Pages

Tuesday, August 28, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [3]


[DOA KITA BERDUA]

Ya Allah,
Kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua..


Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini..
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini, kami masih mendamba cinta
Kerana yakin cinta-Mu tak pernah sirna..
selama-lamanya!
...buat kami berdua

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-Mu ketara jua!
Dalam doa..
kami berdua!


Qani'ah Mawaddah
-6.46 pm-

No comments: