uni tu tp dpt. mmg tahun ni kewangan keluarga ana tergugat. tahun ni saja 3 org akan ke luar negara. ana dan adik ana akan ke alazhar mesir. abg ana ke uni of jordan. mashaAllah mmg banyak berkorban ayah&umi ana. adik beradik 11 org. adik2 ana sume skolah swasta. tba2 rasa xsnggup nak ke luar negara.. :( kak qaniah. bleh bg cdngan klo cri duit smbil blajar di luar negara?. cth: kak qaniah jual baju jordan ke malaysia. ada cdngan selain tu?

yanti yantie said...

Salam. Qaniah buat course apa di Yarmouk? Anak makcik baru je berlepas ke sana 6/9/2012. Dia pun x dpt tajaan..studi Ekon. Islam dan Perbankan Islam.

yanti yantie said...

Anak makcik baru je berlepas 6/9 ke jordan. Studi Ekon. Islam & Perbankan Islam di Yarmouk. Xdpt tajaan gak. Kat sana nanti ada ke tawaran biasiswa yg blh dimohon...atau ada ke peluang dpt tajaan nanti?