Pages

Tuesday, March 27, 2012

CHAIYOK..CHAIYOK..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Fajar buat sahabat-sahabat yang berada di bumi anbiya, khususnya Jordan. Yang masih belum bangun tidur, duduk dalam hirom tu bangun..bangun... dah pukul 6.11 pagi, dah cerah ^^ Yang sudah bangun.. sudah baca mathurat belum? Surah Al Waqiah? Semoga dengan amalan-amalan ini menceriakan hati dan diri anda dengan cahaya keimanan. Insyaallah...

Sahabat-sahabat,

Hmmm... qaniah nak exam minggu depan. Sedar tak sedar sudah meniti imtihan thani untuk semester kedua. Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar.. sedarkah sahabat-sahabat, masa itu terlalu pantas berlalu. Adik-adik SPM 2011, sedang kalut dan buntu memilih tempat pengajian mereka. Renung sejenak sahabat-sahabat, qaniah rasa macam baru lepas ambik result SPM dan datang Jordan saja, tak sangka pula sudah jauh rupanya perjalanan qaniah di bumi Syam ini.



Banyak yang perlu dikoreksi sahabat-sahabat. Perlu tanya pada diri.. sudah boleh cakap Arab belum? Sudah boleh seimbang pelajaran dalam kelas belum. Akhirnya qaniah hanya terkebil-kebil. Masyaallah.. masih belum bisa dong. Kapan mahu boleh semua ini? Allah..Allah....Allah. Malas sangat, macam ni lah sahabat-sahabat, rugi saja masa yang dibiarkan begitu sahaja!

Semalam terpandang picture ni dalam Fb, MasyaAllah..terus rasa nak semangat. Tahu tak sahabat-sahabat, qaniah sudah berkira-kira untuk drop subjek selepas exam thani. Bila terpandang note ini membuatkan qaniah rasa semangat.

Tahun 1 baru qaniah, biasa la markah rendah tu. Arab pun kan tak berapa pandai lagi. Masih perlu tengok kamus qaniah. Cuba qaniah renung, sekarang sudah makin banyak kosa kata Arab, sebab tiap-tiap hari buka kamus atau google trasnlate :P Insyaallah...lama-lama akan faham.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang mahu drop madah macam qaniah. Cool dulu... tarik nafas dalam-dalam. Fikir duit lagi..masa yang terbuang dalam semester ini. Sudah setengah sem sahabat-sahabat, takkan nak berhenti begitu sahaja. Ayuh, kita berjuang sampai penghujungnya sahabat-sahabat ^^

*****

Anybody want to give some tips?

Sahabat-sahabat, ada sesiapa yang scorer nak bagi tips pada qaniah ni? Qaniah ni malas dan degil. Akhirnya jadi macam ini lah.

Qaniah exam minggu depan sahabat-sahabat, doakan qaniah sudah tidak malas. Tidak buang masa begitu sahaja. Jangan asyik berangan. Lagi apa ya?

Qaniah mintak maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang terasa dengan perangai qaniah. Cakap punya baik dalam blog, kat depan perangai macam apa lagi. Oooo..maaf-maaf. Tegurlah qaniah. Jujur qaniah memang degil ^^ Maaf yeee semuaaa... qaniah sayang sahabat-sahabat qaniah!

Korang sayang qaniah takk?

Haaa..lupa pula, qaniah ada letak qasidah-qasidah yang best dalam blog ini. Qaniah cinta dan suka qasidah-qasidah..harap sahabat-sahabat juga turut suka dan mencintai qasidah yang memuji Allah dan Rasul-Nya ini. Amin Ya Rabb...

Madad Madad Ya Rasulallah

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
6.23 am
27 Mac 2012

2 comments:

[wani_mn] said...

good luck ye qaniah! ;D

Unknown said...

Salam, terima kasih ukhtiku sayang ^^

Qani'ah Mawaddah
1.24 am
Irbid, Jordan