Pages

Showing posts with label REVOLUSI. Show all posts
Showing posts with label REVOLUSI. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

SYRIA STOP KILLING

Sukar untuk aku katakan. Biarlah blog ini menjadi saksi, bahawa aku cakna dirimu Umat Islam Sunni. Aku tidak mampu untuk turun berjuang bersama kalian di bumi Homs, Syria. Hanya ini yang mampu aku lakukan, sebarkan pada dunia bahawa betapa seksanya dirimu. Berjuang. Umat Islam Sunni dibunuh oleh Syiah.

Jijik.

Kotor.

Hina.

            Dunia, lihatlah kekejaman mereka. Membunuh umat Islam Sunni. Menghalalkan darah umat Islam Sunni. Dunia, lihatlah mereka membunuh saudaraku, mereka merogol gadis-gadis sebayaku. Aku tidak rela wahai seisi dunia. Aku tidak rela.

            Dunia, tolong dunia. Berhenti kalian, seisi dunia, dari hidup berfoya-foya. Tolonglah, sekarang bukan masa untuk engkau bangun tidur, pergi sekolah, pergi kerja, makan, dan tidur kembali. Tapi hari ini masa untuk engkau turut sama-sama berjuang, bangkitkan rasa bahawa engkau menyokong perjuangan umat Islam ini.

MUSLIM CAKNA ISU SYRIA

Sayu hati ini memandang redup mata kanak-kanak kecil ini. ‘Why they kill my sweet big brother?’ Ya Allah.. aku tidak mampu menjawab, soalanmu itu sayang. Maafkan diri ini. 

           Petang tadi ikuti usrah PINTAR. Tema bulan ini, Muslim Cakna. Banyak yang kami bincangkan. Terutamanya dan sudah pasti, isu Syria. Caknakah diriku isu umat Islam Syria?

Sahabat,

            Tangan ini terasa ketar untuk aku coretkan. Hati ini sebak. Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Tahukah kalian betapa kejamnya pembunuhan umat Islam Sunni di sana?

            Setiap apa yang aku tonton, tiap apa yang aku baca, membuatkan aku terasa kerdil dan hina. Rakan seaqidahku dibunuh! Maklumat di bawah ini, apa yang aku baca dari sebuah blog. Setelah mengedit segala maklumat, inilah apa yang aku teliti dan baca. Syeikhh Hassan Al-Hindawi telah dihantar ke Malaysia untuk memberi talk. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria.