Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, sekian lama nak berkongsi ilmu faraid dengan sahabat-sahabat, baru hari ini dapat post. Daurah Faraid [Part 1] dulu ya. Hampir 3 hari bertungkus lumus, edit ayat quran, hanya ini yang termampu dulu.
‘Ilmu itu amanah..’
Ini yang dapat saya kongsikan dahulu. Secara berperingkat. InsyaAllah.
Selamat belajar faraid, sangat best! InsyaAllah.
Setakat ini, secara permulaan, kita selami dulu ayat quran yang berkaitan faraid. Warna yang saya ‘bold’kan dengan warna merah, itu merupakan ayat quran yang berkaitan jumlah yang akan difaraidkan.
Ok?
Baca ayat quran, dan tengok maksud di bawah itu. Ok, start now.
“…Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan dan
ditentukan oleh Allah…”
[surah an nisa : 7]
“…Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…”
[surah an nisa : 11 ]
“….Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun…”
[surah an nisa : 12]
“…Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu…”
[surah an nisa : 176]
*****
Apakah itu ilmu faraid?
Ilmu Faraid ialah: “Ilmu berkenaan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati”.
Apakah kelebihan mempelajari ilmu Faraid?
1. Sabda Rasulullah s.a.w : “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”.
(Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
2. Berkata Saidina Umar r.a.: “Pelajarilah ilmu as-Sunnah, ilmu Faraid dan ilmu Bahasa (Arab) sebagaimana kamu mempelajari al-Quran”.
(Diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi, Ibnu ‘Abdil-Barri dan Abu ‘Ubaid/Kanzul-‘Ummal, al-Muttaqi al-Hindi, no. 29347)
Apakah tujuan mempelajari ilmu Faraid?
Untuk mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati atau harta pusaka.
Apakah yang menjadi objek perbahasan ilmu Faraid?
At-Tarikah (التركة) iaitu harta peninggalan si mati.
Apa yang dimaksudkan at-Tarikah?
At-Tarikah atau harta peninggalan bermaksud segala harta yang ditinggalkan si mati selepas kematiannya sama ada aset tetap (seperti tanah, rumah, bangunan dan sebagainya) atau aset berubah (seperti mata-wang, emas, perak dan sebagainya).
Apakah aspek-aspek penting yang perlu diketahui untuk mendalami ilmu faraid?
1.Mengetahui cabang-cabang nasab
2.Mengetahui siapa ahli waris dan siapa bukan ahli waris.
3.Mengetahui kadar atau bahagian yang akan diwarisi oleh setiap ahli waris
4.Mengetahui kaedah atau cara mengira (ilmu matematik dasar).
Apakah kewajipan yang mesti ditunaikan terhadap harta si mati?
Pertama: Diambil darinya untuk kos pengurusan jenazahnya.
Kedua: Kemudian, diambil darinya untuk membayar hutang-hutangnya; (pertama) hutangnya dengan hamba-hamba Allah dan (kedua) hutangnya dengan Allah.
Ketiga: Kemudian, dilaksanakan wasiatnya dengan syarat tidak melebihi 1/3 dari harta yang tinggal setelah ditolak hutang.
Keempat: Akhirnya, diagihkan kepada ahli-ahli warisnya.
InsyaAllah, segala maklumat di bawah, adalah pengenalan awal mengenai ilmu faraid. Semoga bermanfaat. Panaskan minda dengan memahami terlebih dahulu apa yang ada dalam faraid. Kemudian baru kita akan mula masuk Part 2 ^___^
Selamat membaca..
Apakah itu ilmu faraid?
Ilmu Faraid ialah: “Ilmu berkenaan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati”.
Apakah kelebihan mempelajari ilmu Faraid?
1. Sabda Rasulullah s.a.w : “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”.
(Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
2. Berkata Saidina Umar r.a.: “Pelajarilah ilmu as-Sunnah, ilmu Faraid dan ilmu Bahasa (Arab) sebagaimana kamu mempelajari al-Quran”.
(Diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi, Ibnu ‘Abdil-Barri dan Abu ‘Ubaid/Kanzul-‘Ummal, al-Muttaqi al-Hindi, no. 29347)
Apakah tujuan mempelajari ilmu Faraid?
Untuk mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati atau harta pusaka.
Apakah yang menjadi objek perbahasan ilmu Faraid?
At-Tarikah (التركة) iaitu harta peninggalan si mati.
Apa yang dimaksudkan at-Tarikah?
At-Tarikah atau harta peninggalan bermaksud segala harta yang ditinggalkan si mati selepas kematiannya sama ada aset tetap (seperti tanah, rumah, bangunan dan sebagainya) atau aset berubah (seperti mata-wang, emas, perak dan sebagainya).
Apakah aspek-aspek penting yang perlu diketahui untuk mendalami ilmu faraid?
1.Mengetahui cabang-cabang nasab
2.Mengetahui siapa ahli waris dan siapa bukan ahli waris.
3.Mengetahui kadar atau bahagian yang akan diwarisi oleh setiap ahli waris
4.Mengetahui kaedah atau cara mengira (ilmu matematik dasar).
Apakah kewajipan yang mesti ditunaikan terhadap harta si mati?
Pertama: Diambil darinya untuk kos pengurusan jenazahnya.
Kedua: Kemudian, diambil darinya untuk membayar hutang-hutangnya; (pertama) hutangnya dengan hamba-hamba Allah dan (kedua) hutangnya dengan Allah.
Ketiga: Kemudian, dilaksanakan wasiatnya dengan syarat tidak melebihi 1/3 dari harta yang tinggal setelah ditolak hutang.
Keempat: Akhirnya, diagihkan kepada ahli-ahli warisnya.
*****
Apakah rukun-rukun bagi sebuah perwarisan?
Rukun-rukun perwarisan ada tiga, iaitu :
1. Al-Muwarrith iaitu orang yang mewariskan harta (yakni si mati)
2. Al-Warith iaitu orang yang bakal mewarisi harta si mati.
3. Al-Mauruth iaitu harta yang diwariskan oleh si mati.
Apakah faktor-faktor perwarisan?
1. Ikatan keturunan atau kekeluargaan
Ia merangkumi;
a)Usul: iaitu ibu-bapa, datuk, nenek dan seterusnya.
b)Furu’: iaitu anak, cucu, cicit dan seterusnya.
c)Hawasyi: iaitu (pertama) saudara-saudara dan anak-anak saudara, (kedua) bapa-bapa saudara dan anak-anak bapa saudara.
2. Ikatan perkahwinan
Iaitu ikatan suami dan isteri.
3. Ikatan dengan bekas hamba (Al-Wala’)
Iaitu perwarisan seseorang dengan sebab ikatan antaranya dengan hamba yang telah dibebasnya.
4. Ikatan akidah (keislaman)
Iaitu seorang muslim yang mati jika ia tidak mempunyai sebarang ahli waris melalui sebab-sebab di atas, maka harta peninggalannya akan menjadi hak kaum muslimin yakni dimasukkan ke dalam Baitul-Mal.
Apakah syarat-syarat untuk mewarisi harta seseorang?
1. Al-Muwarrith (orang yang mewariskan harta) telah pasti matinya.
2. Al-Warith (orang yang mewarisi) masih hidup ketika kematian al-muwarrith (si mati).
3. Dipastikan terlebih dahulu secara terperinci jenis hubungan antara waris dengan si mati yang menjadi faktor kepada perwarisan.
4. Tidak terdapat sebarang tegahan yang menghalang dari mewarisi harta si mati.
Apakah yang menghalang perwarisan?
1. Menjadi hamba
Seorang hamba tidak akan mewarisi kerana hartanya akan berpindah kepada tuannya.
2. Membunuh orang yang mewariskan harta.

“Orang yang membunuh tidak mewarisi (harta dari orang yang dibunuhnya)”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
3. Berbeza agama (yakni antara Islam dan kafir)
“Tidak mewarisi seorang muslim dari seorang kafir dan tidak mewarisi seorang kafir dari seorang muslim”. (Riwayat Muslim dari Usamah bin Zaid r.a.)
*****
Jumpa lagi dalam Part 2. Bersambung..
Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
9.37 pm
8 Februari 2012
1 comment:
Alhamdulillah,nice sharing.Tapi bab harta pusaka kalau tak diagih dengan adil maka timbulnya p'balahan.Solusinya hanya melalui cara islam.
Post a Comment