Pages

Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG


2 hari sebelum bersalin, aku sudah turun tanda. Keluar cecair lendir bercampur darah. Oleh sebab aku style gelabah, aku suka jadikan google tempat aku menimba ilmu. Macam macam aku google. Dan ada terbaca, pengalaman keluar lendir bercampur darah tanda 2 hari lagi nak bersalin, ada 5 hari lagi dan seminggu pun ada. Info yang aku dapat , sedikit sebanyak melegakan hati.

Memang dah pegang dalam hati, TAK MAU PERGI HOSPITAL SELAGI TAK SAKIT TERUK. Sebab ini anak sulung, baca pengalaman orang, anak sulung lambat sikit nak bukanya. Kalau pergi hospital pun, baru buka 2 cm akan disuruh balik punya. Tak ke penat? ulang alik. Baik stay cool di rumah dan get ready untuk tanda tanda bersalin berikutnya.

Nak dijadikan cerita, minggu tu, suami pulang. Kira 2 minggu sekali dia akan balik jenguk aku di kampung. Kami balik kampung awal bulan 5, 2hb Mei, penat jugak, sebab dari Klang kami balik Terengganu dulu, kemudian baru pulang ke Kedah. Get ready untuk bersalin di kampung. Jadi, pagi Sabtu minggu tu suami sampai di Kedah. Naik bus pada malam Jumaat. Dah info dah suami, dah turun tanda, bawa baju banyak siap-siap, takut takut terberanak, suami memang stay terus Kedah.

Ingat lagi, malam tu JDT vs PKNS. Time tengah rancak bola tengah main, aku masuk ke tandas untuk ambik wudhuk. Nak solat, Tiba tiba rasa air meluncur laju turun. Masuk tandas semula. Pelik. Pegang peha. Ada air.

Kepala terus memutar segala info yang dibaca. Pecah ketuban ada bunyi POP! Ni tak dengar bunyi sebab bising bola agaknya. Terus panggil mak. Mak cakap air ketuban. Suami yang tengok bola pun terpinga dah. Tak gelabah pun. Kami boleh sengeh-sengeh lagi. Mak terus call abah. Sebab abah kat tempat kerja, shift malam. Berdesup abah balik. Abah yang kalut. Siap marah marah mak, lambat sangat. Haha.

cool.. cool

Aku relax ja. Tak sakit pun. Kami pun otw pergi hospital. Sakit belum dirasa. Tapi abah drive kereta macam emergency sangat-sangat dah. haha. Relax abah, orang nak bersalin pun cool saja. Abah pulak yang emosi lebih. huhu.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah, abah berhentikan kereta di kawasan wad kecemasan, kemudian kami naik ke tingkat 2, ke kawasan wad bersalin. Dekat kaunter, dia akan tanya problem apa. Info lah dah pecah ketuban. Dia akan tanya pakai pad tak? Aku jawab pakai. Dia cakap pandai. 

Well, cik Qaniah kan suka google, dah baca semua info. Bila dah pecah ketuban tapi belum bersalin of course kena pakai pad. Kalau tak meleleh air ketuban lah. Tak selesa sangat sangat sebab air ketuban macam berlendir.

Pastikan bawa buku merah, kad pengenalan dan serahkan kepada mereka. Buang barang kemas. Beg semua tinggalkan pada waris. Kita masuk tunggu dalam untuk pemeriksaan. 

Aku rasa doktor kat situ praktikal semuanya. Muda. Siap tanya aku ulang kali macam ujikaji.

Macam mana tahu tu air ketuban?

Air macam mana?

Bunyi POP tak?

Basah lencun macam mandi tak?

dan banyak lagi.

Aku nak jawab pun terhegeh-hegeh. Mana nak tahu. First time kot. Dia pun suruh baring di atas katil. Buka seluar semua. Lama jugak nak tunggu diorang mari tengok. Nurse mari letak alat di perut. Untuk check contraction kot. Kuat bunyi jantung baby. Satu ward dengar. Apa istilah alat tu pun aku tak tahu. Tapi mula start rasa sakit sikit sikit.

Sambil sambil tu dalam hati doa. Biar doktor perempuan yang check. Sebab terpandang sorang doktor lelaki kat luar. Mintak mintak bukan dia.

Alhamdulillah.

Doc perempuan mari check. Dia akan suruh kita buka kaki. Takutnya dalam hati. Check jalan ni sakit, apa yang aku baca baca di google. Dalam hati cuba tenangkan hati. Cool, jangan takut. 

Bila dia masukkan. Gulp! Sakit! Sapa cakap tak sakit bila dia masukkan jari. Siap diorang buat perbincangan. Ini betul air ketuban ke apa atau air lain. Mulalah soal soalan macam macam. Pening kepala nak fikir jawapan. Kita pun tak tahu, first time. Tapi apa yang pasti, jalan dah buka 2cm!

Ya 2cm! Aku siap tanya 2cm boleh balik dulu kan. Memang diorang akan bagi pilihan nak balik atau stay. Tapi, kena confirmkan dulu. Kalau ini air ketuban memang kena tahan wad, sebab takut bahayakan baby. Kalau dalam masa 24 jam belum bersalin, kena induce. Gulp!

Lepas check jalan. Scan perut pulak, nak tengok air ketuban berkurang tak. 2 orang doktor perempuan check. Dalam hati confirm diorang doktor pelatih. Sebab diorang dok check sambil bincang kes aku. Diorang tak puas hati ini air ketuban ke tak. Keputusannya, doktor sorang lagi nak check jalan balik. Aku gulp gulp dah telan air liur. Kena check jalan lagi. Tak mahu sebolehnya.

Sewaktu berdiri nak turun katil, air meleleh turun sampai menitik di lantai. Terus cakap kuat-kuatt air menitik. Kedua orang doktor tu patah balik tengok. Selak kain. Confirm air ketuban. Siap cakap..

"Kalau tunjuk macam ni dari awal kan senang.. confirm pecah ketuban.."

Cis. Kita pulak yang kena, dari awal cerita meleleh gini tak mahu percaya. Huhu.

So, keputusannya, confirm kena admitted!

****

Nak tunggu apa jadi? Sama ada Qaniah bersalin sebelum 24 jam atau kena induce, tunggu PART 2 ^_^

Bersambung...


Qani'ah Mawaddah
Bandar Parklands, Klang,
1.46 petang,
23 Julai 2016.

Wednesday, May 22, 2013

HAPPY SUMMER DAY!


Salam. Lama rasanya tidak menulis di sini. Kesibukan sebagai seorang student dan final exam menyebabkan segala-galanya tergendala. Walhal bukanlah baca buku sangat pun, cuma malas nak menulis. No idea kata orang. 

Saja letak picture budak comel kat atas ni. Sebab dia comellah qaniah letak :)

Alhamdulillah, esok last paper untuk final exam, semester dua, sesi 2012/2013. Esok paper Sepanyol.

Hola!

Monday, March 4, 2013

SAYA DAH TUA!


Bismillah..

Masyaallah, lama sudah tidak update blog yang berhabuk ini. Alhamdulillah, sekarang qaniah dah tepat-tepat berumur 20-tahun. Terima kasih Allah atas nikmat kehidupan ini, hingga qaniah sekarang menjangkau usia 20-an. Melepasi usia belasan tahun.

Subhanallah, indahnya hidup ini jika bersulamkan keimanan yang teguh kepada Allah. Qaniah bersyukur, sepanjang hidup selama 20 tahun ini, bermacam pengalaman, tarbiyah dan pengislahan diri yang qaniah dapat.

Saturday, February 2, 2013

KAIN KECIL ITU DI WAJAHKU


Gambar di atas, diambil pada 5 tahun yang lalu. Zaman dulu-dulu. Bukan purdah pun, tapi tudung bidang 60 ditarik bucu bawah dan dipin di tepi. Ini waktu zaman mula-mula nak pakai purdah dulu.

2/2/2008 --- > Umur 15 tahun, Form 3. Masih student di Maahad Mahmud.

Tahun itu tahun penuh mehnah. Allah uji macam-macam. Waktu mula pakai tu 2/2. Masih awal tahun. Baru naik form 3. Kanak-kanak lagi. Tapi, jiwa yang kental menguatkan semangat qaniah.


Wednesday, January 30, 2013

IBRAH DARI BUKU USTAZ ZAHARUDDIN [2]


PROSES PPERLU PELAN TERSUSUN DAN TERANCANG

Proses ini tentunya perlu kepada ibu bapa yang sudah menyediakan alim di bidang agama, atau jika tidak ia lebih mudah disusun dan dirangka oleh sesebuah organisasi, mempunyai dana khusus untuk itu dan sekumpulan pakar yang diberikan tugasan membentuk diri anak terbabit.

Saya teringat maklumat yang diberi oleh seorang pelajar Melayu yang telah menjadi doktor di Ireland dan kini sudah hampir menjadi pakar dalam bidangnya. Beliau mendedahkan proses untuk mencapai apa yang telah dan sedang beliau capai itu, banyak juga bergantung kepada doktor-doktor pakar di Malaysia. Mereka menasihatinya selalu, agar beliau faham dan tahu bahagian teknikal apa lagi yang perlu diperkukuhkan dan dimantapkan bagi memenuhi tuntutan kerjaya doktor pakar di Malaysia. Proses ini menuntut beliau untuk bertugas dan belajar di Ireland hampir 15 tahun.


Tuesday, January 29, 2013

IBRAH DARI BUKU USTAZ ZAHARUDDIN [1]


Salam sedingin salju bumi Urdun buat sahabat-sahabat pembaca sekalian... Apa khabar iman? Apa khabar hati? Moga baik-baik saja..

Hari ini qaniah, sukacita nak berkongsi something dengan kawan-kawan pembaca sekalian. Qaniah nak berkongsi sikit mengenai buku Ustaz Zaharuddin yang lebih dikenali sebagai UZAR. Ustaz ada menulis sebuah bukku yang bertajuk Diari Musafir : JANGAN BERHENTI BERLARI.


Thursday, January 24, 2013

RESULT SUDAH KELUAR!


21-Januari-2012

Tahun 1 qaniah terpalit sejarah hitam. Qaniah banyak main-main. Akhirnya, result qaniah jatuh. Jatuh sampai dah dekat nak nazak. Qaniah takut sangat. Kalau bawah dari 50 kena buang universiti terus, kalau bawah 60 sebanyak duit kali qaniah kena tukar takhasus/kos.

Malu sangat. Inilah balasannya kepada orang yang malas study. Sia-sia datang jauh-jauh. Qaniah mula fokus pada tahun 2, usaha sungguh-sungguh untuk naikkan muaddal.

Payah wooooooo nak cover balik. Rasakan keperitan dan kesakitan kemalasan diri sendiri wahai diri.


SEM 1 DAH HABIS

14- Januari-2013

Alhamdulillah, syukur qaniah telah berjaya menamatkan exam yang terakhir dengan jayanya. Sepatutnya exam dah habis 9-Januari-2013 hari itu lagi. Apakan daya, cuaca buruk, hujan dan salji turun dengan lebatnya menyebabkan exam ditunda.

Mula-mula, tak percaya juga, bila baca pengumuman yang dibuat universiti. Kena tunggu respond persatuan dulu. Selang beberapa minit, persatuan pun mengeluarkan arahan exam ditangguh. So, apa lagi, tutup buku panjat katil. huhu.


Friday, January 11, 2013

SNOW IN IRBID


Salam sedingin salju bumi Syam buat kawan-kawan. Mintak maaf, sudah 2 hari entry ini jadi draft dalam blog. Nak menulis tapi sejuk sangat. Keras tangan-tangan sebab waktu qaniah nak menulis, suhu -1'celcius di tempat tinggal qaniah Irbid. Dan salji sedang turun dengan lebatnya. Huhu.

Hanya gambar mampu berbicara :)


Thursday, January 3, 2013

DON'T GIVE UP

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, qaniah baru selesai menjawab exam Madkhal Ilal Sunnah. Maka, hanya tinggal 2 paper lagi berbaki. Untuk qaniah tunjukkan yang terbaik, insyaallah.

Exam hari ini memang terbaiklah. Dalam banyak-banyak subjek/madah yang qaniah ambik padal fasal/sem ini, subjek inilah yang paling rendah qaniah dapat kaut. Memang paling risaulah subjek ini. Asyik call tanya kawan, apa yang tak faham.


Tuesday, January 1, 2013

1 JANUARI 2013

Semalam takut-takut mahu tidur. Pukul 2 baru merangkak naik ke katil, masuk celah hirom. Takut menghadapi tahun 2013. Yang membawa diri qaniah dan sahabat-sahabat makin hari makin mampir ke tahun-tahun yang makin gayat untuk digapai.

Besarnya angka, Masyaallah!

2013, 2014, 2015...

Arghh... pelik bila didengar dan ditulis.


2012 HANYA TINGGAL KENANGAN


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Tanggal 30 Disember 2012, Engkau ubat rasa rindu ini pada murabbi tercinta. Takdir-Mu dan dengan izin-Mu, murabbi melangkah kaki ke bumi barakah Syam ini. Syukur :') Terima kasih Ya Allah..


Friday, December 28, 2012

ENTRY MAUT


Ok, hari ini qaniah nak tulis ENTRY MAUT.

Tak pernah terfikir nak memalukan diri dan humble macam ini. Sila baca sendiri. Mintak diri dulu :')


Wednesday, December 26, 2012

FINAL EXAM


Alhamdulillah, masyaallah. Syukur, Allah masih hidupkan qaniah. Dengan kepala yang berat sambil telinga mengulang dengar surah Al Qiyamah yang dialunkan oleh Syeikh Mishary Al Rasyed qaniah menulis entry kali ini.

Sebenarnya banyak yang qaniah menulis. Terutama tentang kelas Tanbih Al Ghafilin untuk siri yang kedua. Tambah pula, qaniah tak sabar nak menulis entry pasal pengalaman ke daurah ilmi di Soreh bersama Syeikh Hammam.

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, November 11, 2012

WINTER

Winter : Akhirnya, sekian lama menanti. Kesejukan itu sudah kembali. Sedikit demi sedikit, mencengkam sanubari. Kaki sudah kesejukan. Losyen sudah mula disapu.

Subhanallah, perjuangan menghadapi shita [winter] kian bermula. Makin malas bangun pagi akibat membeku di dalam hirom [ selimut tebal : 8kg]. Makin malas nak keluar rumah, sebab kena pakai tebal-tebal.

Tuesday, November 6, 2012

AIDILADHA : RAMTHA

Bersama anak-anak Syria
Meskipun sudah terlalu lambat untuk qaniah post entry ini, tapi qaniah tetap juga nak post ^^ . Entry aidiladha yang amat bermakna. Sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu malam raya aidiladha, masing-masing students di perantauan terutamanya bumi Irbid, masing-masing sibuk meng'update' status Fb dan bermula memasak bermacam juadah untuk aidiladha esok hari.

Ada satu iklan beserta borang spreadsheet dikeluarkan. Tahu benda apa? Sesiapa yang berminat untuk menunaikan solat hari raya aidiladha bersama pelarian Syria di Kem Pelarian Syria di Ramtha, sila isi borang spreadsheet tersebut.

Monday, October 29, 2012

TAUJIHAT BERBAUR TASAWUF

Sebuah kitab tasawuf
Alhamdulillah, akhirnya Allah ketemukan qaniah dengan sebuah kitab yang cukup menyentuh hati sanubari. Sebuah kitab tasawuf yang banyak melenturkan hati qaniah sejak 2-3 hari ini. Qaniah jadi rindu pada diri 'serikandiumar'.

Qaniah sudah banyak melukakan hati orang. Qaniah dah banyak jauh berubah. Qaniah sudah hilang jati diri. Allahurabbi. Qaniah rindu tarbiyah di bumi maahad dulu. Qaniah belajar menjadi seorang wanita solehah hasil didikan kakak-kakak tersayang.


Thursday, October 25, 2012

PENGORBANAN SEBUAH CINTA




Insyaallah, pada esok hari, tanggal 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 kita seluruh umat Islam akan menyambut satu perayaan yang disambut julung-julung kalinya pada setiap tahun iaitu Hari Raya Aidiladha. Aidiladha tidak sama ertinya dengan perayaan Aidilfitri. Aidiladha punya kisah pengorbanan yang tersendiri.

Punya satu kisah pengorbanan yang menyentuh jiwa dan perasaan. Kisah cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta-Nya. Kisah cinta yang penuh dengan ujian, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan cubaan. 

Kisah cinta yang mungkin akan menjadi cubaan terberat yang pernah ada sepanjang zaman…Kerana pengorbanan demi pengorbanan yang dialami oleh Nabi Ibrahim adalah untuk membuktikan cintanya padaNya... 

Saturday, October 13, 2012

UKHWAH FISABILILLAH

Sahabat,
Indahnya ukhwah yang terbina..
Bersamalah daku menjaga rabithah ini..
Agar terus bersatu bersama memacu redha Ilahi...
Entah kenapa, malam ini terasa nak tulis bab ukhwah. Mungkin dah penat menilai sana sini, dan terlakarlah segala idea untuk menulis mengenai ukhwah.

Qani'ah bukan orang yang layak untuk berbicara bab ukhwah ni. Sebab qaniah rasa, qaniah orang yang fail untuk menjadi penceramah atau tutor bab ukhwah ini kalau diri qaniah sendiri yang tidak dapat menjaga ukhwah itu sebaiknya.

Atas dasar apa qaniah menulis tajuk ini?

Ukhwah Fisabillah.