11 Januari 2012. Dah seminggu besday abah berlalu. Masih belum ada kesempatan untuk buat post istimewa dari jauh. Malam ni terasa nak buat. Sambil minum susu dan sampai tengok picture mak, sungguh.. rindu pada dua insan ini. Cari picture abah dan mak di Gunung Jerai tiada dalam koleksi, jadi hanya mampu letak picture mak dan Aqil. Subhanallah.. aku rindu.
Buat abah tercinta,
Selamat Hari Lahir yang ke-45. MasyaAllah.. anakmu ini senantiasa mengingati detik tarikh lahirmu. Jujur. Ingat saja, tapi apakan daya.. bila dah tiba tarikh tu entah macam mana anakmu ini terlekaa..
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam…kenapa abah..?”
“Haiii..lupa kaa?”
“Lupa apaa?”
“Hari ni..”
“Ya Allah.. abaaaaah.. maaf..kakak lupa sangat-sangat, dah ingat..”
“Itu la pelik.. tunggu punya tunggu, tak ucap pun..”
“Mintak maaaaaaf, lupaaa.. abah.. selamat hari lahir yang ke 45 =.=”
MasyaAllah..sungguh, aku terlupa. . Rasa macam nak menangis. Abah dah 45 tahun, kakak dah 19 tahun. Allah..cepatnya masa berlalu. Anak abah sudah tumbuh menjadi seorang gadis. Sudah 19 tahun abah jaga kakak. Terima kasih abah, atas pengorbanan dan kesabaran abah mendidik kakak yang degil dan suka menangis ni.
Dari kejauhan kakak doakan, abah dan mak sihat senantiasa. Terima kasih kerana membesarkan kakak hingga berjaya sampai sekarang. Sampai mampu menjejakkan kaki ke tanah barakah bumi anbiya ini. Rezeki dan nikmat yang terindah.
Tahniah buat abah, berjaya didik kakak..angah, izati dan ajat.. seronok kakak tengok masing-masing sudah semakin selesa dengan suasana Islam. Terima kasih abah pindahkan Izati ke maahad tahfiz. Suatu pengorbanan yang besar dan kakak tersentuh. Kakak suka dengan penghijrahan ini.
Kakak doakan yang terbaik buat abah, mak dan adik-adik. Doakan kakak di sini. Tunggu kakak balik tahun depan, insyaAllah. Salam sayang tambah rindu dari bumi Jordan..
Dari kejauhan
Ku anyam rasa rindu
Buatmu abah dan mak tercinta
Apa khabar kalian di sana
Kakak di sini rindu yang teramat
Rindu pada raut wajah kalian
Rindu pada kasih sayang kalian
Tika anakmu ini sakit
Kalian setia di sisi
Rindu saat itu
Kakak memerlukan kekuatan kalian
Serapan kasih sayang abah dan mak
Terlalu indah
Subhanallah
Hari ini
Anakmu ini
Terdampar jauh di perantaun
Titipkan kakak pada Allah
Doakan kakak
Kirimkan doa buat kakak
Kakak perlukan sokongan kalian
Untuk terus utuh, kuat
Menghadapi cabaran dan kesakitan ini
Allah menguji anakmu
Salam rindu dan sayang dari kakak
Kejauhan bumi Irbid
Yang senantiasa menanti
Rindu ini disambut
Allah..sampaikan salam rinduku
Buat abah dan mak tercinta…
Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
8.58 pm
18 Disember 2012
No comments:
Post a Comment