Pages

Tuesday, November 6, 2012

AIDILADHA : RAMTHA

Bersama anak-anak Syria
Meskipun sudah terlalu lambat untuk qaniah post entry ini, tapi qaniah tetap juga nak post ^^ . Entry aidiladha yang amat bermakna. Sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu malam raya aidiladha, masing-masing students di perantauan terutamanya bumi Irbid, masing-masing sibuk meng'update' status Fb dan bermula memasak bermacam juadah untuk aidiladha esok hari.

Ada satu iklan beserta borang spreadsheet dikeluarkan. Tahu benda apa? Sesiapa yang berminat untuk menunaikan solat hari raya aidiladha bersama pelarian Syria di Kem Pelarian Syria di Ramtha, sila isi borang spreadsheet tersebut.

Subhanallah, masyaallah, dengan izin Allah, qaniah join dan isi spreadsheet tersebut. Hanya perlu menanti esok hari, dan pastikan keluar awal untuk ke sana. Ramtha agak jauh dari Irbid, dan berdekatan dengan Mafraq, yakni hampir sudah dengan border Syria, masyaallah :')

Esok paginya, agak kelam kabut qaniah. Rasa macam Allah gerakkan. Bangun mengejut. Mana tidaknya. Qaniah tidur lebih kurang dalam pukul 2 pagi , sebab masak nasi impit, kuah masak lodeh, mee soto. Kawan-kawan semua sudah tidur. Maklum lah, qaniah persis mak-mak. So, praktikkanlah dekat sini sebelum bersedia jadi mak orang nanti :P

So, bila dah tidur lewat, bangun pun of courselah terkejar-kejar. 2 orang kawan yang nak ikut, mata pun tak buka-buka lagi, memaksa qaniah untuk meninggalkan mereka =.=

Alhamdulillah, qaniah berjaya sampai ke Ramtha. Ingatkan sudah tidak sempat solat raya. Mana tidaknya, kami sesat lagi =.= Masjid-masjid sudah mula solat raya. Akhirnya bila sampai, qaniah nampak tembok mengelilingi satu kawasan. Mungkin itulah kawasan pelarian. Ada tentera mengawal.

Masyaallah, lihatlah apa yang qaniah lihat.


Kelihatan box putih macam kotak kargo. Itulah tempat berteduh mereka. Masyaallah, mesti sejuk. Tambah sekarang sudah mahu masuk musim sejuk. Bayangkan mereka tidur di dalam sebuah kotak yang diperbuat dari besi. Bayangkan bila malam? Bangun pagi-pagi? Masyaallah, sejuknya :(

Sampai saja di sana, kami bergegas turun dan menuju ke ruang solat. Sejurus kami sampai, solat terus ditunaikan. Rupanya menunggu kami untuk bersolat bersama kerana Education Malaysia Jordan dan Kedutaan turun. Dan rupanya bukan kami saja, malah PUTRA Malaysia dan krew-krew TV turut ada rupanya. Ini sebuah misi bantuan. Masyaallah :')

Ketika kalut-kalut berjalan dan mahu mengejar untuk menunaikan solat. Hati diasak rasa sayu. Kami solat di atas satu hamparan yang kotor dan basah. Solat tidak mampu khusyuk tatkala memandang kanak-kanak Syria yang berpusu berdiri di tepi ruang solat. Merenung kami penuh hairan.

Qaniah tunduk ke ruang lantai. Mata tertancap pada kaki anak-anak kecil di tepi ini. Hati dipagut rasa sayu. Comotnya kaki kanak-kanak ini. Kasut mereka semua, mungkin kasut yang diberi bantuan. Allah :(

Di satu sudut, ada seorang budak lelaki, memasukkan tangannya ke dalam poket baju abang dia mungkin, dalam keadaan dia menggeletar. Masyaallah, dia kesejukan :(

Di ruang inilah , kami sujud di pagi Aidiladha
yang cukup sayu ini. Allah...
Qaniah sebak sewaktu solat. Qaniah malu. Sapalah suruh kami pakai cantik-cantik sangat semalam dekat iklan tentang Aidiladha di Ramtha ni. Malu nya Ya Allah..Qaniah pakai cantik-cantik.. Budak-budak ni comot.. :( Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan qaniah waktu itu.

Kita seronok sambut raya, mereka persis tidak menganggap aidiladha itu sesuatu yang diraikan. Aidiladha benar-benar mengajar mereka erti sebuah pengorbanan. Merekalah generasi Islam yang benar-benar mengenal erti perjuangan dan pengorbanan. Masyaallah.

Sungguh, Engkau sedang mentarbiyah aku dengan suasana di Ramtha ini.

Ini adalah video yang qaniah rakam. Sewaktu Ustaz Farid Ravi membacakan doa usai kami menunaikan solat Aidiladha. Masyaallah, sungguh meruntun qalbu. Lihatlah air mata wanita Syria itu :(

Ya Rabb.. sungguh..inilah pengalaman terindah yang Kau hadiahkan buat diriku..

Sahabat, jom kita doakan untuk rakyat SYRIA .

HANCUR HANCUR KUFFAR.. HIDUP HIDUP ISLAM..

ALLAHUAKBAR..

ALLAHUAKBAR..

ALLAHUAKBAR..

Qani'ah Mawaddah
7.09 am
6 November 2012
Bayt Dar Azzahra

No comments: