Pages

Saturday, October 25, 2008

.::seindah hiasan::.

18 OKTOBER 2008/ 18 SYAWAL 1429
~8.35 MALAM~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih menghidupkan ana hingga ke saat ini. Takkan ana sia-siakan nikmat ini untuk kembali menulis di laman blogger ini yang insyaallah bertujuan untuk membentuk ruhiyyah, tauhid jua fikrah…Herm, insyaallah, hari nie ana tergerak hati untuk menulis mengenai wanita… Subhanallah, Alhamdulillah…pujian-pujian ana utuskan sebelum meneruskan coretan ana, moga-moga dipermudahkan untuk kalian memahami apa yang ingin ana sampaikan. Insyaallah….


Wanita,
Hawa,
Muslimah,
Mujahidah,
Serikandi….
Satu nama yang cukup indah. Wanitalah penyeri dunia..Wanitalah hiasan duniawi…. Wanita jugalah yang menjadi penem,an kepada Nabi Adam a.s, iaitu Hawa…Indah sunggu ciptaanmu..Subhanallah, Allah jadikan dikau Hawa dari tulang rusuk Adam… Darimu lah lahirnya mujahid dan mujahidah hari ini….

Tapi sayang….
Ana sedih,
Ana kecewa,
Wanita hari ini sudah semakin hilang rasa malunya. Kalau dulu…wanita tertutup dek tudung labuh/jilbab. Tapi hari ini wanita terdedah dengan rambut teknik rebondingnya(,”). Bila ditanya, “Kenapa tak pakai tudung?”… “Alar ..panas lar”. Jawapan yang ringkas dan tak munasabah. Kalau dulu, baju wanita itu longgar, payah sekali mahu melihat susuk tubuhnya…sunnah Rasulullah sentiasa disarung walau ke mana sahaja… Tetapi sayang, hari ini wanita semakin miskin, tak cukup duit nak beli baju sehingga terpaksa pakai baju adik. Masyaallah, kenapa jadi begini!

Herm, teringat ana satu artikel yang menarik perhatian ana. Indah sekali bait-bait kata yang diungkapkan….


…………………………………………………………………………………………………………………

Indahnya hiasan dunia

Buat renungan semua:

“Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah…”

Ketahuilah, sesungguhnya Allah telah menciptakan seorang wanita dengan penuh keistimewaan. Di sebalik kelembutan ada ketabahan yang bertakhta dan disebalik ketaatan ada ketegasan yang bermaharajalela. Dan tidak hairanlah jika wanita diibaratkan sebagai madu dan juga racun buat seorang lelaki…

Wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok dan ia perlu dibentuk agar menjadi sempurna. Biarlah ia bengkok asalkan ia sukar untuk ditegakkan kembali. Seorang lelaki yang bergelar suami pula ialah pembimbing, pelindung dan penyelamat kepada seorang isteri. Jadi, jika seorang lelaki berperangai buruk, bagaimana ia mahu mengimpikan seorang isteri yang solehah???

Wahai insane yang bergelar wanita, jagalah auratmu, sesungguhnya dirimu selalu diperhatikan. Jagalah akhlakmu, kerana ia lambing keperibadian yang tinggi. Tanpamu tiadalah orang yang bakal melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncang dunia dengan ISLAM. Ingatlah, dan peganglah kata madah pujangga ini iaitu “ wanita itu ialah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah…”

………………………………………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah, artikel ini sedikit sebanyak merupakan taujihad buat kaum Hawa sekalian. Ana termenung sejenak sebelum meneruskan kalam. Merenung sejauh mana identity Islami yang ana pegang. Merenung sejauh mana iman di hati…merenung purdah yang ana kenakan. “Wanita solehahkah aku? Ana cuba menimbulkan persoalan. Sesungguhnya payah untuk bergelar solehah. Ana sendiri mengakui masih belum mampu untuk mengekalkan duri yang memagari diri ana….


“Ya Allah, aku tahu siapalah aku. Aku tak sehebat Rabiatul Adawiyah. Cintanya tiada hijab di sisimu. Sehingga kemanisan cinta terhadapmu, sanggup membiarkan dirinya hanya milikmu… aku juga insane biasa yang punya keinginan untuk melahirkan generasai ISLAM akan datang. Impianku, generasi yang bakal aku lahirkan ialah generasi amilin…INSYAALLAH… sedihnya aku bila memikirkan semakin hari semakin banyak wanita mengandung anak luar nikah… masyaallah, zaman hari ini….. Jadi, wanita perlu kuatkan diri, pasakkan keyakinan untuk satu perubahan supaya bergelar solehah. Kerana dikau harapan ummah untuk membina baitul muslim selaras dengan marhalah dakwah…”

Wanita,
Ana semakin sedih bila memikirkan di Maahad sendiri ini pun semakin ramai yang menolak identity Islami apatah lagi menolak golongan seperti ana dan sahabat-sahabat perjuangan yang lain. Badan Dakwah dan Kebajikan(BDK) digelar BADAK! MasyaAllah, orang bersekolah di sekolah agama dan sedar akan hakikat ISLAM pun menolak sekeras-kerasnya. Inikan pula golongan yang daif dan dahaga dengan Rahim Allah….

Tidak perlu kita menuding jari di luar sana. Cukuplah mad’u yang ana dan sahabat-sahabat perjuangankan. Lihatlah…di Maahad sendiri pun masih ada yang mempertikaikan pakaian sunnah Rasulullah. Herm, inilah ujian buat ana dan sahabat-sahabat. Betullah, ada kata-kata yang mengatakan…. “jalan bagi seorang pejuang itu bukanlah red carpet yang memanjang, dipenuhi wangian Lavendar, harum semerbak menusuk kalbu…tetapi, ingatlah wahai pejuang sekalian, jalan yang dilaluimu ialah diibaratkan sepeti jalan tar yang tak berturap, penuh dengan batu-batu, kalau jatuh..pasti berdarah, begitulah juga bagi seorang pejuang, jalanmu penuh dengan ranjau duri yang menikam di kiri kanan…namun, ingatlah…pasti ada hadiah yang Allah janjikan…” Seorang sahabat ana di Maahad pun menyuruh ana menanggalkan purdah yang ana kenakan. Katanya pelik sebab ana berseorangan, sorang-sorang saja pakai purdah.. tak takut kena buang sekolah ka???? Ana hanya tersenyum. Nampaknya dia masih belum boleh menerima ana seadanya. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hakikat ini~sahabatnya lain dari yang lain~

Sebelum ana mengakhiri kalam. Renunglah bait-bait indah ini sejenak….

Apalah ada pada nama…
Jika tak seindah maknanya…

Apalah ada pada jiwa…
Jika tidak seindah rohaninya…

Apalah ada pada rupa dan kecantikan…
Jika tidka secantik budi pekerti…

Apalah ada pada cinta…
Jika tidak pandai mengawal dan memeliharanya…

Apalah ada pada muslim dan muslimah…
Jika tidak mengamalkan ilmunya…

Subhanallah, sekali lagi hati kecil ana tersentuh. Wahai kaum Hawa, amalkanlah identity Islami yang kau pelajari. Salutilah tubuhmu dengan pakaian sunnah Rasulullah…. Lautan doa ana kirimkan, moga-moga perubahan dan keinsafan datang menerjah diri. Semoga kita bertemu di syurga Allah…Amin.

……………………Salam sayang dari Serikandi Umar…………………………………….

No comments: