Pages

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

DARAH ULAMAK!


Mushaf al Quran yang berlumuran darah Syeikh Dr Said Ramadhan al Buty.

Ternyata muka surat itu menceritakan kisah Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Kedua nabi ini dibunuh oleh Yahudi dengan kejam.

Ternyata Syeikh as Syahid Dr Said Ramadhan al Buty juga dibunuh dengan sebegitu rupa.

Allahu Akbar!

Monday, April 1, 2013

Remaja Inggeris berduyun- duyun memeluk Islam


LONDON - Menurut kajian terbaru, di Inggeris, selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, Al-Jazeera melaporkan.

Jumlah mualaf sangat terlihat di dalam penjara, dan jumlah remaja yang masuk Islam di sekolah, seperti dilansir KC pada Sabtu (30/3/2013)

Tuesday, October 16, 2012

MUSLIMAT PERJUANGAN



"..Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar..."


~al hujurat : 15~

Bagaikan ada angin bayu yang menyapa diri qaniah. Menyentuh hati ini sedikit demi sedikit hingga tersedar dari lamunan yang panjang. Jiwa disapa rasa kesayuan dan keinsafan. Menusuk ke segenap urat nadi. Membuahkan satu semangat baru. Dan tiba-tiba qaniah merasakan semangat 'serikandiumar' itu kembali meresap ke dalam diri.


Thursday, June 28, 2012

DIARI : RAGAM BUDAK SEKOLAH AGAMA

Selalunya bila time nak masuk universiti, semua budak-budak sekolah agama yang thiqah sikit lah katakan, mesti gelabah. Sebab apa? Ya la, nak masuk ke satu alam lain, dunia luar. Selama ni budak-budak ni syadid, tiba-tiba nak pergi ke satu dunia yang penuh dengan ikhtilat, sifat keterbukaan dan tak boleh dah syadid-syadid macam dulu. Mana tak nervousnya.

Hmmmm... ramai adik-adik, sahabat-sahabat menangis sebab takut benda ni. Takut nak hadapi. Masalah ni selalunya berlaku di sebelah muslimat la.

Macam mana qaniah nak cakap ya...

Wednesday, June 27, 2012

USRAH BERSAMA MURABBI

Semalam ada usrah dengan murabbi. Masyaallah, tak sabar. Tidur tak lena, semangat nak pergi rumah murabbi. Yang kelakarnya, kami semua berjanji pakai hitam. Staff muslimat, semangat betul, dari jubah sampai ke tudung semua hitam. Tengok staff muslimin, hitam celup ja, bukan hitam semua T.T


Dalam pukul 4.30 petang, kami semua bertolak ke rumah murabbi di Tok Keling. Sebelum kami berhenti solat Asar kat Alor Mengkudu. Seronok pula berkonvoi ramai-ramai pergi rumah murabbi. Macam satu family.


Ya, kami semua satu family dalam medan dakwah ini.



Tuesday, June 26, 2012

KULIAH BERSAMA MURABBI

Macam biasa, semalam ada kuliah di Ukir Mall. Sebelum pergi Ukir Mall, ustaz suruh kitorang pergi Restoran Zee Fee. Sampai restoran tak da pun geng pejabat. Qaniah pun call ustaz , ustaz suruh duduk dulu. Order apa yang patut, nanti ustaz sampai.

Kesian, kak Sham puasa T.T , qaniah dengan Liyana dan Sabirah masuk dalam restoran. Pilih meja yang panjang tu. Maklumlah kami ramai. Selang dalam 15 minit, geng staff lelaki datang dengan ustaz. Kak Wina pun adaaa.. kak Wina baru sampai dari Mesir, seronok makan ramai-ramai.


Thursday, March 29, 2012

BANTU AKU JADI SOLEHAH


Sahabat,
Bukan senang seorang wanita...
Mendidik dirinya menjadi solehah...
Banyak yang koyak harus ditampal kembali...

Bismillahirramirrahim...

Tulisan kali ni, membawa isi hati yang mewakili wanita yang lain mungkin. Sahabat-sahabat, kita sering menuduh.. tidak menyenangi apa saja perbuatan seorang wanita tanpa kita fikir perasannya. Begitu mudah sahabat-sahabat, kita menghukum tanpa kita selidik.. tanpa kita bertanya terlebih dahulu.

Saturday, February 18, 2012

MENGORAK LANGKAH

16 Februari 2012   

Dalam kesejukan malam, masih setia mengorak langkah. Baju sejuk sudah basah pagi tadi, malam ini kebalkan diri, without baju sejuk! Sangat sejuk. Menuju ke Dewan Abu Ain. Ada Majlis Taaruf Akademi Al Fateh.

            Sangat teruja. Syukur pada Allah, aku terpilih sebagai peserta Akademi Al Fateh Musim ke-2. Ramai di luar sana yang memohon, syukur Allah memilih aku untuk turut serta.

            Setelah dirasmikan oleh Presiden Permai, Saudara Hidayat Hasni, saudara Ahmad Firdaus Kadir tampil membuka tirai… merungkai, apa itu Akademi Al Fateh. Subhanallah, mulai saat ini, malam ini bermulalah kembara kami dalam Akademi Al Fateh hingga akhir musim panas. 5 bulan lamanya.

            Tidak sabar menanti, transformasi yang berlaku dalam diri. Aku..dan jiwa Al-Fateh?


Sunday, February 12, 2012

12 FEBRUARI 1949

Hari ini, tarikh kematian As Syahid Imam Hassan Al Banna. Siapakah Hassan Al Banna? Mungkin kalian boleh saja search di internet atau klik saja di sini.

            Hampir 63 tahun Hassan Al Banna meninggalkan kita. Adakah roh perjuangannya masih sebati dengan diri kita? Adakah jejak langkah perjuangannya kita teruskan? Ataupun kisah perjuangannya kita soroti dan praktiskan?

            Jika isu ummah pun kita tidak cakna, usah kita katakan, kita mencintai perjuangan. Lihat di bawah ini, isu Syria. Malu untuk aku katakan padamu, as syahid.. kamilah pejuang kerana hakikatnya kami bukanlah pejuang. Kami pengecut!


Sunday, January 29, 2012

ROQS : GEMA AL AQSA

28 Januari 2012

            Semangat untuk turun program hari ini. Dewan Tarbiyah jadi focus utama. Majlis penutupan ROQS : Gema Al Aqsa. Penceramah yang didatangkan khas dari Malaysia. Dr Zainurrashid. Sangat hebat. Dan sangat teruja untuk aku menghayati. Palestin tercinta.

            Meskipun aku bukanlah ahli ISMA [Ikatan Muslimin Malaysia] atau sesiapapun, apa salahnya aku turut serta kerana isu yang dibawa bukan isu politik, bukan isu persatuan atau sebaliknya. Tetapi isu yang dibawa adalah isu ‘Palestine’. Isu ummah, isu saudara seaqidah kita. Patutnya kita bersemangat!

            Dewan tarbiyah yang agak lengang. Masih banyak kerusi yang kosong. Ayuh, mahasiswa.. penuhi kerusi yang ada. Ini isu sahabat seaqidah kita.

Friday, January 27, 2012

SEARCHING FOR SALAHUDDIN

Hujan sedang turun membasahi bumi Irbid. Sejuk. Beku. Dengan suhu yang amat rendah. Aku masih setia di hadapan laptop. Mendengar nasyid. Qasidah. Membaca artikel. Tentang seorang pejuang Islam yang amat hebat sekali.

            ‘Salahuddin Al Ayubi..’

            Entah bagaimana untuk aku coretkan mengenai dirimu. Aku tidak begitu mengenali dirimu dengan lebih mendalam. Aku tidak pernah berada di zaman kecekalanmu berjuang. Aku hanya susuk tubuh seorang anak kecil yang sedang menapak di dunia yang penuh mehnah.

            Allah…

            Aku tidak berhajat untuk bercerita mengenai riwayat hidupnya. Kalian boleh mencarinya sendiri atau klik saja di sini. Aku sertakan bersama lampiran kisah hidupnya. Susuk tubuh yang sangat hebat. Subhanallah.

Monday, December 19, 2011

LUAHAN RASA


Kepala terus ligat memikirkan.
Jiwa berterusan memberontak.
Bagai dicarik-carik sembilu.
Titis air mata gugur jua membasahi pipi.

            Aku rindu satu nama itu. Nama yang pasti terpahat di kalbu. Ketegasannya yang aku rindui. Ketabahannya yang aku kagumi. Benar, aku rindu ‘dia’.

Serikandiumar….

*****
Kelemahan itu muncul…

            Hampir 4 bulan aku di bumi Irbid. Selama itu Qani’ah Mawaddah menelusuri kehidupannya. Aku sedar..pandangan orang terhadapku.

            “Pakai purdah..diam di luar, tapi..aktif di FB…”

Sunday, October 16, 2011

EPISOD 15 : BERJALAN TANPA HENTI

          Pagi ini aku ke pejabat seperti biasa. Hari ini hari kedua ‘budak skema’ hantar aku pergi pejabat. Dia tinggalkan aku dekat luar pagar pejabat saja. Hampeh betul! Aku pun ucapkan terima kasih dan segera masuk ke dalam pejabat.

          Apasal ramai sangat orang hari ini? Selalunya awal pagi macam ni, akulah orang pertama datang..tak pun.. Pak Cik Roshidi datang awal dari aku. Semua orang pandai aku semacam. Aku segera peluk beg telekung dan cepat-cepat naik ke atas. Aneh!

          Aku segera membuka pintu. Aku kaget. Apasal ramai sangat ni? Kelam kabut saja pun…

          “Awal hari ini?”

          “Dia la..awal la… ada masalah besar ni..”

          “Ha..? Masalah apa? Apasal ramai sangat orang ni?”

          “La…tak nampak ka?”

          “Nampak apa..?”

          Tiba-tiba ada seorang pak cik panggil aku. Dia tarik langsir pejabat. Aku pun jalan mendekati tingkap. Aku masih kebingungan… benda apa? Allah! Terkejut aku.. lantai penuh dengan cat merah. Kereta Ustaz Azizan kena baling dengan bata. Banner kerajaan Negeri pun kena simbah cat. Siap dapat surat ugut lagi!

          Terbeliak biji mata aku. Mengetap bibir. Naik seram sejuk pula. Allah~

          “Bila jadi ni pak cik..?”

          “Tak tau la..pak cik mai pagi tadi.. nampak benda ni..”

          “Sapa yang buat..eeiii..teruknya!”

          “Ni yang dok telefon polis ni.. satgi diorang mai..”

          “Ha! Diorang naik atas tak? Jangan bagi naik atas.. satgi saya kena menyorok ^__^”

          “Ish budak ni! Duduk diam-diam kat atas… biar kami saja yang menjawab.. semalam balik pukul berapa?”

          “Ha..nasib baik Nasuha balik awal semalam.. dekat maghrib.. kalau balik lewat macam malam sebelum ni..habislah..”

*****

          Dalam 15 minit kemudian.. 4 buah kereta polis tiba di pejabat. Aku hanya melihat dari atas. Jangan sesekali cuba turun bawah ^__^ Aku nampak ustaz Aizat dan geng-geng Dewan pemuda. Kelihatan juga beberapa orang wartawan. Inilah permainan politik. Nampak sangat.. kebetulan Himpunan Bersih.. Sabtu ini. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

          Tiba-tiba Pak Cik Roshidi naik atas. Naik Photostat surat ugutan. Hebat orang yang tulis ni. Guna komputer tu! Huhu.. aku hanya mampu menggeleng ketika apabila membaca ayat ugutan itu. Tak bermaruah sapa yang buat kerja ni! Sesangat tidak bermaruah kerana sanggup melontarkan kata-kata yang tidak harusnya dilontarkan buat seorang pemimpin yang berjuang untuk Islam.. Allah~

          Setelah selesai segala urusan polis.. aku turun ke bawah. Melihat dengan lebih dekat. Apa yang terjadi sebenarnya. Dari segi pemerhatian aku, orang yang buat benda ini pun bukan berani sangat. Lontaran cat dari arah luar dan agak jauh..

          Sekarang tugas aku bermula. Aku dan seorang mak cik yang bekerja di situ, terus mengambil berus dan sabun untuk memberus lantai ini… ^___^ Penat juga nak sental cat ni. Nasib baik cat kapur.. alaaa..cat murah ja korang nak lempar pun..huhu.. cuba kalau simbah cat Nippon ke..kan best sikit..huhu..

          “Pak cik…belanja! Saya sental lantai ni..”

          “Orait..jom..makan nasi ayam!”

          “Alaa…saya puasa..”

          “Ha…puasa? Xda… hari ini ja tawar..”

          Huh! Aku hanya mampu menjuih bibir. Merajuk! Terus menyental lantai. Haish… moga peroleh pahala dari Allah dek setiap sentalan aku ini (^_^) Kenangan terindah… inilah pengalaman..

          Usai solat zohor.. aku terus terlelap di dalam bilik yang disediakan kat tingkat atas ini… Kat atas ini ada bilik yang ada katil. Aku selalu solat kat situ.. alang-alang dah solat.. tidur la sekali.. penat menyental lantai!

          Dalam keadaan mata yang tertutup, aku teraba-raba mencari telefon bimbit. Aku capai telefon.. ada mesej dari abah tadi..

          “Abah tak redha kakak turun Bersih!..”

          Allah~ aku terus pejam mata.. ada linangan air mata yang mengalir.. hebatnya perjuangan suci ini..mehnah tribulasi yang menguji hati!

Bersambung…

Qani’ah Mawaddah
6.16
16 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Thursday, June 23, 2011

AL FATIHAH

Jam sudah menunjukkan pukul 3.08 pagi. Aku masih tidak berganjak dari meja pejabat. Menaip kerja. Rehat sebentar. Memandang sekeliling pejabat kawasan. Ini kali kedua aku datang ke sini. Sahabat-sahabat sudah ‘syahid kecil’. Aku yang masih setia menaip.

          Mata ini asyik memandang foto Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Kenapa ya? Entah.. banyak saja gambar pemimpin parti dalam pejabat ini. Sejuk mata memandang gambar ulamak. Akibat terlalu bosan, aku membuka Facebook sementara merehatkan diri.

         Terkaku sebentar…pada satu ayat. 23 JUN 2002… Perginya USTAZ FADHIL NOR. Masyaallah.. patutlah hati ini… mata ini asyik terasa ingin memandang foto ustaz. Al fatihah buat ustaz…

Bersamaku…renungi kronologi 300.000 orang menghadiri upacara pengebumian Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor

22 Jun 2002

10.30 malam berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.


23 Jun 2002

1.30 pagi keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 petang jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 petang rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

10.30 malam rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

11.00 malam kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain.


Kini telah terbukti seorang pemimpin Islam yang dikasih pasti telah menunjukkan berkatnya di dunia lagi. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, lebih 300,000 orang hadir dalam majlis pengkebumian seorang pemimpin. Allahyarham Datuk Hj.Fadhil Nor adalah insan yang bertuah kerana ratusan ribu rakyat marhaen hadir untuk memberi sedekah Al-Fatihah dan sama-sama solat ke atas jenazah beliau.

Hari ini Malaysia dan segala isi penduduknya pasti kehilangan seorang pejuang Islam, walaupun kepimpinan beliau dibenci oleh musuh politik, tapi Allah swt telah menunjukkan kepada umatnya Allahyarham adalah insan kerdil yang akan ditempatkan bersama para mujahid dan para syuhada di alam barzah.


Al-Fatihah untuk roh Allahyarham dan takziah kepada keluarga beliau serta pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) serta BA. Semoga Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa Allahyarham serta ditempatkan bersama para syuhadah. Semoga ini akan memberikan kita keinsafan serta kembali ke jalan islam yang sejati lagi hakiki.


p/s : berjuanglah untuk Islam!


Qani'ah Mawaddah,
24 Jun 2011
3:22 am
~Jerai~

Friday, April 22, 2011

I'M SORRY


I’M SORRY
         
          Meninggalkan blog untuk seketika dan membiarkan USRAH ONLINE tergantung begitu sahaja. Aku masih memikirkan ‘modus operandinya’. Tidak mahu tersilap langkah.

Insyaallah.. pada peringkat permulaan. Begini ceritanya… (dengar baik-baik nih..huhu)

First…

          Add lah serikandiumar93 di ym korang.. Tapi, jangan lupa tinggalkan pesanan, dah banyak orang add tapi tak tinggal pesan, pening kepala ni juga nak fikir cara.

Second…

          Aku akan buat entry sebelum usrah bermula, pastikan korang ronda-ronda blog ni selalu lah untuk pastikan usrah akan diadakan.

          Insyaallah…akan bermula minggu hadapan ^___^

Third…

          Bila dah tahu ada usrah malam tuh, onlinelah korang, jangan tunggu aku nak pergi jemput, aku jemput melalui entry saja…huhu pandai-pandailah datang sendiri ya!

          Bila dah ramai-ramai ada, aku akan invite korang untuk ym di conference. Faham dah takat ni?

*****

          Jadi…usah risau. Usah fikir-fikir. Tunggu aku post entry nanti untuk maklumkan ada usrah. Tajuk nanti aku inform lain. Ngerti?

Alhamdulillah… dah nampak yang angguk kepala… huhu ^___^

          Untuk pengetahuan, ini adalah gerak dakwah aku yang pertama untuk buat usrah online. Jadi… supportlah sikit ya.. demi dakwah Islam semata.

p/s : support tau…
my ym : serikandi_umar93@yahoo.com

tinta serikandi,
serikandiumar93
3:33 pm
22 APRIL 2011

Wednesday, April 20, 2011

USRAH ONLINE : HALAQOH CINTA


“…orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat…”

~al hujurat : 10~

Bismillahirrahmanirrahim…

          Terbuka hati. Terbuka minda. Berkongsi pendapat dan idea. Meluah rasa hati dan cinta pada Ilahi. Menautkan sebuat ikatan aqidah. Semua aku cuba nak gapai dalam blog ini. Satu rasa…satu matlamat. Membawa satu visi dan misi untuk menyebarkan dakwah Islam. Allahuakbar!

          Tergerak hati… aku nak lancarkan ‘usrah online’. Aku nak lancarkan halaqoh cinta. Supaya di situ, hati kita bertaut untuk saling mengingati dan mencintai Alllah setiap detik dan ketika.

          Cumanya..tak yakin akan terjalannya ‘halaqoh cinta’ ini. Jadi…di kesempatan ini, di pagi yang bening ini… nak tanya, sapa nak join ‘halaqoh cinta’ ini?

BILA?

          Aku fikir… dan fikir. Ada pilihan.

Pilihan 1 : Jumaat malam Sabtu

Pilihan 2 : Sabtu malam Ahad.

Ini apa yang aku fikir…

          Sekarang cuma nak tahu pendapat semua sahaja :)

          Jadi…sesiapa yang nak join, sila tinggalkan email anda di sini dan ‘vote’ jap… pilihan mana 1, untuk memudahkan urusan.

          Dan… kalau rajin (tak paksa pun ni ^__^) buat entry di blog korang tentang usrah online ni, dan cari serta ajaklah kawan-kawan untuk sama-sama menyertai halaqoh cinta ini. Moga redha Allah bersama kita.. insyaallah…

          Bersamaku..kita tautkan hati kita kepada Ilahi. Hati kita milik Allah… ayuh bersamaku kita sucikan ia kembali…

Sekian, terima kasih!

p/s : add aku sekali kat ym… serikandi_umar93@yaoo.com ^___^


pagi yang bening,
serikandiumar93,
5:06 am
20 APRIL 2011 

Wednesday, March 2, 2011

BUDAK KECIL DAN API NERAKA

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : Aku takutkan api neraka…”

Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”

Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Pengajaran : Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Catatanku,
Serikandiumar93,
1:25 pm
2 Mac 2011

Wednesday, February 23, 2011

HIJAU HASILKAN KETENANGAN

Aku suka hijau! Hijau…kenapa? Sebab hijau warna yang cukup tenang aku rasakan. Bila pandang warna hijau…sejuk saja mata. Tenang saja hati….
Aku seorang yang suka ambil kisah hal sekeliling, benda yang kecik pun aku ambil kisah. Jadi, setiap apa yang aku pandang, aku akan bermonolog sendirian, sebab tu suka bermadah….

Tiap kali pergi jalan-jalan…dan lalu dekat dengan hutan, ataupun lebih tepat lagi…sepanjang jalan untuk ke air terjun, sekeliling dia dikelilingi pokok kan? Kalau kita buka tingkap kereta apa akan kita rasa?
Rasa kesejukan flora dan fauna… bau daun-daun hutan yang meresap ke dalam diri. Suka! Apa warna dia? Hijau….

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan#FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

          Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam surah Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali.

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga
kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah" 

(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci" 

(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal"
(Q.S. Al-Kahf: 31) 

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau
bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu
dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahawa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan
ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,Inggeris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga bisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:

Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,
dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,
Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

p/s: warna bendera jihad…warna hijau… bendara Malaysia tak da warna hijau.. ^__^

nukilah hatiku iman,
serikandiumar93
6:00pm
23 Februari 2011