Pages

Friday, January 27, 2012

SEARCHING FOR SALAHUDDIN

Hujan sedang turun membasahi bumi Irbid. Sejuk. Beku. Dengan suhu yang amat rendah. Aku masih setia di hadapan laptop. Mendengar nasyid. Qasidah. Membaca artikel. Tentang seorang pejuang Islam yang amat hebat sekali.

            ‘Salahuddin Al Ayubi..’

            Entah bagaimana untuk aku coretkan mengenai dirimu. Aku tidak begitu mengenali dirimu dengan lebih mendalam. Aku tidak pernah berada di zaman kecekalanmu berjuang. Aku hanya susuk tubuh seorang anak kecil yang sedang menapak di dunia yang penuh mehnah.

            Allah…

            Aku tidak berhajat untuk bercerita mengenai riwayat hidupnya. Kalian boleh mencarinya sendiri atau klik saja di sini. Aku sertakan bersama lampiran kisah hidupnya. Susuk tubuh yang sangat hebat. Subhanallah.



*****

            Jika hari ini, anak-anak muda lebih menggilai artis-artis. Mengejar duniawi yang hakikatnya makin sampai pada penghujungnya. Bertindak mengikut nafsu. Binasalah kehidupan. Kenapa tidak kita ajari anak-anak kita dengan perjuangan sirah para sahabat dan para pejuang yang terdahulu, sangat hebat dan sangat menyentuh hati dan rasa.

            ‘searching for salahuddin..’

            Aku merenung jauh ke luar. Terasa sebak. Menatap bumi Allah ini. Betapa aku rindu pada susuk tubuhnya. Gagah berjuang membebaskan Al quds tercinta. Hampir 88 tahun Baitulmaqdis dikuasai oleh Kristian. Dan akhirnya. ‘dia’ Salahuddin Al Ayubi berjaya menakluk kembali tanah itu. MasyaAllah!

            Dan hari ini. Bumi Al quds itu dijajah kembali. Jiwa dan keimanan sahabat seaqidah kita dicarik-carik. Mereka bagaikan pelarian di tanah sendiri. Saban hari berjuang, mempertahankan aqidah dan al quds tercinta.

Dan kita?

            Hanya duduk saja. Melakukan kerja seharian seperti biasa. Tanpa sedikit pun memikirkan mengenaik sahabat seaqidah kita di sana, bumi Palestina.


‘Salahuddin Al Ayubi’

            Mempersembahkan seluruh hidupnya demi perjuangan Islam tercinta. Berjihad di jalan Allah adalah kecintaanya.

            Terkedu aku membaca kisah ini..

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis "Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur”

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!

            Subhanallah.. jujur aku sebak. Susuk tubuh yang sangat hebat.

*****
            Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
            Cuba menahan rasa. Terasa ingin menangis. Allahuakbar.. Salahuddin sanggup merantau ke merata tempat, demi mengajak seluruh umat Islam bangkit untuk membela Islam.

Bangkitlah..

Bangkitlah..

Sahabatku sayang..
Entah kenapa diri ini terasa begitu sebak. Air mata seakan laju ingin mengalir. Aku rindu susuk tubuh itu. Seorang pejuang Islam yang tersangat hebat. Peribadinya. 
Keimanannya. Perjuangannya membuatkan aku jatuh cinta.

Diaa… Salahuddin Al Ayubi..
Meskipun dirinya lahir dari kalangan golongan bangsawan dan sangat hebat,
Dia tidak betah hidup di istana, tetapi dia memilih untuk hidup dalam suasana peperangan.. jiwamu kental.

Sahabat seaqidahku…
Kita mencari jiwa Salahuddin Al Ayubi di era ini..
Zaman yang moden.. namun keimanan kita tetap utuh dan jitu
Mencintai perjuangan dan mendambakan syahid fisabilillah adalah satu kecintaan..

Namun, harus dipersoalkan..
Berapa ramaikan yang sanggup berkorban segala-galanya?
Demi perjuangan ini..?

Sungguh.. kalau dibilang.
Allah.. sedikit cuma. Kita lebih banyak bercakap..
Namun gerak kerjanya tidaklah seberapa..

Renungilah ayat quran ini :

“…Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan…”

~Assaff : 3~

Aku mencari jiwa Salahuddin Al Ayubi.
Mungkinkah ‘dia’ masih di dalam kandungan..
Seorang ibu yang solehah?

Mungkinkah ‘dia’ masih kanak-kanak kecil
Yang sedang ditarbiyah oleh ummi dan abinya yang sangat hebat?

Mungkinkah ‘dia’ seorang remaja
Yang sedang mempersiapkan dirinyaa..
Untuk jihad fisabilillah..?

Siapa pun ‘dia’..
Aku masih akan mencari..
Siapakah bakal menjadi generasi Salahuddin Al Ayubi

Di era ini…
Aku akan menanti..

            Andai aku menjadi seorang ibu kelak. Doaku Ya Allah, rahimku bakal diisi dengan susuk tubuh seorang pejuang Islam yang mencintai syahid. Tidak semudah itu untuk aku lontarkan rasa. Satu usaha gigih, untuk menjadi seorang wanita dan ummi yang solehah harus aku tingkatkan.

Keranaa..

            Seorang pejuang itu tidak lahir dari rahim yang biasa sahaja. Dia akan lahir dari rahim insan yang hebat. Didikan yang hebat.

Buat gadis sekalian,

            Didiklah dirimu sebaik-baiknya. Tarbiyah anak-anak itu tidak bermula setelah kamu bernikah, tetapi bermula sejak kamu remaja. Cara kamu mendidik diri. Begitulah cara kamu mendidik generasi akan datang.

            Didiklah anak-anakmu dengan peribadi Salahudin Al Ayubbi. Susuk tubuh yang sangat hebat. Sungguh, dunia sedang menanti Salahuddin Al Ayubi. Ayuh tonjolkan!

*****

Buat anak remajaku,
Ayuh sama-sama kita didik diri.
Tanamkan dalam diri.
Diri kita bukan milik kita.
Diri kita milik Allah.
Milik perjuangan suci ini.

Indahnya jika kamu mengerti.
Indahnya jika kamu ingin sama-sama
Merubah diri
Ke arah..
Menjadi seorang Salahuddin Al Ayubi.

Syababku.
Gagahkanlah dirimu.
Kuatkan dirimu
Engkau susuk tubuh seorang lelaki
Jiwamu harus kental.
Harus kuat, tabah.

Dirimu milik Islam.
Tolonglah..
Fikirkan untuk Islam
Aku mencari ‘dia’
Susuk tubuh Salahuddin Al Ayubi..

Luangkan masamu
Mendidik dirimu
Mencintai jihad
Bukannya mencintai dunia yang fana ini…

Pemudaku..
Aku rindu ‘dia’
Salahuddin Al Ayubi..
Tolonglah..

Didik dirimu
Pemuda acuan al quran
Pemuda acuan madrasah Rasul
Pemuda…
‘Salahuddin Al Ayubi..’

Ya Allah.. makbulkan doaku.
Hadirkan generasi Salahuddin Al Ayubi di akhir zaman ini
Yang bisa berjuang
Membebaskan kembali
Bumi Al quds tercinta.

Allahuakbar..
Allahuakbar..

Sabar Al Quds ku sayang
‘Salahuddin Al Ayubi pasti kembali..’

Pastiiiii.. kembali..
Allah…

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
27 Januari 2012
12.05 pm

4 comments:

Khairi Fakhri said...

terasa tersentuh bila baca entry ini. mohon share kepada rakan-rakan yg lain. insyaallah, akan muncul generasi seperti salahuddin al ayubi

Unknown said...

silakan berkongsi..dan sebarkanlah seluruh dunia, kerana aku sedang mencari jiwa salahudin al ayubi..

moga kamu sebahagian dari jiwa itu, amin.. Allahuakbar!

Muhd Iqbal Samsudin said...

Moga masih ada di celahan kita seorang 'Salahuddin al-Ayubi' yang gagah dan gigih menegakkan agama-Nya :)

Siti Nurdahlia said...

Aku juga sedang mencari jiwa Salahuddin Al-Ayyubi, cantik penyusunan ayat2 Qani'ah. Subhanallah... Ilham2. :)