Pages

Sunday, April 1, 2012

SATU PERSEDIAAN


"Nunu...kamu di depan..."

Arah seorang pelajar Arab di sebelahku. Aku panggung kepala. Seorang akhawat Arab tidak bertudung beralih tempat dihadapannya.

"Bising.." gerutu hati kecilku.

Langsung tidak boleh fokus untuk membaca Tasyri, sekejap lagi exam. Terlampau bising, dan aku dapat rasakan, confirm..mesti diorang mahu meniru. Ada saja taktik mereka.


Sah, nak meniru. Nak bawa phone masuk dalam lengan bajulah konon. Aku nampak. Dia pandang aku. Lantas dipusingkan badannya ke tepi.

Eleh, nak meniru la tu. Taktik kotor. Tak berkat ilmu tau.

*****

Doktor Samirah sudah masuk. Ada kertas exam di tangannya.Waaaa.. ketar.

Tiba-tiba semua akhawat bangun. Kenapa? Yang aku faham doktor cakap 1-20 keluar. Eh, ke macam mana?

Aku berdiri. Oooo... akhawat keluar. Syabab dulu exam. 25 minit lagi baru akhawat masuk.

"Weeeh..Arab tu nak main tipu, bawa masuk phone dalam lengan baju...." Aku berseloroh.

"Eleeh..kawan sebelah Aisyah tulis dekat atas meja terus nama-nama kitab.."

Terlopong aku dibuatnya. Kurang asem!

Aku terus mencari port selesa untuk menghafaz. Naik ke tingkat 4, lepak di tangga sambil menghafaz nama-nama kitab dan mualif. Pergghhh..banyak!

"Suhaaaa...jom...dah masuk.."

Haaaa... cepatnya!

Aku menuruni tangga. Kelihatan dari jauh, syabab dah keluar kelas. Eh, kenapa pantas bangat!

*****

Aku mengambil tempat. Doktor Samirah bercakap sesuatu di hadapan. Aku tidak memahami langsung. Dari jauh nampak kertas diagihkan. Perghhh..atas tu semua kosong. Syarahlah jawabnya....

Syarat hukum asal...

Dilalah quran.....

Masalih Mursalah...

Dan banyak lagi. Merenung kertas soalan. Masyaallah... susah ni. Jawab mana yang tahu. Alhamdulillah ada yang ingat dan ada yang bercampur. Pejam mata.

Kepala sudah macam buku. Seakan-akan menyelak muka surat demi muka surat. Semuanya bercampur. Buka mata dan jawab saja mana yang dapat tangkap. Perghhhh...!

Soalan yang mencabar. Alahai....

Kejap saja masa berlalu. Doktor kutip kertas. Dari arah belakang, dan aku duduk belakang. Siap tak siap doktor tarik T_T 

Doktor...tak siap......

Bye..bye la jawabnyaa....

Keluar kelas, semua muka macam baru lepas makan cuka. Masam. Siap ada yang rasa nak nangis. Sabar..sabar...

*****

Jadi, sahabat-sahabat..apa moral of valuesnya dari kisah qaniah di atas tadi?

Persediaan. Ya, persediaan itu sangat penting. Kalau tidak bersedia dengan ilmu di dada untuk jawab exam, maka jadilah seperti kisah qaniah di atas. Alasan saja baca tapi tidak ingat.

Kenapa tidak ingat, sebab baca sekali saja.. kalau kita sudah baca berulang kali, insyaallah kheir saja. Yang jadi masalah apabila minggu exam baru sibuk cari makna dan membaca...^^ Qaniah pun sama saja. Nasi sudah jadi bubur qaniah.

Kalau kamu usaha banyak itu, maka banyak itulah kamu dapat. Jangan mengharap yang lebih, tapi berharaplah apa yang setimpal pada kamu.

Wink * Wink. Bila mahu berubah? Bila mahu buat persediaan?

Ingat sahabat-sahabat, persediaan itu penting. Bagi sahabat-sahabat yang dalam fatrah exam, jom buat persediaan secukupnya. Dan ingat, persediaan kita akan membuatkan kita bukan sekadar membaca untuk exam, tetapi apa yang kita baca memang melekat di dada.

Susah woooo nak buat macam tu. Selalunya kita baca untuk exam saja. Betul tak.. betul kan? Alaa betul la ^^

Oklah, bittaufiq wannajah buat semua.
Doakan qaniah untuk exam kali ini.
Berbaki lagi 5 paper.

4,7,8,16,17 April 2012.

Ya Allah..mudahkan urusanku dan sahabat-sahabat. Sahaja aku menuntut ilmu kerana-Mu Ya Allah..

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
1.30 pm
1 April 2012

No comments: