Dalam tempoh dua minggu, TIGA SIRI TANGKAPAN telah dilakukan pihak polis terhadap MAHASISWA !
Siri Tangkapan Pertama : Tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri 22 Mac 2013 setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu.
Siri Tangkapan Kedua : Lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( tiga siswa, dua siswi) ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac 2013.
Siri Tangkapan Ketiga : Lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada 31 Mac 2013 kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK.
Ilmu merupakan elemen yang cukup penting dalam melibatkan diri dalam Gerakan Islam. Ketandusan ilmu di kalangan pendokong-pendokong gerakan Islam menyebabkan berlakunya tindakan berasaskan akal semata-mata.
Kesannya akan lahir golongan yang mengutamakan matlamat berbanding syariat.Sanggup melakukan apa sahaja asalkan menang walaupun melanggar syariat Allah SWT.
Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli (SU Dewan Ulamak PAS Kedah)
Ustaz Mohd Amir bin Hj Omar
(AJK Dewan Ulamak PAS Kedah)
Innaalillaahi wainna ilaihi raajiun...
Perginya seorang mujahidah di pagi Jumaat yang hening ini..
Sedekahkan al-Fatihah kepada Kak Amizan Baharudin (Opah Jan), Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.
Beliau menghidap kanser kira-kira 2 tahun...