Pages

Wednesday, August 6, 2008

Nur Syajaratul Mahabbah...



Assalammu’alaikum wahai sahabat seislamku…
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamiin, ku panjatkan kesyukuranku kepada yang Maha Mencipta seluruh alam ini, Allah s.w.t atas kesihatan yang telah dianugerahkan. Doaku, agar sepanjang perjalanan hayatku aku tetap sihat untuk menghadapi lautan ujian yang termanis dari-Nya jua. Insya-Allah…

Syukur kepada-Nya kerana kita masih lagi menikmati indahnya di dalam bulan jamadilakhir. Selawat dan salam semoga tercurah, terlimpah ruah untuk kekasih Allah Yang Maha Kasih iaitu Muhammad S.A.W juga untuk keluargaku, para sahabat dan ummatnya yang masih bertahan untuk selalu beristiqamah hingga ke akhir zaman ini.

Ya Alim Ya KhabirCukuplah kepada-MuAku menyerah…
Ya Samik Ya BasirCukuplah kepada-MuAku meminta…

Yang cepat atauYang lambatYang aku ketahui atau

Yang tidak aku ketahuiSegala kebaikan…
Ya Aliyu Ya Karim

Cukuplah kepada-Mu

Aku berlindung dari segala Musibah kebatilan dan keaiban…
Ya Mujib As-SolihinBenar, cukuplah kepada-Mu

Sebagai sandaranTuhan ArasyYang Agung…
Sudah begitu lama aku tidak meluangkan masa menarikan jari-jemariku bercerita di dalam dunia blogger ini.

Mana tidaknya… Sibuk sepanjang waktu.

Ya Allah… Masa begitu pantas berlalu dan kini kita sudah pun berada di bulan syaaban 1429H. Masa tidak pernah kenal erti kelewatan. Masa tidak pernah kenal erti kepantasan. Ia bergerak ikut kemahuannya. Kitalah juga yang harus mengejarnya. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang manusia itu dengan kebijaksanaan yang telah dianugerahkan. Namun, dia tidak dapat mengawal masa! Tidak dapat aku nafikan bahawa masa itu emas. Kadang-kala kerana masa kita boleh lalai. Kerana masa kita boleh terleka dan alpa akan keberadaan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya DIA Maha Melihat… DIA tetap menanti akan hamba-hamba-Nya untuk melakukan kewajipan mereka.

Namun, apakah segelintir sahaja daripada hamba-hamba-Nya yang sanggup mengejar panggilan-Nya dengan kepantasan tanpa terlewat walau seminit pun? Apakah kita sanggup meninggalkan pekerjaan kita hanya kerana ingin menyahut seruan-Nya agar kita tidak terlambat? Apa kita pernah menggunakan kenderaan yang telah pun kita miliki hanya untuk berada di rumah Allah tepat pada waktunya? Atau kita lebih mementingkan masa pekerjaan daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang mukmin? Atau kita tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang Islam yang mukmin di mata Allah dan Rasul-Nya?
Kerana terlalu khuatir akan terlewat menghantar Report pada Jabatan, kita akan dimarahi dan takut akan gaji diturunkan. Wahai sahabatku yang sedang sibuk mengejar waktu menyelesaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pekerja mahupun sebagai seorang pelajar…

Jangan pernah lupa bahawasanya rezeki itu milik Allah. Siapa pun BOSS kita, tetapi dia bukanlah orang yang melimpah ruahkan rezeki untuk para pekerjanya, hanya Allah Azza Wa Jalla. Dengan hanya dapat mendengar, melihat, bertutur bicara dan mampu menggerakkan seluruh anggota badan kita, sudah cukup rahmat Allah yang telah DIA anugerahkan kepada kita semua. Pernahkah kita mensyukurinya atau kita anggap ia sesuatu yang biasa-biasa saja sehinggakan tidak dapat lagi merasakan rahmat-Nya??

Masya-Allah… kenikmatan dunia itu hanyalah sementara. Lakukan pekerjaan itu biarlah sederhana. Kerana rezeki itu milik-Nya jua…
Mengakrabimu aku lebih santun, menadah gerimis syajaratul mahabbah…
Mengakrabimu aku lebih insanMemperindah maaf dalam redha membersihkan alpaWangiannya merentasi tujuh lapisan taman nyanyi rahsiaMelestarikan kebenaran yang puncak ke akar akalMenyusur kembara waras cekal di padang akidahMewajahkan fitrah insani putih peribadi seorang Fatimah al-Khattab

Mengakrabimu aku lebih ihsanMembaca gelora lautan wajah kehidupanMemahami pelangi jawapan pada setiap resah pertanyaanMenterjemah putih cahaya bulan dan kelip bintang yang mengasyikkanMengujanakan asrar kunjungan nur syajaratul mahabbah di sahara mujahaddahMengabadikan aku ke mawaddah keperibadianku

Mengakrabimu aku lebih kasihMengungkapkan makna firman, mewadahkan sabdaMerafakkan syahdu munajat di mihrab taqarrubMendiamkan saujana kun-Nya dalam manis taqwaMemelihara rimbun mawar ukhuwahSambil mengqiamkan segala insafDalam nur kasih-NyaCahaya berlapis cahaya…

No comments: