Pages

Friday, March 30, 2012

RINDU

Semalam, hujan.
Sejuk sangat.
Bumi Irbid hujan lagi?
Masih belum berakhirkah 'winter'?

Aku pandang ke luar tingkap...

-----------------------------------------------------------------------


"Kenapa yang sorang-sorang kamu duduk tepi sana?"

Terdengar suara Dr Ibrahim dari arah depan. Aku pandang ke belakang. Seorang budak Arab di belakang aku.

"Saja doktor...."

Ringkas sambil senyum.

Angin sangat kuat di luar. Tambah pula kelas fikr iqtisad di tingkat 5. Paling atas. Memang penat untuk memanjat, tambah kalau datang lewat. Tercungap-cungap mahu cepat ke atas. Sungguh, masa itu harus digunakan sebaiknya.

Tiba-tiba angin makin kuat. Tingkap luas terbuka. Aku duduk selang satu kerusi bersebelahan tingkap. Sejuk.

"Haii...betulkah kamu tak sejuuk?

Kelas sekali lagi terhenti untuk seketika. Masing-masing memandang belakang dan luar. Guruh sangat kuat, dan hujannya..hujan ais. Subhanallah.. di tingkat 5 jelas kelihatan, bagaimana hujan itu turun. Allahuakbar!

"Biasa doktor.."

Dia senyum lagi. Aku hanya memandang.

"Arab biasa kan.. Malizi macam mana? Mana Malizi..?"

Doktor Ibrahim berjalan ke arah syabab. Memegang bahunya.

"Shita dekat Malaysia sejuk macam sini?"

"Kami tak da shita..." Jawab syabab itu.

"Tak daaa?" Doktor buat muka terujanya. Satu kelas ketawa. Ya, benar. Kami tak da shita.

"Matar....?"

"Adaaa..."


"Sejuk takk?"

Syabab itu hanya mengangguk.

"Mesti sejuk sikiiiiiiit kan?" Doktor Ibrahim buat gaya dan memek muka. Cutenya. Aku ketawa di sebalik purdah.

Petang ini, kami belajar dengan penuh santai.

*****

Aku kembali membelek buku dan melukis keluk. Tangan rancak menulis. Dalam hati?

Air mata seakan mahu ditahan.

Aku rindu. Rindu pada hujan dan gerimis di tanah air sendiri. Bunyi hujan di atap rumah. Bau tar yang makin kuat apabila hujan. Rindu berselimut dalam rumah tika hujan. Rindu makan cucur dengan air panas untuk menghangatkan diri. Time hujan perut lapar!

Allah...sungguh aku rindu.

"Nasuhaaa.. kutip baju.."

Berlari anak aku ke belakang rumah. Menarik penyidai. Zaman sudah moden, penyidai sudah ada roda. Kalau dulu, penyidai bertiangkan kayu dan diikat dengan dawai. Sungguh, kemodenan itu merentasi zaman.

Cepat-cepat mengutip baju dan mengumpul di penjuru rumah, sudah menjadi kebiasaan. Terbayang wajah mak. Allah.. tiba-tiba aku rindu.

"Ok..kholas.."

Aku panggung kepala. Eh, dah habis ka? Cepatnya..baru nak rasa seronok belajar. Aku masih belum bangun. Tiba-tiba ramai orang Arab dan akhawat melayu area kerusi aku. Kenapa?

Aku pandang ke luar. Tingkap luas terbuka. Subhanallah.... pelangi ^^

Benarlah, selepas hujan Engkau hadiahkan pelangi.
Benarlah, selepas sedih Engkau hadiahkan kebahagian.

Sungguh, aku kagum.

*****

Hari ini Jumaat.
Sayyidul Ayyam.

Dah selawat belum?
Jom kita selawat ke atas Rasulullah.

Madad Madad Ya Rasulullah

Mood : I miss u mom 

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
12.30 pm
30 Mac 2012

1 comment:

.:Insyirah:. said...

moga baik2 saja di sana..insya Allah sampai rindu ukhty di sini..:-)

assalamualaikum..