Pages

Monday, March 26, 2012

DALAM MIHRAB CINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Menulis di dalam bilik yang kini terang diterangi cahaya matahari. Syukur pada Allah kerana Dia Maha Bijaksana menciptakan cahaya ini yang mampu menerangi alam dan memudahkan qaniah untuk terus menulis. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak terkira ini^^ 

Apa khabar sahabat-sahabat? Sihat? Alhamdulillah, qaniah juga yang tidak berapa sihat. Doakan qaniah sembuh ya. Insyaallah..hari ni tiada apa yang menarik. Cumanya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, apa yang qaniah tonton tadi.

Sebelum terlupa, terima kasih juga Ya Allah atas nikmat Islam yang Engkau kurniakan kepada saudara kita, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah dan adiknya juga kini sudah memeluk Islam, Jason Rudi. Alhamdulillah, dan baru dapat tahu Saiful sudah khatam al quran. Syukur.. rahmat-Mu Maha Luas Ya Allah..



Sahabat-sahabat dah khatam quran belum tahun ni? Qaniah pun baru merangkak-rangkak, untuk menghabiskan.


Ok, berbalik pada cerita qaniah di atas tadi. Agak-agak qaniah tengok cerita apa ya? Ala, dah tahu punya. Tengok tajuk post kali pun sudah dapat agak, 'Dalam Mihrab Cinta'. Yes, get it.

Sebelum ini, qaniah langsung tidak meminati drama atau filem Indonesia. Mungkin sebab bahasa atau loghat dia rasanya, membuatkan qaniah malas nak tengok. Tapi semalam... tanpa sengaja.. terrrrr... download filem ni. Bukanlah 'terr'sangat,  sengaja qaniah download sebenarnya, nak tonton juga. Apa yang bestnya dalam filem ni.

Alhamdulillah banyak juga intipati dan ibrah yang boleh diambil dari filem ini. Pertamanya qaniah nak ucap tahniah, filem Islamik yang sangat baik. Nampaklah kata Islamiknya berbanding filem Malaysia.

Bermula dengan Shamsul Hadi yang difitnah sebagai pencuri di pesantren. Dia tercampak jauh. Dibuang dan hidup mengembara. Penuh mehnah.

Tekanan membuatkan dia menjalani kehidupan sebagai seorang penyeluk saku. Tapi, yang sweetnya.. dia akan catit alamat setiap orang yang dia ambik beg duit itu. Rupanya, di akhir cerita apabila dia punya duit yang halal hasil titik peluhnya, dia post kembali beg duit itu kepada tuannya. 

*****
Dalam Mihrab Cinta...

Apa yang menariknya di hatiku terhadap filem ini? Endingnya mungkin. Pada mulanya Shamsul Hadi menerima pinangan seorang gadis pada dirinya. Kemudiannya gadis itu kemalangan dan dia meninggal.

Allahurabbi...

Baju sudah dibeli. Kad sudah dihantar. Tapi akhirnya..mereka tidak bersatu. Kematian itu terlebih dahulu menjemput. Qaniah mula berfikir. Hmmm...benarlah jodoh itu rahsia Allah. Hatta insan yang sudah merancang untuk bernikah sekalipun, selagi tidak berlakunya akad antara keduanya, bermacam perkara boleh berlaku.

Itu baru merancang nak kahwin dan memang nak kahwin pun sudah Allah pisahkan mereka berdua dengan maut. Ini kan tengah hangat bercinta. Kamu ingat boleh kahwin ke dengan dia tanpa izin Allah?

Tidak..tidak...Allah tahu siapa jodohmu.

Bercintalah sehangat gunung merapi sampai nak meletus sekalipun, kalau Allah kata dia bukan milik kamu, bukan milik kamu juga.

Last..last..meraung air mata darah. Kecewa. Hati dan seluruh jiwa raga diserahkan kepada insan yang tidak sepatutnya. Tak ke merana namanya tu?

*****

Sahabat-sahabat,

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kita cuma harus terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Selebihnya pada Allah jua kita serahkan.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tentukan sahabat-sahabat.

Bila qaniah sudah kata macam tu, jangan cakap tak mahu bekerja pula... jangan cakap malas belajar pula.. yela.. dah qaniah kata segalanya Allah tentukan.

Memang sahabat-sahabat, qaniah kata segalanya Allah tentukan.. tetapi qaniah suruh berusaha tu. Allah lihat pada usaha hamba-Nya sahabat-sahabat. Kita usaha dulu, kemudian doa dan bertawakal pada Allah. Ini usaha belum sudah boleh duduk goyang kaki kata tawakal pada Allah. Itu salah konsep sahabat-sahabat.

Dalam Mihrab Cinta,

Subhanallah.. ayat yang puitis. Qaniah ingin hanyut dalam mihrab cinta pada Rabbul Izzati. Pada-Nya segala perasaan cinta dan kasih sayang harus dicurahkan. Ingat sahabat-sahabat, jika kita curahkan cinta dan kasih sayang pada Allah, yakinlah sahabat-sahabat, akan Allah berikan kepada kita pasangan yang turut mencintai Allah.

Rahmat Allah itu Maha Luas, sahabat-sahabatku ^^

Celoteh punya celoteh. Sudah Asar. Minta diri dulu, untuk hanyut Dalam Mihrab Cinta. Sahabat-sahabat, jom kita mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Sepenuh hati sahabat..sepenuh hati ini.

Madad Madad Ya Rasulallah...

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.42 pm
26 Mac 2012

No comments: