Pages

Showing posts with label PURDAH. Show all posts
Showing posts with label PURDAH. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

KAIN KECIL ITU DI WAJAHKU


Gambar di atas, diambil pada 5 tahun yang lalu. Zaman dulu-dulu. Bukan purdah pun, tapi tudung bidang 60 ditarik bucu bawah dan dipin di tepi. Ini waktu zaman mula-mula nak pakai purdah dulu.

2/2/2008 --- > Umur 15 tahun, Form 3. Masih student di Maahad Mahmud.

Tahun itu tahun penuh mehnah. Allah uji macam-macam. Waktu mula pakai tu 2/2. Masih awal tahun. Baru naik form 3. Kanak-kanak lagi. Tapi, jiwa yang kental menguatkan semangat qaniah.


Friday, May 18, 2012

SYADIDKAH AKU

"Ustazah..jangan garang sangat..."

Ammar mencelah.

Jannah memanggung kepala. Memandang tepat ke muka Ammar yang memecah sunyi mesyuarat mereka pada hari ini.

Wednesday, May 4, 2011

JANGAN PANDANG ENTENG

          Orang suka memandang rendah pada gadis berpurdah. Benar? Aku sendiri pernah laluinya… dan baru hari ini kata-kata itu menyentap lagi hatiku. Apa bezanya gadis berpurdah? Sukarkah kehidupannya pada pandangan dunia?

          Pelbagai tanggapan negative diberikan pada gadis berpurdah. Susah dapat kerjalah… kahwin lambatlah… macam-macam tanggapan kami kutip dan angkut.

          Kenapa dan kenapa? Apa salah gadis berpurdah ini? hanya kerana memilih purdah lantas segala hal dunia menjadi satu bebanan?

          Oh tidak! Maaf sama sekali.. aku juga gadis berpurdah. Kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Tiada masalah…

Aku ke sekolah…

Aku makan di tempat awam..

Aku bergaul di dengan orang awam..

Aku turun program..

Aku berjalan ke sana sini dengan tiada ras was-was…

Lantas apa yang perlu aku gusarkan… sukar dapat kerja? Argh..kenapa begitu sempit pemikiran kita. Memang kerajaan tidak membenarkan pemakaian purdah ketika bekerja. Jadi.. kita janganlah pakai time bekerja. Usai kerja…pakai semula. Kan mudah? Ustazah aku sendiri melakukan perkara sedemikian. Kita boleh… jangan menyempitkan keadaan…

*****

Think positive.. pakaian bukan penghalang pergaulan kita. Pakaian bukan penghalang kejayaan kita. Siapa kata gadis berpurdah itu tidak pandai orangnya? Buktikan… jangan pandang enteng pada kebolehan gadis berpurdah…

Biarpun terlindung di sebalik hijab.. ada rahsia yang harus disingkap!


Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6:55 pm
4 MEI 2011

Saturday, April 23, 2011

CABARAN BERPURDAH


          Nak pakai purdah bukan senang. Tambah-tambah untuk istiqamah. Memerlukan kekuatan hati yang kuat. Kalau tak berani nak hadapi cabaran, jangan mencuba kerana padahnya anda akan merana! Betul ka?

          Banyak cabaran yang bakal dilalui. Hubungan dengan Allah dan kekuatan hati sangat-sangat diperlukan kerana mungkin tiada siapa yang memahami apa yang sedang berlaku kepada si pemakai.

          Aku? Aku macam nak menjerit minta sahabat-sahabat faham. Tapi sapa nak faham.. diri sendiri kena kuat.

          Kali pertama melangkah keluar, seram badan… menangis la juga sikit. Takut.. huhu. Rasa macam nak lari sembunyi bila orang tengok semacam. Haha.. sampai macam tu sekali? Ini yang berlaku dekat akulah…

          Tanggal 2/2/2008, aku melangkah keluar dari rumah sewa Tibbil Qulub menuju ke maahad. Ada seminar nuqaba hari tu. Rasa macam tak mahu pergi saja. Masuk pintu pagar sekolah. Fuh…semua mata tengok. Aduh… nak jalan pun kekok. Tunduk sampai sakit kepala..huhu

          Semua tanya… sapa tu? Alar…tengok mata lah… ha…kenal-kenal… ^___^ alhamdulillah orang mudah kenal sebab tengok mata…

          Masuk dewan… tepukan semangat dari Syifa Hana (anak Dr. Harlina). Huhu… ketar-ketar… nak lalui tempoh perubahan yang drastik ni.

*****

          Pergi sekolah macam biasa. Sepanjang berjalan kaki nak pergi sekolah semua orang tengok. Tengok-tengok apa? Argh..rasa macam nak menjerit suruh orang henti tengok…

          Mahu tidaknya…beberapa tahun ini mana ada sejarah orang pakai purdah datang sekolah… jadi yang first la ya serikandiumar :)

Kat sekolah boleh pakai purdah?

          Tak boleh pun. Sampai depan pagar sekolah buka, bila habis sekolah pakai. Menuntut ilmu tidak boleh ada hiijab bukan?

Apa cabaran?

          Banyak juga… macam-macam kena panggil. Ninja.. ayat-ayat cintalah… huih, pelik-pelik.

          Cabaran dengan ahli keluarga sendiri lagi dahsyat. Aku melalui tempoh pentarbiyahan dalam berpurdah yang sungguh dahsyat. Keluarga tidak menerima hingga aku membawa diri jauh.

          Di usia 15 tahun, tidak balik rumah. Wang saku tiada. Membawa diri ke program-program islami. Maklumlah… pilihan raya time tu, tempat aku di markaz. Menjengah ke dunia perjuangan di usia yang muda!

          Ujian-ujian demi ujian… tak terdaya nak lalui. Sakit hati semua ada. Tika itu… hubungan dan keyakinan dengan Allah perlu kuat supaya diri tidak futur.

          Nak tahu cabaran aku? Hmm… satgi aku sambung cerita… nak solat Subuh dan nak pergi belajar kereta pukul 7 nanti…

p/s : cabaran menguatkan kita sahabat!


Diariku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
5:59 am

Sunday, April 17, 2011

AKU TAK SYADID


Bismillahirrahmanirrahim…

          Di sini ana mahu menjawab persoalan ukhti Ainsya Balqis. Syukran kerana mengirimkan email kepada serikandiumar ^__^ insyaallah, ana akan menjawab sekadar yang ana mampu kerana ana juga tidak petah dan mahir untuk berbicara bab ini.

MACAM MANA MAKAN DI PUBLIC?

          Aku tak syadid. Jadi… bila nak makan di public aku buka. Cumanya.. bukanlah, terus buka ikut suka hati sahaja. Ada la cara-cara dia (ini cara yang aku buat tiap kali makan di public)

          First… duduk membelakangkan orang ramai. Pilihlah tempat yang tersorok sedikit dan tundukkanlah pandangan anda sedikit.

          Second, apabila makanan dah sampai, dan dah bersedia untuk makan, bukalah purdah. Kalau tak buka nak makan macam mana ? ^___^

          Tapi…ada syaratnya..bila dah buka, tak payahlah dok toleh sana, toleh sini.. (macam nak tayang muka pula kan ) buat biasa sudah la, jaga pandangan.. makan dengan penuh tertib.

Then, dah selesai makan..tutup la balik.

Mudah kan? A’a…mudah sahaja. Jangan menyempitkan keadaan dengan nak makan tanpa buka purdah. Itu bergantung pada individu dan pegangan dia pula. Bagi aku… aku pegang yang mudah. Sebab ISLAM tidak menyusahkan… masih ada kelonggaran di situ. Aku tidak memegang wajib… bagi yang memegang wajib… mungkin mereka makan dengan tidak membuka purdah. Ha… itu kena tanya pendapat yang makan macam tu la.

*****

Comment dari Mujahidah Solehah ::

erm..enti..ana nk kongsi ckit..ana dh lme sgt mint nk pakainyer..dan insya'allah!!istiqamah sampai bile2..dan mcm enti juga..hti ana kuat mengatakn..yknlh..pakailah..jgn tkt..allah kn ade??cme..ana risau dgn penerimaan ummi ngn abh ana..ptt dirahsiakn..atau diberitahu pd mereka??apa pndpt enti??dlm hal nih?? o.O
asif..ana tnyer..soaln kt enti.. ^^

Ukhti… memang tekad hati kita kuat. Tapi.. please, tanyalah dan beritahulah kedua ibu bapa kita. Mereka berhak tahu apa yang terjadi pada anak mereka supaya mereka tidak berfikir benda yang tidak patut. Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa…

Yakinlah…jika purdah pilihan Allah buatmu, dia akan membuka pintu hati kedua ibu bapamu untuk menerima ukhti, jangan takut.. Allah tahu yang terbaik.

         Apa yang penting saat ini, taqarub ilallah. Pohonlah pada Allah ukhti.. Dia akan membantumu ^__^

          Aku akan doakan engkau akan menyusul bersamaku di kemudian hari… tika dan saat itu biar Allah yang tentukan.

Salam sayang dari serikandiumar…

p/s: minta dikongsikan pendapat dari insan-insan lain yang berpurdah di luar sana ya ^__^


Coretan serikandi,
Serikandiumar93
3:18 am
18 APRIL  2011         

TAKUT UNTUK BERPURDAH


TAKUT UNTUK BERPURDAH?

          Kenapa perlu takut? Takut tidak mampu istiqamah? Benar.. sukar sekali untuk istiqamah. Tekad hati kita kena kuat. Benar kita ingin berpurdah? Atau hanya untuk suka-suka mengikut teman dan rakan-rakan? Atau…hati kita sendiri yang mahu?

          Jika kita yakin… Allah ada bersama, segalanya pasti mudah! …usah takut gadisku, Dia ada bersamamu… ^__^

BOLEH BUKA BILA DAH PAKAI?

          Kenapa perlu buka? Jatuh fitnah balik bagi si pemakai apabila kejap pakai, kejap buang. Pakai purdah ini bukan benda main-main. Bergantung pada niat.

NIAT?

          Ya..niat kita. Kerana apa dan kepada siapa kita menghijabkan diri. Hukum berpurdah boleh jadi wajib, sunat…tapi aku tidak berniat untuk membahaskan semua itu di sini. Cumanya.. aku ingin mencoretkan sesuatu buat gadis yang ingin berniqab di luar sana.

PERBAIKI NIAT..

          Macam mana tu? Kembali kepada persoalan hati.. kenapa kita nak berpurdah?

Bagi aku… berpurdah adalah untuk menghijabkan diri dari pandangan dunia. Agar bisa dirinya terjaga, pergaulannya terbatas. Bisa memperbaiki dirinya menjadi muslimah sejati yang hanya menagih cinta Ilahi.

CARA UNTUK KUATKAN HATI?

          Pohonlah pada Allah.. kerana dia sebaik-sebaik pemutus segala keputusan. Apabila kita pohon kepada-Nya , dan kita redha dengan petunjuk-Nya..yakinlah itu pilihan Allah. Pilihan yang terbaik.

          First..solat hajat banyak-banyak. Please…pohonlah pada Allah. Second, bila dah tenang hati itu, baru solat istikharah supaya istikharah kita tidak dipengaruhi apa-apa.

          Kekuatan hati itu penting. Yakin dengan gerak hati. Aku?

Aku tidak sehebat mana istikharah… cumanya… gerak hati aku membuatkan hati ini tekad. Aku redah jua.. ^__^

         Ayuh redah bersamaku… aku menunggumu gadisku!


Gadis berniqab,
Serikandiumar93
5:30 pm
17 APRIL 2011 

AKU PILIH KAMU


Aku memilih ia…

Kerana aku yakin pandanganku pasti terjaga…

Aku memilih ia…

Kerana aku yakin diriku pasti terjaga..

P-U-R-D-A-H

          Aku memilih kamu sebagai pakaianku di dunia ini. bisa menghijabkan diriku dari pandangan dunia yang fana.

          Sekali ku melangkah…tidak ku toleh lagi ke belakang. Aku dicemuh. Dihina.. dikeji.. hanya kerana memilih kamu!

         Aku sabar… aku atur derap langkah itu penuh hemah. Aku yakin ada hikmah. Aku yakin ALLAH pasti membantu aku!

          Hatiku terguris dengan fitnah itu… aku menangis, merintih penuh hiba. Hanya kerana aku memilih kamu, aku jadi sedemikian rupa.

          Allah… peliharalah diriku Ya Allah.. aku memilih dia kerana aku yakin Ya Allah…

Gadisku… berpurdahlah kalian kerana ALLAH…

Pilihlah ia kerana kalian yakin ia adalah pilihan ALLAH…

Bukan kalian pilih is sekadar suka-suka…

          Terima kasih ya Allah… kerana mengurniakan aku kesempatan untuk berpurdah ^___^


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
1:25 pm
17 APRIL 2011

PURDAH


                Semalam… melayan kiriman sms seorang kakak yang ku sayang. Kini dia di Darul Quran. Bertanya mengenai purdah. Nak pakai ke kak? Aku senyum meleret…

          Subhanallah…makin ramai anak gadis hari ini terbuka untuk berpurdah. Aku suka. Seronok… kerana makin ramai yang mahu menghijabkan diri dari pandangan dunia yang penuh mehnah ini. mabruk!

          Cumanya…dia takut dan musykil… takut untuk istiqamah.

PERKARA UTAMA?

          Solat hajat dan istikharah dahulu. Bila dah yakin. Tekad hati dah betul…pakai. Tapi… sila beritahu ibu anda terlebih dahulu supaya kita tidak membelakangkan ibu kita. (berdasarkan pengalaman aku sendiri)

JIKA MAK TAK BAGI PAKAI?

          Jika mak tak bagi pakai, sedangkan kita diselubungi fitnah di tempat kita study, pakailah dahulu di sana.. supaya menutup fitnah yang ada. Islam itu mudah. Tidak memaksa bukan?

ORANG CANTIK PATUT PAKAI PURDAH?

         Tidak semestinya. Kalau dia cantik, tetapi dia tidak mahu pakai nak buat macam mana. Bergantung pada individu. Berbalik pada niat asal dia berpurdah. Berpurdah kerana apa dan kepada siapa?

         Tak banyak yang mampu untuk aku kongsi. Sudah nak masuk pukul 7.00 pagi. Nak kena buka tadika ^__^

p/s : insyaallah…akan menulis pengalaman aku sendiri berpurdah.



Tintaku,
Serikandiumar93
6:47 am
17 APRIL 2011