Pages

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

PERMAISURI HATI



Duhai suami, saat lafaz sakinah dilafazkan, termeterailah sebuah ikatan. Ikatan suci, sebuah perkahwinan yang idamkan redha Ilahi. Terlerailah sebuah ikatan. Terikatlah kita berdua, sebagai pasangan kekasih yang halal di dunia ini.

Duhai suami, izinkan isterimu menjadi permaisuri, permaisuri di hatimu. Izinkan isterimu bertakhta di sanubarimu. Menemanimu tiap waktu, dikala susah dan senang, di setiap tangis dan tawa.

Duhai suami, isteri yang engkau nikahi hanya seorang wanita biasa. Wanita yang dambakan kasih sayang seorang suami. Wanita yang pinginkan pelukan hangat dari seorang suami tika resah dan gelisah Wanita yang ingin menumpang bahumu untuk melepaskan tangisnya. Wanita yang ingin bertakhta di hatimu selamanya.

Duhai suami, bimbinglah permaisurimu ke jalan yang diredhai-Nya. Perbetulkan langkahnya andai ada silap. Pimpinlah permaisurimu, melayari bahtera rumah tangga yang penuh rahmah dari Tuhanmu.

Pimpinlah permaisurimu..
Bimbinglah cinta hatimu..
Bawalah kekasih hatimu..

Mengejar cinta yang Satu..
Membina bahtera yang diredhai..
Menggapai kemanisan rumah tangga..
Mencintai lillahi Taala...

***

Duhai suami, maafkan hawamu andai ada tersilap langkah. Ampunilah permaisurimu ini, andai ada terguris dihati. Aku hanya seorang wanita, yang pencang langkahnya. Aku perlukan mu, duhai suami, duhai imamku, duhai pemimpinku, untuk menggenggam erat tanganku, mengatur langkah membina bahtera alam rumah tangga untuk mendapat mardhatillah, sakinah, mawaddah jua rahmah.

Duhai suami, engkaulah pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Engkaulah yang bertakhta di hati. Membiarkan aku bahagia menagih cinta yang halal dari seorang insan bernama suami. Tersenyum bahagia di sisimu, yang Allah telah hadiahkan kepadaku seorang insan yang telah halal untuk aku mengecap nikmat bahagia , nikmat bercinta yang halal bagiku.

Kekasih, kau penawar duka. Pengubat hati jiwa yang lara. Dakapilah permaisuri, tika esak tangisnya bergema. Permaisuri hatimu memerlukan dakapan hangat darimu, untuk diluahkan segala beban yang berada. Sapulah air mata permaisuri hatimu, kucuplah dahinya, mengalirkan rasa hangat, menenangkanya tika air matanya berguguran.

Ya Allah, kekalkan cinta dan kasih seorang suami terhadap isterinya..
Ya Allah, kuatkanlah rasa sayang seorang isteri terhadap suaminya..

Ya Allah, permudahkanlah seorang suami memahami isterinya..
Ya Allah, berikan kefahaman kepada seorang isteri untuk memahami suaminya..

Ya Allah, limpahilah sakinah, rahmah jua mawaddah kepada sebuah perkahwinan sepasang suami dan isteri..
Ya Allah, leraikanlah segala yang terbuku di hati sepasang suami dan isteri..
Ya Allah, sentuhilah perkahwinan mereka dengan halawatul iman dari-Mu..

Ya Allah.. Ya Allah... permudahkanlah Ya Allah...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Qani'ah Mawaddah
(Ummu Insyirah)
3.02 a.m,
Bandar Parklands, Klang, 
21 Ogos 2016

Saturday, July 23, 2016

PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG


2 hari sebelum bersalin, aku sudah turun tanda. Keluar cecair lendir bercampur darah. Oleh sebab aku style gelabah, aku suka jadikan google tempat aku menimba ilmu. Macam macam aku google. Dan ada terbaca, pengalaman keluar lendir bercampur darah tanda 2 hari lagi nak bersalin, ada 5 hari lagi dan seminggu pun ada. Info yang aku dapat , sedikit sebanyak melegakan hati.

Memang dah pegang dalam hati, TAK MAU PERGI HOSPITAL SELAGI TAK SAKIT TERUK. Sebab ini anak sulung, baca pengalaman orang, anak sulung lambat sikit nak bukanya. Kalau pergi hospital pun, baru buka 2 cm akan disuruh balik punya. Tak ke penat? ulang alik. Baik stay cool di rumah dan get ready untuk tanda tanda bersalin berikutnya.

Nak dijadikan cerita, minggu tu, suami pulang. Kira 2 minggu sekali dia akan balik jenguk aku di kampung. Kami balik kampung awal bulan 5, 2hb Mei, penat jugak, sebab dari Klang kami balik Terengganu dulu, kemudian baru pulang ke Kedah. Get ready untuk bersalin di kampung. Jadi, pagi Sabtu minggu tu suami sampai di Kedah. Naik bus pada malam Jumaat. Dah info dah suami, dah turun tanda, bawa baju banyak siap-siap, takut takut terberanak, suami memang stay terus Kedah.

Ingat lagi, malam tu JDT vs PKNS. Time tengah rancak bola tengah main, aku masuk ke tandas untuk ambik wudhuk. Nak solat, Tiba tiba rasa air meluncur laju turun. Masuk tandas semula. Pelik. Pegang peha. Ada air.

Kepala terus memutar segala info yang dibaca. Pecah ketuban ada bunyi POP! Ni tak dengar bunyi sebab bising bola agaknya. Terus panggil mak. Mak cakap air ketuban. Suami yang tengok bola pun terpinga dah. Tak gelabah pun. Kami boleh sengeh-sengeh lagi. Mak terus call abah. Sebab abah kat tempat kerja, shift malam. Berdesup abah balik. Abah yang kalut. Siap marah marah mak, lambat sangat. Haha.

cool.. cool

Aku relax ja. Tak sakit pun. Kami pun otw pergi hospital. Sakit belum dirasa. Tapi abah drive kereta macam emergency sangat-sangat dah. haha. Relax abah, orang nak bersalin pun cool saja. Abah pulak yang emosi lebih. huhu.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah, abah berhentikan kereta di kawasan wad kecemasan, kemudian kami naik ke tingkat 2, ke kawasan wad bersalin. Dekat kaunter, dia akan tanya problem apa. Info lah dah pecah ketuban. Dia akan tanya pakai pad tak? Aku jawab pakai. Dia cakap pandai. 

Well, cik Qaniah kan suka google, dah baca semua info. Bila dah pecah ketuban tapi belum bersalin of course kena pakai pad. Kalau tak meleleh air ketuban lah. Tak selesa sangat sangat sebab air ketuban macam berlendir.

Pastikan bawa buku merah, kad pengenalan dan serahkan kepada mereka. Buang barang kemas. Beg semua tinggalkan pada waris. Kita masuk tunggu dalam untuk pemeriksaan. 

Aku rasa doktor kat situ praktikal semuanya. Muda. Siap tanya aku ulang kali macam ujikaji.

Macam mana tahu tu air ketuban?

Air macam mana?

Bunyi POP tak?

Basah lencun macam mandi tak?

dan banyak lagi.

Aku nak jawab pun terhegeh-hegeh. Mana nak tahu. First time kot. Dia pun suruh baring di atas katil. Buka seluar semua. Lama jugak nak tunggu diorang mari tengok. Nurse mari letak alat di perut. Untuk check contraction kot. Kuat bunyi jantung baby. Satu ward dengar. Apa istilah alat tu pun aku tak tahu. Tapi mula start rasa sakit sikit sikit.

Sambil sambil tu dalam hati doa. Biar doktor perempuan yang check. Sebab terpandang sorang doktor lelaki kat luar. Mintak mintak bukan dia.

Alhamdulillah.

Doc perempuan mari check. Dia akan suruh kita buka kaki. Takutnya dalam hati. Check jalan ni sakit, apa yang aku baca baca di google. Dalam hati cuba tenangkan hati. Cool, jangan takut. 

Bila dia masukkan. Gulp! Sakit! Sapa cakap tak sakit bila dia masukkan jari. Siap diorang buat perbincangan. Ini betul air ketuban ke apa atau air lain. Mulalah soal soalan macam macam. Pening kepala nak fikir jawapan. Kita pun tak tahu, first time. Tapi apa yang pasti, jalan dah buka 2cm!

Ya 2cm! Aku siap tanya 2cm boleh balik dulu kan. Memang diorang akan bagi pilihan nak balik atau stay. Tapi, kena confirmkan dulu. Kalau ini air ketuban memang kena tahan wad, sebab takut bahayakan baby. Kalau dalam masa 24 jam belum bersalin, kena induce. Gulp!

Lepas check jalan. Scan perut pulak, nak tengok air ketuban berkurang tak. 2 orang doktor perempuan check. Dalam hati confirm diorang doktor pelatih. Sebab diorang dok check sambil bincang kes aku. Diorang tak puas hati ini air ketuban ke tak. Keputusannya, doktor sorang lagi nak check jalan balik. Aku gulp gulp dah telan air liur. Kena check jalan lagi. Tak mahu sebolehnya.

Sewaktu berdiri nak turun katil, air meleleh turun sampai menitik di lantai. Terus cakap kuat-kuatt air menitik. Kedua orang doktor tu patah balik tengok. Selak kain. Confirm air ketuban. Siap cakap..

"Kalau tunjuk macam ni dari awal kan senang.. confirm pecah ketuban.."

Cis. Kita pulak yang kena, dari awal cerita meleleh gini tak mahu percaya. Huhu.

So, keputusannya, confirm kena admitted!

****

Nak tunggu apa jadi? Sama ada Qaniah bersalin sebelum 24 jam atau kena induce, tunggu PART 2 ^_^

Bersambung...


Qani'ah Mawaddah
Bandar Parklands, Klang,
1.46 petang,
23 Julai 2016.

Wednesday, October 24, 2012

NASAB KELUARGA

Sekadar gambar hiasan
Hari ini kelas bersama Dr Imad Barakat, Nazariyah Islami fil Mabadil Iqtisad Kulli berlangsung dengan santai sekali. Sempena aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, jadi topik kami sudah semestinya mengenai aidiladha.

Kelas qaniah campur dengan senior IKIP yang baru datang sesi 2012/2013. Jadi kelas ini memang budak melayu saja. Alhamdulillah, doktor sangat mesra dengan kami semua. Doktor pernah belajar di Malaysia kalau tak silap. Tak pasti belajar atau kerja , yang pasti dia cerita anak dia, dua orang lahir di Malaysia.

Zainab dan Muhammad. 


Monday, September 24, 2012

JORDAN.. I'M BACK

Bersama adik bongsu yang nakal dan manja ^^

Hampir seminggu qaniah pulang ke bumi Jordan. Hari ini baru sempat menulis lagi di sini. Apa khabar sahabat seaqidahku? Semoga semuanya sihat dengan rahmat Allah Maha Besar. Pantas masa berlalu, sekejap saja dah sampai masa untuk qaniah pulang ke bumi Jordan :)

Alhamdulillah, sempat beraya bersama keluarga tercinta di kediaman kami di Jitra, Kedah. Raya yang agak meriah, alhamdulillah. Kunjungan dari family tidak kira jauh dan dekat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Friday, March 30, 2012

RINDU

Semalam, hujan.
Sejuk sangat.
Bumi Irbid hujan lagi?
Masih belum berakhirkah 'winter'?

Aku pandang ke luar tingkap...

-----------------------------------------------------------------------

Wednesday, January 18, 2012

BUATMU ABAH TERCINTA


            11 Januari 2012. Dah seminggu besday abah berlalu. Masih belum ada kesempatan untuk buat post istimewa dari jauh. Malam ni terasa nak buat. Sambil minum susu dan sampai tengok picture mak, sungguh.. rindu pada dua insan ini. Cari picture abah dan mak di Gunung Jerai tiada dalam koleksi, jadi hanya mampu letak picture mak dan Aqil. Subhanallah.. aku rindu.

Buat abah tercinta,

            Selamat Hari Lahir yang ke-45. MasyaAllah.. anakmu ini senantiasa mengingati detik tarikh lahirmu. Jujur. Ingat saja, tapi apakan daya.. bila dah tiba tarikh tu entah macam mana anakmu ini terlekaa..

            “Assalamualaikum…”         
  
            “Waalaikummussalam…kenapa abah..?”

            “Haiii..lupa kaa?”