Pages

Showing posts with label MONOLOG SERIKANDI. Show all posts
Showing posts with label MONOLOG SERIKANDI. Show all posts

Friday, September 26, 2014

PENA TANPA NAMA



Belum sampai seminggu, kaki ini memijak tanah bumi Syam, Urdun. Hati menggamit rasa rindu. Rindu pada mak, ayah, adik adik.. dan nommi. Si kucing kesayanganku. Pelik. Bila ada dekat, tak nak dengar cakap mak ayah. Gaduh dengan adik adik. Bila jauh, dengar lagu sedih sikit terus teringat.

Begitulah lumrah. Lumrah manusia.

Kepala ligat memikirkan bait kata. Tangan terasa ingin menulis. Hampir 9 bulan rasanya blog dibiarkan. Tanpa ada pena yang ditulis. Tanpa ada rasa untuk menulis. Tapi hari ini, hati tidak dapat menahan benak rasa. Rindu ku pada penulisan ini.

Setahun lama, perubahan mendadak berlaku. Perubahan emosi. Perubahan tingkah laku. Dan tahun ini, percutian di Malaysia yang melalaikan. Dan mengguris hati kedua ibu ayah. Emosi yang tidak menentu. Rasa marah yang memenuhi benak dadaku. Memuntahkan segala amarah. Ku lihat air mata mak. Ku lihat amarah ayah.

Gagalnya aku sebagai anak.

Aku menyalahkan sakitku ini. Aku menyalahkan sihir yang dilakukan kepadaku ini. Aku menyalahkan segalanya. Aku kata mak ayah tidak adil. Aku persoalkan segalanya. Aku rasa aku betul.

Sampailah beberap hari sebelum pulang, aku ditegur akan sikapku oleh seseorang. Rembesan air mata berlinangan. Empangan air mataku pecah. Dada yang terasa sesak terasa sikit sikit makin lapang.

Ini rupanya.

Sekian lama aku mengeraskan hatiku. Aku sumbatkan dadaku. Aku biarkan ianya sesak. Entah berapa lama tidak di'servis'. Dan malam itu, Allah hadiahkan seorang insan yang menegurku. Teguran yang menyentak benak dada. Esak tangis yang tidak dapat dikawal.

Datang sang ibu. Gusar melihat. Takut sakit anaknya menyerang. 


Pergilah ibu. Biarkan aku.

Malam penuh keinsafan. Aku ingin positifkan diriku. Aku ingin sentiasa tersenyum. Aku ingin buang amarah ini.

Aku ingin berubah Ya Allah. Kembali kepada diriku suatu ketika dahulu. 

*****

Sihir ini dilakukan oleh manusia bukan?

Perawat memandang kepadaku. bertanya.

Ya.

Aku menjawab.

Sihir ini boleh berlaku tak kalau tanpa izin Allah?

Aku pandang mak. Aku pandang abah. Diam.

Perawat tersenyum.



Ya. Semuanya dengan IZIN ALLAH.

Adakah perlu kita menyalahkan sihir ini yang membuatkan kita menjadi teruk begini. Pada mulanya ia, aku menyalahkannya.

Hakikatnya, jika direnung dengan hati. Kita pasti akan mendapat satu hikmah yang tersirat. Segala yang berlaku adalah dengan IZIN ALLAH. Jika Allah menghendakinya berlaku, pasti ianya berlaku. KUN FA YAKUN.

Ada hikmah disebalik sakit yang Allah beri. Adakah kau lupa, saat sakit, saat itu baru kita menangis. Memohon ampun kepada Allah. Solat hajat senantiasa. Al quran sentiasa dibaca. Hati sentiasa mengingati Allah.

Apabila sihat kita terlalu gembira. Seronok dan alpa.

Nah, inilah hikmahnya. Aku yang membebankan diri aku. Aku yang tidak mahu melawan perbuatan manusia itu. Lawanlah. Lawan dengan amalan. Lawan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Mohon kepada Allah.

Lama aku tidak menangis di hadapan-Mu Ya ALLAH.

Berilah aku kekuatan. Melayari bahtera kehidupanku dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Kuatkanlah aku dengan ujian-Mu ini. Pimpinlah daku Ya Allah. Sirami aku dengan nur Iman-Mu.

Biarlah aku lembut dan asyik dengan kecintaanku kepada-Mu. Jangan biarkan aku keras lagi. Aku tidak mahu derhaka kepada kedua ibu bapaku dalam keadaan aku mengetahui bahawa itu satu dosa.

Jangan biarkan aku lepaskan amarah kepada insan insan yang aku sayangi. Positifkan diri aku Ya Allah. Jauhkan sifat negatif dariku Ya Allah...

Sedarkan aku ketika alpa. Sejukkan aku ketika amarah. Damaikan hatiku ketika kesedihan Ya Allah..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

26/9/2014
9.02 pm
Irbid, Jordan

Tuesday, October 15, 2013

DOA KU


Tuhan, sungguh lama ku tidak bertinta. Jari jemari kaku untuk menaip. Hati tertutup untuk berfikir. Hingga penuh tompok hitam memenuhi hati. Baru ku sedar saat ini, begitu jauh aku telah pergi. Hanyut terpesona dengan dunia.

Hari ini Hari Raya Aidil Adha. Sama-samalah kita menyambut seruan pengorbanan itu. Pengorbanan dalam segala-galanya. Tambah tambah pengorbanan melawan godaan nafsu. Pengorbanan meninggalkan keasyikan dunia menuju kepada keasyikan cinta-Mu Ya Rabb.


Saturday, February 2, 2013

KAIN KECIL ITU DI WAJAHKU


Gambar di atas, diambil pada 5 tahun yang lalu. Zaman dulu-dulu. Bukan purdah pun, tapi tudung bidang 60 ditarik bucu bawah dan dipin di tepi. Ini waktu zaman mula-mula nak pakai purdah dulu.

2/2/2008 --- > Umur 15 tahun, Form 3. Masih student di Maahad Mahmud.

Tahun itu tahun penuh mehnah. Allah uji macam-macam. Waktu mula pakai tu 2/2. Masih awal tahun. Baru naik form 3. Kanak-kanak lagi. Tapi, jiwa yang kental menguatkan semangat qaniah.


Friday, February 1, 2013

WORLD HIJAB DAY


Salam 1 Februari semua!

Tahukah anda apa yang istimewa pada 1 Februari ini? Ha, try tengok video di atas, dan anda boleh layari web ini World Hijab Day. Hari ini adalah Hari Hijab Sedunia.

Apa itu hijab?


Tuesday, January 1, 2013

2012 HANYA TINGGAL KENANGAN


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Tanggal 30 Disember 2012, Engkau ubat rasa rindu ini pada murabbi tercinta. Takdir-Mu dan dengan izin-Mu, murabbi melangkah kaki ke bumi barakah Syam ini. Syukur :') Terima kasih Ya Allah..


Saturday, December 29, 2012

KU TERLUKA


Hati terluka...
Remuk bagaikan kaca..
Ku pegang dada..
Air mata bercucuran tanpa di pinta..
Sakitnya rasa...


Monday, November 26, 2012

Oh Muslimah..


Aku susuk tubuh seorang wanita yang bertatih mengejar impian untuk bergelar sang solehah...

Kadang-kadang tika aku memijak anak tangga...sikit lagi mahu sampai ke anak tangga sang solehah...

Aku jatuh kembali ke bawah.. kerana ada saja halangan yang menolak diriku jatuh kembali..


Thursday, October 25, 2012

PENGORBANAN SEBUAH CINTA




Insyaallah, pada esok hari, tanggal 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 kita seluruh umat Islam akan menyambut satu perayaan yang disambut julung-julung kalinya pada setiap tahun iaitu Hari Raya Aidiladha. Aidiladha tidak sama ertinya dengan perayaan Aidilfitri. Aidiladha punya kisah pengorbanan yang tersendiri.

Punya satu kisah pengorbanan yang menyentuh jiwa dan perasaan. Kisah cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta-Nya. Kisah cinta yang penuh dengan ujian, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan cubaan. 

Kisah cinta yang mungkin akan menjadi cubaan terberat yang pernah ada sepanjang zaman…Kerana pengorbanan demi pengorbanan yang dialami oleh Nabi Ibrahim adalah untuk membuktikan cintanya padaNya... 

Sunday, October 7, 2012

I'M LEAVING

I'm leaving
Take care about yourself
Please smile :')

Tataplah mataku sahabat,
Jika angin rindu menyapamu...

Salam terindah ^^

Monday, October 1, 2012

IKHLASKAH HATIKU YA ALLAH ?


Alhamdulillah mood qaniah makin baik. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat tidak terhingga ini. Dan sungguh, Allah menegur qaniah dengan pelbagai cara yang membuatkan qaniah berfikir tentang erti syukur dan ikhlas kepada Allah :')

Usai solat Asar berjemaah bersama sahabat serumah, qaniah terbaring di tikar sejadah. Najwa masih duduk berteleku di tikar sejadah sambil mulutnya mula berbicara tentang ilmu yang dia peroleh sewaktu talaqi tadi.


Saturday, September 29, 2012

SALJU HATIKU

Bilakah hatimu kan kembali lunak..
Aku tidak mampu engkau terus membeku..
Engkau berhak bahagia..

Dekatilah Allah..
Dia ada penawarnya...

Monday, September 3, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [6]


Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk....Allah jua

Thursday, August 30, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [5]


[POSITIFKAN CINTAMU]

"Jika jalan sudah benar, namun pelbagai masalah
masih menghalang, jangan berpatah balik,
teruskan perjalanan."

Sabarlah wahai bakal imamku..
Aku tahu jalanmu penuh liku..
Memikirkan masa depan yang mendatang... 

Aku kan sentiasa mendoakan yang terbaik..
Buatmu bakal imamku... :')

Qani'ah Mawaddah
-3.55 pm-

Wednesday, August 29, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [4]


Berbeza Demi Cinta

"Berbeza tidak semestinya bertentangan.
Perbezaan yang diterima dan diurus dengan baik
akan menghasilkan keindahan.."

Tuesday, August 28, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [3]


[DOA KITA BERDUA]

Ya Allah,
Kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua..

Monday, August 6, 2012

ANTARA 'aku' DAN AKU


Masihkah aku ini aku
Atau aku sudah keliru

Pada rupa jiwa yang ingin berubah
Sering pula aku mengalah

Akukah ini atau aku yang lain
penuh fikir tanpa kelembutan
Asyik bekerja tanpa kemesraan
Kepalang akal lupa tawakal


Wednesday, May 23, 2012

MURABBI

Murabbi.
Manisnya senyumanmu.

Murabbi.
Aku rindu tarbiyahmu.

Aku bertatih hari ini wahai murabbi,
Rupanya, tidak mudah untuk jadi solehah.

Qani'ah Mawaaddah
Sakan Yarmouk
1.36 am
23 Mei 2012

Saturday, March 31, 2012

BELAJAR UNTUK REDHA

Bismilillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, selamat pagi semua. Sudah sarapan belum? Hari ini dah hari Sabtu, jamiah cuti dan qaniah mengambil kesempatan untuk bangun lambat. Tuuutttt. Walhal esok exam. Ish..ish. Maaf...maaf. Qaniah buat salah dia mengaku. Mungkin keletihan [alasan la tuu]. Tak pa..Tak pa.. berbalik pada niat asal untuk menuslis ^^

Kenapa yang kali ini qaniah nak tulis pasal 'belajar untuk redha'. Selama ini qaniah tidak redha ka? Wallahu'alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Monday, March 26, 2012

DALAM MIHRAB CINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Menulis di dalam bilik yang kini terang diterangi cahaya matahari. Syukur pada Allah kerana Dia Maha Bijaksana menciptakan cahaya ini yang mampu menerangi alam dan memudahkan qaniah untuk terus menulis. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak terkira ini^^ 

Apa khabar sahabat-sahabat? Sihat? Alhamdulillah, qaniah juga yang tidak berapa sihat. Doakan qaniah sembuh ya. Insyaallah..hari ni tiada apa yang menarik. Cumanya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, apa yang qaniah tonton tadi.

Sebelum terlupa, terima kasih juga Ya Allah atas nikmat Islam yang Engkau kurniakan kepada saudara kita, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah dan adiknya juga kini sudah memeluk Islam, Jason Rudi. Alhamdulillah, dan baru dapat tahu Saiful sudah khatam al quran. Syukur.. rahmat-Mu Maha Luas Ya Allah..

Sunday, March 25, 2012

APA ADA DALAM HATI?

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Allah berikan kesempatan pada diri ini, dan hati ini untuk menulis di sini lagi. Agak lama blog ini ditinggalkan. Tidak sedar diprivatekan juga. Maaf atas kesulitan ini, dan maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya di Facebook ^^ Qaniah agak terleka dan mengabaikan blog ini.

Di kesempatan yang ada, tidak terlalu lambat rasanya untuk qaniah ucapkan, tahniah buat adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM pada 21 Mac yang lepas. Pada yang berjaya..tahniah dan tahniah. Moga kecemerlangan kalian akan digunakan untuk berbakti buat ummah. Buat adik-adik yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan. Senyumlah..sabarlah. Yakinlah bahawa ada hikmah dari-Nya.