Pages

Saturday, January 28, 2012

TITIPAN BUAT GADISKU


Gadisku..
Engkau ciptaan terindah
Persis bidadari yang indah
Permata yang terindah
Yang Allah hadiahkan…

Dirimu berharga gadisku..
Engkau sebutir permata
Mutiara yang bersinar..

            Berseorangan di dalam bilik. Bilik yang sekian lama aku tidak duduk di dalamnya. Suhu yang terlampau sejuk membataskan aku untuk tinggal di bilik ini. Tapi hari ini, kepanasan air mata yang mengalir membuatkan kehangatan itu menjalari seluruh tubuh. Berteleku di atas sejadah. Betapa aku rindu Ya Allah… sambil mendengar Madad Madad Ya Rasulullah membuatkan aku jadi sebak.

‘Wanita..’

            Tersentuh hati ini untuk mencoretkan sesuatu di sini. Aku rindu susuk tubuh gadis yang solehah di akhir zaman ini. Aku rindu untuk bersama para mujahidah yang bertakwa di akhir zaman ini. Aku cinta dan sayang pada wanita akhir zaman yang berjuang mempertahankan aqidahnya.



            Izinkan aku titipkan pesanan buat kalian. Pesanan buat diriku dan dirimu, gadisku sayang…

Gadisku sayang,

            Aku coretkan kalam indah ini buatmu gadisku sayang. Betapa aku rindu untuk bertemu dengan kalian. Ingin bersama kalian menggapai redha Ilahi di akhir zaman ini. Zaman yang penuh mehnah dan tipu daya duniawi.

            Bukan senang untuk kita tarbiyah diri. Bukan mudah untuk menjaga hati gadisku. Aku akur. Hati seorang gadis tersangat lembut dan mudah tersentuh. Mudah menangisi segala sesuatu. Kerana jiwamu tersangat lembut. Itulah dirimu gadisku.

            Tatkala engkau jatuh cinta, engkau tidak betah duduk. Kerana hatimu sudah terusik. Engkau pendamkan rasa. Luahkan sahaja pada Allah. Engkau tahu, hanya Allah yang tahu apa ada dalam hatimu.

            Jagalah hatimu gadisku. Sekalipun engkau jatuh cinta, pendamkanlah rasa itu. Tiada apa yang hebat dan menarik andai kau meluah rasa jika belum tiba waktunya. Cinta itu tidak akan ke mana. Malah akan membawa engkau ke lembah kekecawaan. Pendamkanlah. Luahkanlah pada Allah. Andai sudah tiba waktunya, jangan gusar.. Allah pasti akan menyatukan cintamu pada yang selayaknya.

Gadisku,

            Ayuh bersamaku. Kita lupakan sebentar cinta dunia yang melalaikan. Menganggu jiwa. Menganggu emosi. Membuatkan kita menangis dan merintih saban hari. Ayuh, kita keringkan air mata yang mengalir, basahi hati dengan keimanan yang teguh pada Ilahi…

            Kita kuatkan benteng diri. Kebalkan diri dengan takwa dan keimanan kepada Ya Rabb. Yakinlah, engkau pasti boleh. Berusaha untuk menjadi sang gadis yang solehah. Acuan yang baik bakal membuahkan generasi Islam yang terbaik kelak. Allahuakbar!

Gadisku,

            Aku hulur tanganku buat kalian. Sudikah kalian bersamaku. Kita bersama menggapai redha Ilahi. Tolonglah gadisku, aku perlukan kekuatan kalian. Bersamaku dalam halaqah cinta ini. Aku ingin lupakan dunia yang hanya menyeksa diri.

            Bantulah aku ke arah mencintai Allah. Bantulah aku ke arah merindui Rasulullah..

Aku rindu Ya Allah..

Aku rindu padamu Rasulullah..

            Ya Allah..dakapi daku dengan rahmat kasih sayangmu. Aku pohon ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk terus mencintai-Mu. Aku ingin menjadi wanita solehah. Ampunkan dosaku Ya Allah.. aku pohon Ya Allah…

Makbulkan doaku Ya Allah..


Mood : saya menangis!

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
7.56 am
28 Januari 2012

5 comments:

Ran Orkid said...

Saya mengaku bahawa saya menangis membaca entry ini :') Terima kasih kerana membuat entry yang begitu meruntun jiwa dan pada waktu sama memberi kesedaran dalam diri ini .

Unknown said...

syukran ukhtiku sayang..

hati kita bersatu, kerana qaniah sendiri menangis tika menulis ini..

salam sayang dari Irbid.

AzwanRamli said...

nice one....

Nazihah@Jiha said...

Subhanallah..

terusik sanubari :'(

Anonymous said...

terima kasih ats coretan yg pnh makna ini.:')