Pages

Saturday, March 31, 2012

BELAJAR UNTUK REDHA

Bismilillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, selamat pagi semua. Sudah sarapan belum? Hari ini dah hari Sabtu, jamiah cuti dan qaniah mengambil kesempatan untuk bangun lambat. Tuuutttt. Walhal esok exam. Ish..ish. Maaf...maaf. Qaniah buat salah dia mengaku. Mungkin keletihan [alasan la tuu]. Tak pa..Tak pa.. berbalik pada niat asal untuk menuslis ^^

Kenapa yang kali ini qaniah nak tulis pasal 'belajar untuk redha'. Selama ini qaniah tidak redha ka? Wallahu'alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Sahabat-sahabat,

Ingat senang untuk kita sabar dan seterusnya redha, tambah-tambah dalam kalau benda yang kita sangat suka hilang? Benda yang kita sayang dan cinta pergi? Pedih hati sahabat-sahabat. Itu adalah lumrah. Qaniah teringat satu benda. Masa pergi tafaquh dengan Syeikhah Umaimah, belajar kitab Tanbih Al-Ghafilin, yakni peringatan bagi orang yang lalai.

Subhanallah... qaniah suka pada kisah-kisah dalam tu. Sangat menyentuh hati. Ada banyak kisah dalam kitab ini yang menceritakan kisah-kisah orang dahulu yang tidak risau akan rezeki dan harta kerana dia yakin, semua itu milik Allah. Kenapa perlu risau pada hal dunia? Semua itu hanya pinjaman.

*****

"...Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapangang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."

-An nur : 22-

Kenapa yang qaniah tiba-tiba post bab berlapang dada, redha semua ni?

Sebenarnyakan.. niqab qaniah terbakar ^^

Inilah hasilnya....


Semalam kalut-kalut nak pergi meeting, pastu suruh kawan tolong ironkan. Niqab ni kain shiffon jadi kena iron dengan hati-hati.

"Jangan bagi terbakar tau purdah Nasuhaaa...buka slow ja iron tuu"

Beberapa minit kemudian, tengah qaniah pakai tudung...

"Nasuha...nah pakai purdah ni.."

"Kenapaaa"

"Sorii..terbakar..."

Haiyyakkk... masin mulut. Terbakar betul. Tak pa..belajar untuk berlapang dada. Niqab jenis ni, qaniah bawa 2 helai sahaja dari Malaysia..tinggal lagi sehelai.

Anyone nak hadiahkan qaniah niqab ni? Kat sini cari yang style ikat tak da. Semua style ada kain kat belakang tu. Qaniah suka style macam ni ^___^

*****

It's ok.
Biasa la tu. Tudung terbakar. Kain terbakar. Sudah jadi kebiasaan kaum wanita. Sah? Dan menurut kajian qaniah, sapa yang iron dalam perasan marah-marah, kalut-kalut, confirm.. sahih jiddan, terbakar nanti.

Ingat lagi time qaniah form 5, kakak rumah sewa tengah tension, nak pergi sekolah dah lambat.. last-last, papppp.. kain terbakar ^^

Maka sahabat-sahabat, jom iron baju sambil senyum dan gembira untuk pakai baju yang kita iron. Baru dia dengan rela hati terkemas rapi. Sebab mood si pemakai sangat ceria. Senyum sokmo tau.

Apa-apa pun, qaniah tak marah pun. Last-last, kawan qaniah buatkan donut untuk qaniah. Yeaaah. Panas-panas. Bila dah makan, diam terus. Lupakan niqab yang terbakar tu. Benda dah lepas. Kita pandang ke depan. Apalah sangat harta dunia kan sahabat-sahabat? Dari nak dibandingkan dengan ukhwah dan persahabatan seorang sahabat.

Love you sahabati!


Inilah donutnya. Comel-comel. Sorry, sudah masuk perut qaniah semalam. Sapa nak buat sendiri ya. Oklah, esok qaniah exam, subjek tasyri.. tolong doakan qaniah dapat jawab dengan baik ya.

Manjadda Wajada... ^^
Bittaufiq wannajah buat sahabat-sahabat yang exam esok.

Salam kasih sayang dari qaniah sahabat-sahabat. Ingat, usah kita risau dan gusar akan harta dunia, itu hanya pinjaman sementara, beramallah dengan harta yang ada sebaiknya, kerana di situ kamu akan beroleh pahala.

Allah bersamamu sahabat...bersama qaniah juga. Thanks Allah.

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
9.38 am
31 Mac 2012

1 comment:

ahlamiyamany said...

niqab arab dari Mesir..?