Pages

Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts
Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts

Friday, February 1, 2013

WORLD HIJAB DAY


Salam 1 Februari semua!

Tahukah anda apa yang istimewa pada 1 Februari ini? Ha, try tengok video di atas, dan anda boleh layari web ini World Hijab Day. Hari ini adalah Hari Hijab Sedunia.

Apa itu hijab?


Monday, November 26, 2012

Oh Muslimah..


Aku susuk tubuh seorang wanita yang bertatih mengejar impian untuk bergelar sang solehah...

Kadang-kadang tika aku memijak anak tangga...sikit lagi mahu sampai ke anak tangga sang solehah...

Aku jatuh kembali ke bawah.. kerana ada saja halangan yang menolak diriku jatuh kembali..


Wednesday, October 31, 2012

PUISI WANITA SUFI



Tuhanku,
 
Jadikanlah aku seorang Khadijah
Yang berkorban jiwa dan harta
Katanya, ambilah tulang belulangku 
Andainya boleh dijadikan jambatan
Untuk berjihad fisabilllilah

Tuhanku,
Jadikan aku seorang Siti Hajar 
Yang sabar di terik safa dan marwah,
Tak mengapa wahai suamiku,
Jika ini perintah Allah aku redha,

Tuesday, October 30, 2012

SYAIR SAIDINA ALI (R.A)

Cinta isteri atau cinta suami 
ialah alat untuk mencapai cinta Allah.
Ertinya, cinta akan suami dan isteri 

mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.
SYAIR SAIDINA ALI (R.A) UNTUK ISTERI 
BELIAU SAYYIDATINA FATIMAH (R.A)

ﺍﺣﺒﻚ ﻣﺜﻠﻤﺎ انتي


Uhibbuki mitslamaa anti

Aku mencintaimu apapun dirimu..


Tuesday, October 16, 2012

MUSLIMAT PERJUANGAN



"..Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar..."


~al hujurat : 15~

Bagaikan ada angin bayu yang menyapa diri qaniah. Menyentuh hati ini sedikit demi sedikit hingga tersedar dari lamunan yang panjang. Jiwa disapa rasa kesayuan dan keinsafan. Menusuk ke segenap urat nadi. Membuahkan satu semangat baru. Dan tiba-tiba qaniah merasakan semangat 'serikandiumar' itu kembali meresap ke dalam diri.


Tuesday, October 9, 2012

HIDUPKU CUKUP INDAH

Alhamdulillah, Allah kurniakan hidup yang cukup indah pada diri qaniah. Sudah hampir 19 tahun qaniah hidup sebagai hamba dan insyaallah bakal mencecah 20 tahun pada tahun hadapan :') Subhanaallah, cepatnya masa berlalu. Sudahkah qaniah manfaatkan masa qaniah secukupnya?

Qaniah pasti menggeleng dan hanya mampu tersenyum. Qaniah masih punya jiwa persis anak muda yang tidak betah duduk diam. Anak muda yang masih gelabah dan tidak mampu mengawal situasi dan keadaan. Huhu. Lucu sangat sebab qaniah sebenarnya tidak matang sepenuhnya lagi.

Monday, October 8, 2012

APA ITU PROLAPSE?

Kekenduran Rahim (Prolapse)
Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa per
ingkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar tombong', lihat tajuk Pembedahan) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.


Monday, July 30, 2012

SI SOLEHAH

Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.

Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Qaniah bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. Qaniah juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.

Thursday, February 2, 2012

I'M THE NIQOB GIRL

            Sejuk sangat. Aku sedang menulis di medan Mu’tah, medan yang tersangat sejuk. Kebalkan diri. Nak tulis blog juga malam ini. Pada tarikh yang sangat bersejarah buat diriku.

2.2.2012

            Ini tarikh yang pasti tersemat di kalbu. Hari ini, genap 4 tahun aku mengenakan purdah. Subhanallah, sejak kali pertama pada tarikh 2.2.2008 hinggalah sekarang, banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh. Perjalanan sebagai seorang niqobgirl bukannya mudah.  Memerlukan keteguhan jiwa yang teguh. Allah..

            Tersenyum gembira. Sebak sangat. Teruja sebab dah 4 tahun rupanya aku berpurdah. Sangat indah. Sangat tenang. Aku merasakan diri aku selamat. Subhanallah, suatu yang tidak dapat digambarkan.

            Dari dalam ‘coaster’, sewaktu perjalanan ke sini, bermacam yang ingin aku coretkan. Akhirnya terhenti begitu sahaja. Terlalu banyak yang bermain di minda dan fikiran. Teringat jauh pada wajah yang tersayang.

Wednesday, February 1, 2012

GAPAI STATUS SOLEHAH

            Hari ini ponteng kelas lagi. Badan panas. Semalam cari nahas, keluar rumah tanpa baju sejuk. Basah kuyup dengan air hujan. Terimalah padahnya. Kelas ponteng. Exam melepas.

            “Suhaaa.. tadi adik dengan sepupu syeikhah datang, diorang tanya mana satu Nasuhaa.”

            Aku terus berpaling. Nawwar baru balik dari kelas.

            “Ye kee.. kenapa pula diorang tanya..”

            “Ntah laa..”

            Ini mesti syeikhah ada cerita perihal aku pada family dia. Mintak maaf banyak-banyak, situasi minda dan jasad yang tidak berapa baik.

Lebih suka menyendiri.

Luah segalanya pada Ilahi.

Saturday, January 28, 2012

TITIPAN BUAT GADISKU


Gadisku..
Engkau ciptaan terindah
Persis bidadari yang indah
Permata yang terindah
Yang Allah hadiahkan…

Dirimu berharga gadisku..
Engkau sebutir permata
Mutiara yang bersinar..

            Berseorangan di dalam bilik. Bilik yang sekian lama aku tidak duduk di dalamnya. Suhu yang terlampau sejuk membataskan aku untuk tinggal di bilik ini. Tapi hari ini, kepanasan air mata yang mengalir membuatkan kehangatan itu menjalari seluruh tubuh. Berteleku di atas sejadah. Betapa aku rindu Ya Allah… sambil mendengar Madad Madad Ya Rasulullah membuatkan aku jadi sebak.

‘Wanita..’

            Tersentuh hati ini untuk mencoretkan sesuatu di sini. Aku rindu susuk tubuh gadis yang solehah di akhir zaman ini. Aku rindu untuk bersama para mujahidah yang bertakwa di akhir zaman ini. Aku cinta dan sayang pada wanita akhir zaman yang berjuang mempertahankan aqidahnya.

Sunday, January 1, 2012

KAKAK BANGGA DENGAN KAMU


            Hari ini dah masuk 1.1.2012. Tiada apa yang berbeza. Semalam, di ambang penutupan 2011, semua orang berjaga, cuma aku yang sudah lena dibuai mimpi. Keletihan mematikan segala-galanya. Membeku dalam ‘hirom’ tanpa bergerak sedikit pun.

            Bangun pagi. Memulakan rutin hairan seperti biasa. Bangun masak, hari ini menu sup ayam. Lepas segala urusan selesai, terus duduk di hadapan netbook. Membaca isu terkini. Kejam! Tersentak hati dengan kekejaman yang berlaku. Pantang aku orang kacau pemuda Islam. Selamat berjuang pemudaku! Moga syahid mengiringimu.

            Baca artikel sudah. Tonton video pun sudah. Bangun sebentar buat air teh untuk hangatkan badan yang kian beku. Sudah berlapis-lapis baju, masih sejuk! Tiba-tiba lagu Arab berbunyi dari phone. Tinggalkan air teh, terus lompat ke tempat charge telefon.

            “Walid Usrati..”



Tuesday, December 27, 2011

ENGKAU BUKAN GADIS BIASA

            Usai solat isyak dan menghafaz ayat quran. Aku tarik tilam aku di bawah katil.  Masih dalam keadaan bertelekung, aku duduk di atas tilam.Bilik aku terlampau sejuk sangat. Jadi, terpaksa angkat tilam, tidur bilik kawan. Tiap-tiap malam, akan tarik tilam yang disembunyikan di bawah katil. 

            Netbook aku dekatkan. Sejak dari tadi berdoa pada Allah, moga penulisan aku kali ini dengan hadirnya hati yang tulus kerana-Mu. Sambil mendengar lagu Mawaddah, nyanyian Khaulah, aku relakan diri menaip lagi di sini.

            Rasanya sudah banyak kali aku cuba untuk menulis. Dan akhirnya gagal. Penulisan sekerat jalan yang akhirnya aku delete begitu sahaja. Kenapa? Kerana hatiku tidak hadir. Tiada rasa.

            “Perempuan yang baik takkan luah isi hatinya pada khalayak umum..”


Wednesday, May 4, 2011

JANGAN PANDANG ENTENG

          Orang suka memandang rendah pada gadis berpurdah. Benar? Aku sendiri pernah laluinya… dan baru hari ini kata-kata itu menyentap lagi hatiku. Apa bezanya gadis berpurdah? Sukarkah kehidupannya pada pandangan dunia?

          Pelbagai tanggapan negative diberikan pada gadis berpurdah. Susah dapat kerjalah… kahwin lambatlah… macam-macam tanggapan kami kutip dan angkut.

          Kenapa dan kenapa? Apa salah gadis berpurdah ini? hanya kerana memilih purdah lantas segala hal dunia menjadi satu bebanan?

          Oh tidak! Maaf sama sekali.. aku juga gadis berpurdah. Kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Tiada masalah…

Aku ke sekolah…

Aku makan di tempat awam..

Aku bergaul di dengan orang awam..

Aku turun program..

Aku berjalan ke sana sini dengan tiada ras was-was…

Lantas apa yang perlu aku gusarkan… sukar dapat kerja? Argh..kenapa begitu sempit pemikiran kita. Memang kerajaan tidak membenarkan pemakaian purdah ketika bekerja. Jadi.. kita janganlah pakai time bekerja. Usai kerja…pakai semula. Kan mudah? Ustazah aku sendiri melakukan perkara sedemikian. Kita boleh… jangan menyempitkan keadaan…

*****

Think positive.. pakaian bukan penghalang pergaulan kita. Pakaian bukan penghalang kejayaan kita. Siapa kata gadis berpurdah itu tidak pandai orangnya? Buktikan… jangan pandang enteng pada kebolehan gadis berpurdah…

Biarpun terlindung di sebalik hijab.. ada rahsia yang harus disingkap!


Monolog serikandi,
Serikandiumar93
6:55 pm
4 MEI 2011

Tuesday, May 3, 2011

AKU DAH CUBA!

          Alhamdulillah, baru dikurniakan kesempatan untuk menulis. Sibuk sikit akhir-akhir ini. Tambah-tambah baru pulang dari Kuala Lumpur menguruskan sesuatu di sana.

          Tiada apa yang menarik ingin aku kongsikan di sini. Cukuplah aku kepilkan sekeping gambar di sini. Aku langsung tidak berniat untuk memakai niqab arab di sana. Terlintas di hati. Setelah sekian lama menyimpan. 3 tahun lamanya menyimpan niqab ini di dalam sampul yang aku tempah pada tahun 2008. Tahun 2011 baru mampu untuk memakainya.

          Subhanallah… rasa seronok pakai niqab ni. Nampak mata sahaja ^___^ rasa tenang sangat-sangat. Sekalipun ini kali pertama mencuba, aku tidak rasa kekok, tambah-tambah langsung tiada manusia yang memandang pelik di KL ini. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing dan tidak menghiraukan manusia lain. Takjub! Jadi.. mudah sahaja berjalan di KL… tak rasa pelik pun!

          Tapi… mampu kuat pakai untuk ketika itu sahaja. Balik kedah aku masih mengenakan purdah yang biasa. Kenapa? Masih belum ada kekuatan untuk istiqamah dan belum cukup kuat untuk berhadapan dengan mak ^___^

Apa-apa pun aku dah mencuba! Kalian bila pula?

Salam mujahadah…

Diariku,
Serikandiumar93
5:37 am
3 APRIL 2011

Monday, April 25, 2011

GADISKU


           Seronok bertudung labuh. Rasa tenang. Rasa diri terjaga. Tiada apa yang perlu dirunsingkan lagi kerana diri sudah tertutup rapi… indahnya ya Allah..nikmatnya Ya Allah…

          Jangan kita persiakan ‘tudung labuh’ ini. Si pemakai haruslah menjaga tatasusila sebagai pembawa status ‘tudung labuh’ ini. Peribadi dan identiti Islam haruslah terserlah. Indahnya peribadi gadis si tudung labuh itu tiada tolok bandingnya..

          Tapi… apa yang berlaku? Gadis-gadis bertudung labuh sendiri memperjudikan identiti Islam yang dibawa. Unsur-unsur negative terserlah dalam diri kalian membuatkan orang luar hilang kepercayaan terhadap gadis-gadis bertudung labuh.

          Salah individu! Ya ..salah individu. Kita buat salah..tetapi keseluruhan gadis-gadis yang bertudung labuh mendapat nama..ubahlah diri kita agar kulit dan isinya indah!

*****

          Buat gadisku… tiada beza antara tudung labuh mahupun tudung singkat. Yang penting tudung kalian labuh melebihi dada dan tidak jarang. Tidak salah bertudung singkat asalkan tertutup dada dan tidak jarang.

Yang penting, peribadi muslimah solehah itu harus terserap dalam diri kita gadisku. Usah bertudung labuh jika peribadi jijik untuk ditatap. Engkau berselindung di sebalik jilbab yang suci dari noda. Argh..ini yang aku runsingkan. Jatuh fitnah kembali..

          Gadisku… yang tertutup itu indah. Yang tertutup itu mahal harganya. Kita mahal! Kita tak murah… jangan jatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita… jangan sesekali. Tinggikan nilaimu itu! Tolong tinggikan….

*****

         Gadisku… kita di akhir zaman. Zaman yang penuh dengan fitnah wanita! Mujahadah yang tinggi itu perlu. Aku sendiri kekadang tewas dengan nafsu yang menggila. Cepat-cepatlah kita tersedar supaya kita bisa kembali ke landasan yang benar…

          Gadisku.. aku doakan dikau kuat menghadapi mehnah yang mendatang. Kuat dan terus kuat… kerana engkau gadis suci.. jangan kotori dengan maksiat yang tersembunyi!


Gadisku.. semoga engkau dan aku menjadi gadis solehah yang hanya mencintai Allah…!

          Salam sayang dariku…

p/s: aku dan kamu adalah fitnah akhir zaman gadisku!


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
1:39 pm
25 APRIL 2011

Sunday, April 24, 2011

TUDUNG LABUH

          Aku sering diajukan dengan soalan mengenai tudung labuh. Membantu dengan cara memberi pendapat dan menguatkan semangat insan-insan yang baru mula menapak dalam dunia tudung labuh ini.

          Ada orang panggil tudung labuh ni ‘khemah bergerak’. Haha.. dahsyat-dahsyat panggilan dapat. Orang kata budak-budak tudung labuh ni sombong. Sombong erk? Ntah lah… itu bergantung pada individu bukan pada ‘tudung’ tu. Kesian kat tudung dapat nama!

Teringin bertudung labuh?

          Aku tahu ramai yang teringin. Di setiap hati seorang gadis itu pasti ada juga yang terdetik ingin mengenakan tudung labuh. Betul bukan?

          Aku pernah ikut KEM BINA SAHSIAH 2008, sebulan di situ… akhir-akhir ramai yang ingin bertudung labuh. Menitis air mata aku melihat keluhuran dan semangat gadis-gadis itu. Mereka mahu..Cuma mungkin persekitaran membuatkan mereka malu..

Malu bertudung labuh?

          Mungkin begini.. mereka berkawan dengan kawan-kawan yang biasa. Kemudian ingin berubah dan ingin mengenakan tudung labuh. Tapi tiada sokongan membuatkan mereka janggal dan malu.

         Ini realiti yang berlaku pada budak-budak sekolah agama sendiri. Kat sekolah dengan kawan-kawan mereka boleh bertudung labuh, tetapi apabila pulang ke rumah.. mereka tiada kekuatan kerana keluarga dari golongan biasa-biasa… benar.. ini yang berlaku.

Pengalaman aku?

          First masuk maahad…tak reti apa lagi. Form 1… mana tahu erti tudung labuh. Balik rumah aku pakai tudung biasa lagi. Stoking pun tak pakai. Tak reti.. family aku biasa-biasa sahaja.

          Bila mula pakai tudung depan cousins dan bapa saudara, semua orang suruh buka.. bukalah… adik-beradik saja pun. Ini lah yang kita salah ertikan… tak boleh buka. Aku senyum sahaja.. itulah resepi pertama aku, SENYUM! Biar orang nak kata apa..

         Hasilnya Allah bantu.. mak aku pun mula pakai tudung depan ipar. Inilah hikmah yang Allah nak tunjuk melalui keberanian dan ketegasan kita dalam hal agama!

Cara nak pakai tudung labuh?

          Aku selalu nasihatkan. Kalau dah family halang sangat-sangat. Pakai dulu tudung 3 segi. Cumanya…jagalah etika dan adabnya. Jangan pakai tudung yang jarang dan nipis. Pakai yang tebal… kemudian, tudung tu jangan di ‘up’ sana.. ‘up’ sini. Biarkan saja lepas ke bawah, menutup dada.. janji tutup dada!

“…..Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung…”
~an nur :31~
         
Kemudian mencuba pakai tudung 3 segi bidang 60…

Kalau family tak setuju juga?

          Bukan tak setuju tu… mungkin mereka tak yakin dengan kita. Tak yakin? Macam aku.. dulu teruk kot perangai. Lawan cakap mak la… bila kita nak pakai imej Islam ni, mak perli balik la.. perangai pun teruk! Ambik… tahu dah jawapannya..

         Jadi..mulakan perubahan dalam diri kita. Aku mula mendengar cakap mak. Tak lawan.. tolong mak masak… tak marah-marah. Alhamdulillah lama-lama..bila aku tak balik rumah, mak rindu..huhu. Ini menunjukkan mak yakin dengan perubahan kita..

Ini yang penting.. tunjuk kata kita betul-betul nak berubah. Dan paling utama.. jagalah hubungan dengan Allah.. Allah pasti bantu kalian!

          Akhir kalam… selamat datang ke dunia ‘tudung labuh’ gadisku! Aku sedia membantu kalian.. ^___^

p/s: betul-betul nak bantu ni!


Pencinta Ilahi,
Serikandiumar93
1:32 pm
23 APRIL 2011 

Saturday, April 23, 2011

CABARAN BERPURDAH


          Nak pakai purdah bukan senang. Tambah-tambah untuk istiqamah. Memerlukan kekuatan hati yang kuat. Kalau tak berani nak hadapi cabaran, jangan mencuba kerana padahnya anda akan merana! Betul ka?

          Banyak cabaran yang bakal dilalui. Hubungan dengan Allah dan kekuatan hati sangat-sangat diperlukan kerana mungkin tiada siapa yang memahami apa yang sedang berlaku kepada si pemakai.

          Aku? Aku macam nak menjerit minta sahabat-sahabat faham. Tapi sapa nak faham.. diri sendiri kena kuat.

          Kali pertama melangkah keluar, seram badan… menangis la juga sikit. Takut.. huhu. Rasa macam nak lari sembunyi bila orang tengok semacam. Haha.. sampai macam tu sekali? Ini yang berlaku dekat akulah…

          Tanggal 2/2/2008, aku melangkah keluar dari rumah sewa Tibbil Qulub menuju ke maahad. Ada seminar nuqaba hari tu. Rasa macam tak mahu pergi saja. Masuk pintu pagar sekolah. Fuh…semua mata tengok. Aduh… nak jalan pun kekok. Tunduk sampai sakit kepala..huhu

          Semua tanya… sapa tu? Alar…tengok mata lah… ha…kenal-kenal… ^___^ alhamdulillah orang mudah kenal sebab tengok mata…

          Masuk dewan… tepukan semangat dari Syifa Hana (anak Dr. Harlina). Huhu… ketar-ketar… nak lalui tempoh perubahan yang drastik ni.

*****

          Pergi sekolah macam biasa. Sepanjang berjalan kaki nak pergi sekolah semua orang tengok. Tengok-tengok apa? Argh..rasa macam nak menjerit suruh orang henti tengok…

          Mahu tidaknya…beberapa tahun ini mana ada sejarah orang pakai purdah datang sekolah… jadi yang first la ya serikandiumar :)

Kat sekolah boleh pakai purdah?

          Tak boleh pun. Sampai depan pagar sekolah buka, bila habis sekolah pakai. Menuntut ilmu tidak boleh ada hiijab bukan?

Apa cabaran?

          Banyak juga… macam-macam kena panggil. Ninja.. ayat-ayat cintalah… huih, pelik-pelik.

          Cabaran dengan ahli keluarga sendiri lagi dahsyat. Aku melalui tempoh pentarbiyahan dalam berpurdah yang sungguh dahsyat. Keluarga tidak menerima hingga aku membawa diri jauh.

          Di usia 15 tahun, tidak balik rumah. Wang saku tiada. Membawa diri ke program-program islami. Maklumlah… pilihan raya time tu, tempat aku di markaz. Menjengah ke dunia perjuangan di usia yang muda!

          Ujian-ujian demi ujian… tak terdaya nak lalui. Sakit hati semua ada. Tika itu… hubungan dan keyakinan dengan Allah perlu kuat supaya diri tidak futur.

          Nak tahu cabaran aku? Hmm… satgi aku sambung cerita… nak solat Subuh dan nak pergi belajar kereta pukul 7 nanti…

p/s : cabaran menguatkan kita sahabat!


Diariku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
5:59 am

Sunday, April 17, 2011

AKU TAK SYADID


Bismillahirrahmanirrahim…

          Di sini ana mahu menjawab persoalan ukhti Ainsya Balqis. Syukran kerana mengirimkan email kepada serikandiumar ^__^ insyaallah, ana akan menjawab sekadar yang ana mampu kerana ana juga tidak petah dan mahir untuk berbicara bab ini.

MACAM MANA MAKAN DI PUBLIC?

          Aku tak syadid. Jadi… bila nak makan di public aku buka. Cumanya.. bukanlah, terus buka ikut suka hati sahaja. Ada la cara-cara dia (ini cara yang aku buat tiap kali makan di public)

          First… duduk membelakangkan orang ramai. Pilihlah tempat yang tersorok sedikit dan tundukkanlah pandangan anda sedikit.

          Second, apabila makanan dah sampai, dan dah bersedia untuk makan, bukalah purdah. Kalau tak buka nak makan macam mana ? ^___^

          Tapi…ada syaratnya..bila dah buka, tak payahlah dok toleh sana, toleh sini.. (macam nak tayang muka pula kan ) buat biasa sudah la, jaga pandangan.. makan dengan penuh tertib.

Then, dah selesai makan..tutup la balik.

Mudah kan? A’a…mudah sahaja. Jangan menyempitkan keadaan dengan nak makan tanpa buka purdah. Itu bergantung pada individu dan pegangan dia pula. Bagi aku… aku pegang yang mudah. Sebab ISLAM tidak menyusahkan… masih ada kelonggaran di situ. Aku tidak memegang wajib… bagi yang memegang wajib… mungkin mereka makan dengan tidak membuka purdah. Ha… itu kena tanya pendapat yang makan macam tu la.

*****

Comment dari Mujahidah Solehah ::

erm..enti..ana nk kongsi ckit..ana dh lme sgt mint nk pakainyer..dan insya'allah!!istiqamah sampai bile2..dan mcm enti juga..hti ana kuat mengatakn..yknlh..pakailah..jgn tkt..allah kn ade??cme..ana risau dgn penerimaan ummi ngn abh ana..ptt dirahsiakn..atau diberitahu pd mereka??apa pndpt enti??dlm hal nih?? o.O
asif..ana tnyer..soaln kt enti.. ^^

Ukhti… memang tekad hati kita kuat. Tapi.. please, tanyalah dan beritahulah kedua ibu bapa kita. Mereka berhak tahu apa yang terjadi pada anak mereka supaya mereka tidak berfikir benda yang tidak patut. Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa…

Yakinlah…jika purdah pilihan Allah buatmu, dia akan membuka pintu hati kedua ibu bapamu untuk menerima ukhti, jangan takut.. Allah tahu yang terbaik.

         Apa yang penting saat ini, taqarub ilallah. Pohonlah pada Allah ukhti.. Dia akan membantumu ^__^

          Aku akan doakan engkau akan menyusul bersamaku di kemudian hari… tika dan saat itu biar Allah yang tentukan.

Salam sayang dari serikandiumar…

p/s: minta dikongsikan pendapat dari insan-insan lain yang berpurdah di luar sana ya ^__^


Coretan serikandi,
Serikandiumar93
3:18 am
18 APRIL  2011         

TAKUT UNTUK BERPURDAH


TAKUT UNTUK BERPURDAH?

          Kenapa perlu takut? Takut tidak mampu istiqamah? Benar.. sukar sekali untuk istiqamah. Tekad hati kita kena kuat. Benar kita ingin berpurdah? Atau hanya untuk suka-suka mengikut teman dan rakan-rakan? Atau…hati kita sendiri yang mahu?

          Jika kita yakin… Allah ada bersama, segalanya pasti mudah! …usah takut gadisku, Dia ada bersamamu… ^__^

BOLEH BUKA BILA DAH PAKAI?

          Kenapa perlu buka? Jatuh fitnah balik bagi si pemakai apabila kejap pakai, kejap buang. Pakai purdah ini bukan benda main-main. Bergantung pada niat.

NIAT?

          Ya..niat kita. Kerana apa dan kepada siapa kita menghijabkan diri. Hukum berpurdah boleh jadi wajib, sunat…tapi aku tidak berniat untuk membahaskan semua itu di sini. Cumanya.. aku ingin mencoretkan sesuatu buat gadis yang ingin berniqab di luar sana.

PERBAIKI NIAT..

          Macam mana tu? Kembali kepada persoalan hati.. kenapa kita nak berpurdah?

Bagi aku… berpurdah adalah untuk menghijabkan diri dari pandangan dunia. Agar bisa dirinya terjaga, pergaulannya terbatas. Bisa memperbaiki dirinya menjadi muslimah sejati yang hanya menagih cinta Ilahi.

CARA UNTUK KUATKAN HATI?

          Pohonlah pada Allah.. kerana dia sebaik-sebaik pemutus segala keputusan. Apabila kita pohon kepada-Nya , dan kita redha dengan petunjuk-Nya..yakinlah itu pilihan Allah. Pilihan yang terbaik.

          First..solat hajat banyak-banyak. Please…pohonlah pada Allah. Second, bila dah tenang hati itu, baru solat istikharah supaya istikharah kita tidak dipengaruhi apa-apa.

          Kekuatan hati itu penting. Yakin dengan gerak hati. Aku?

Aku tidak sehebat mana istikharah… cumanya… gerak hati aku membuatkan hati ini tekad. Aku redah jua.. ^__^

         Ayuh redah bersamaku… aku menunggumu gadisku!


Gadis berniqab,
Serikandiumar93
5:30 pm
17 APRIL 2011