Pages

Tuesday, June 15, 2010

~Tag Photo mendatangkan bahaya... ~




Salam buat para mujahid dan mujahidah sekalian! Apa khabar iman di hati? Apa khabar mad’u yang sedang giat ditarbiah? Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya insyaAllah… sudah beberapa hari ana mencari maklumat untuk mengukuhkan post ana mengenai ~Awas Muslimah~ kerana ada ramai yang meraguinya.. namun hampa, ana masih belum menemui bukti-bukti untuk ana pamerkan buat kalian. Tapi… Alhamdulillah, Allah itu lebih hebat dan Maha Mengetahui… ana terbaca artikel mengenai bahaya fungsi tangging di Facebook dalam halaqah-online.

Herm…mungkin input ini juga berguna buat kita semua. Memang berguna dan untuk kita renung kembali! “Ya Allah sesungguhnya aku pohon akan Engkau bagi manfaat diriku dan bagi diri mereka dari kebaikan-Mu dengan (hak) kebaikan-Mu yang tidak dimiliki oleh sesiapapun selain Engkau”….Selamat membaca!

Bahaya Fungsi Tagging Di Facebook

Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya. Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya. Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan. Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.


Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:

· Mendedahkan aib seseorang.

· Menjatuhkan maruah.

· Dan lain-lain…

Bagaimana pula?

Tagging di Facebook; ada baik & buruknya...


Kes 1 (kisah benar):


Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah. Saya kenal muslimah tersebut. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.

2. Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.

3. Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.

Kes 2 (rekaan):

Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar yang mengaibkan

2. Jangan tag gambar yang mengaibkan.

3. Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.

Justeru, saya cuma ingin berpesan pada diri saya dan orang lain agar kita berhati-hati. Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.


Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. jadi, berhatilah!

WAllahu Ta’ala A’lam…



SHAHMUZIR NORDZAHIR
http://www.muzir.wordpress.com



Hal ini juga telah ditulis oleh Ust Abu Umair dengan baik dan beliau telah mengulasnya dari sudut pandangan syariah terhadap ‘tagging’ ini. Baca di sini:



http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/...mengundang-dosa

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi Photos yang dikenali sebagai Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan taggingiaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai Photos of bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi tagging dalam aplikasi Photos ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. 
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.



Sahabat-sahabat sekalian,
            Ayuh kita renung kembali… bila sudah diambil gambar kita, orang boleh buat apa sahaja… tak silap ana ADOBE PHOTOSOP boleh digunakan untuk mengedit gambar kita menjadi gambar prono. Ana tahu, ramai yang comment benda ni tak betul, tak pa.. dah tu, yang kita tengok dalam televisyen, gambar artis dalam video lucah, diorang tak mengaku tu gambar diorang bahkan menuduh diorang teraniaya, bukankah itu sudah jelas teknologi hari ini mampu untuk kita buat apa sahaja? Tepuk dada tanyalah iman..

Pesanan dari ana… sekalipun anda tidak menerima segala pendapat ini, silakan… ana teringat ayat al-quran yang ana baca dalam Hizib Nawawi : Kemudian jika mereka berpaling dan ingkar, maka (katakanlah wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (sebagai pemeliharaanku), Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia, hanya kepada-Nya ku berserah diri, dan Dialah Raja Pentadbir ‘Arasy yang agung”. At –taubah:129

Allah! Allah! Allah! Allahu Rabbi! Cukuplah bagiku Tuhanku yang hanya Dialah kecukupanku, cukuplah bagiku Tuhanku yang sentiasa jadi kecukupanku, cukuplah bagiku Allah dan Dialah sebaik-baik wakil, dan cukuplah bagiku Allah daripada sekalian makhluk-Ny, sesungguhnya penolongku ialah Allah, yang telah menurunkan Al-Quran, dan dia pasti menolong orang-orang yang soleh… amin amin Ya Rabbal ‘alamin.

7 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

saya amt stuju, tag gmbr ni byk mndatangkn 1001 mslh trutamenye mlbtkn aurat..

uKhWah FiLLaH said...

Bukan shj di facebook..malah segle kemudhn yg terdpt di internet juga berbhaya..antaranya blog..

Setuju 100%

-cik.dyanabahri- said...

oh. sy pun setuju.
sbg langkah keselamatan sy da pun delete facebook
tp masih ada gmbar2 sy yg diupload oleh rakan2.
good info.
:P

mujahidulislam said...

salam..sila lawat sni..

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/3-kaedah-bagaimana-gambar-muslimah_24.html

saatcintabertasbih_qolbi said...

syukran jazilan.. ^^,

Anonymous said...

Lofty bye, sweet soul mate :)

Anonymous said...

Honourable bye, sweet chum :)