Pages

Sunday, February 12, 2012

12 FEBRUARI 1949

Hari ini, tarikh kematian As Syahid Imam Hassan Al Banna. Siapakah Hassan Al Banna? Mungkin kalian boleh saja search di internet atau klik saja di sini.

            Hampir 63 tahun Hassan Al Banna meninggalkan kita. Adakah roh perjuangannya masih sebati dengan diri kita? Adakah jejak langkah perjuangannya kita teruskan? Ataupun kisah perjuangannya kita soroti dan praktiskan?

            Jika isu ummah pun kita tidak cakna, usah kita katakan, kita mencintai perjuangan. Lihat di bawah ini, isu Syria. Malu untuk aku katakan padamu, as syahid.. kamilah pejuang kerana hakikatnya kami bukanlah pejuang. Kami pengecut!



*****

                Mari sama-sama kita hayati hari yang penuh bersejarah ini. Dunia telah kehilangan seorang permata perjuangan yang sangat hebat. As Syahid Imam Hassan Al Banna. Ya Allah.. Kau berilah kami kekuatan dan semangat perjuangannya kepada kami.

Kami perlukan kekuatan. Kami perlukan semangat. Meneruskan perjuangan yang penuh mehnah ini. Bantulah kami untuk cakna isu ummah Ya Allah..


Jawatankuasa Penyelaras Tempatan bagi Revolusi Syria : Angka rasmi kematian di sebelah rakyat Syria pada Jumaat "Russia Bunuh Kanak-Kanak Kami" semalam ialah 105 orang, 95 daripadanya adalah di wilayah Homs..Hingga semalam, sudah 400 kematian dilaporkan sejak rejim menggempur Homs sejak Sabtu lalu..Hasbunallahu wani'mal wakil.

Seorang pemuda, Abdul Manan As-Syaqhabi memandikan jenazah rakannya yang terkorban di Bab Hud. Lima hari kemudian, As-Syaqhabi pula menemui ajal di muncung senapang tentera rejim Basyar.
Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Basyar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan.. Tetapi Marwah 'Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Basyar..Hasbunallahu wani'mal wakil.

[Sucinya wajah anak kecil ini, meskipun hanya kepala yang tinggal, Allah...]

Imej dari udara ini dirakamkan bukan pada peperangan negara umat Islam dengan Israel tetapi kelengkapan perang yang digunakan oleh rejim Syria menggempur rakyat di Homs pada waktu ini..Pelancar roket dan bom! Hasbunallahu wani'mal wakil.
Kering air mata untuk ditangisi, tiada kalimah yang mampu dituturkan, hanya sekeping kertas dan pena menulis "Wahai orang-orang yang mulia di dunia; Jika kalian tidak dapat membantu kami, maka kasihanilah kami.."

Kalau di Mesir, Mubarak mengupah 'baltojiyah' atau perusuh yg akan menggempur Tahrir atau himpunan pro-demokrasi bertujuan menghalang kebangkitan rakyat sementara di Syria pula, rejim Basyar telah mengupah golongan 'Syabih' atau tali barut bg membunuh rakyat dgn tanpa belas kasihan ..Inilah rupa antara 'syabih' mereka..Siap ada tatoo..Mereka ini akan berpakaian biasa dan akan masuk ke dalam demonstrasi rakyat lalu membunuh dari dalam perhimpunan..

Pemimpin tertinggi Syiah Iran, Ayatullah Ali Khomeini memberikan fatwa bahawa Iran menghadapi revolusi kedua (selepas berjaya revolusi pertama 1979 yg menggulingkan Shah Iran)..Katanya, revolusi kedua ini berbeza kerana ia tercetus di Syria dan yang kedua, wajib bagi Iran bersama-sama mempertahankan kerajaan Syria, bukan rakyat seperti revolusi kali pertama dulu..

Syiah mengambil kesempatan untuk bergabung menghapuskan Sunni.
Pembongkaran : Gambar ini diambil sejurus selepas tentera Israel berjaya memasuki Lubnan awal tahun 80-an..Tentera Israel membawa potret Hafez Al-Asad, bapa Basyar hari ini dan meraikan kejayaan menakluki Lubnan..Ya, jika tidak kerana usaha Hafez Al-Asad maka Lubnan dan Bukit Golan tidak akan dapat ditakluki oleh Israel dgn mudah.
Mari sama-sama kita baca doa ini setiap detik, setiap hari hingga Basyar dijatuhkan oleh ALLAH..Kita masih ada ALLAH sementara Basyar hanya bergantung kepada Russia, China dan Iran yang juga makhluk ALLAH..Harap baca dengan penuh yakin bahawa doa kita akan diperkenankan oleh-Nya..

Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi berucap di Doha, Qatar berkaitan Syria : "Saya bersumpah dengan nama ALLAH Yang Maha Agung bahawa pertolongan semakin hampir, kemenangan semakin dekat, bahawa kita bakal meraikan kemenangan kita di Syria dan menyeru kepada tentera (Syria) agar berada bersama-sama rakyat."


P/s : sama-sama solat hajat untuk Umat Islam Syria.


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
1.36 pm
12 Februari 2012

1 comment:

Anonymous said...

saya nasihatkan kepada diri saya dan anda:

tulislah berdasarkan ilmu. Quran dan sunnah serta pemahaman sahabat.

jangan cuma bersemangat.

semangat tanpa ilmu boleh memesongkan kita. saya faham anda belajar agama. anda lebih tahu.

tapi..saya cuma menasihatkan diri saya dan anda sahaja.

walahu'alam~