Pages

Sunday, January 1, 2012

KAKAK BANGGA DENGAN KAMU


            Hari ini dah masuk 1.1.2012. Tiada apa yang berbeza. Semalam, di ambang penutupan 2011, semua orang berjaga, cuma aku yang sudah lena dibuai mimpi. Keletihan mematikan segala-galanya. Membeku dalam ‘hirom’ tanpa bergerak sedikit pun.

            Bangun pagi. Memulakan rutin hairan seperti biasa. Bangun masak, hari ini menu sup ayam. Lepas segala urusan selesai, terus duduk di hadapan netbook. Membaca isu terkini. Kejam! Tersentak hati dengan kekejaman yang berlaku. Pantang aku orang kacau pemuda Islam. Selamat berjuang pemudaku! Moga syahid mengiringimu.

            Baca artikel sudah. Tonton video pun sudah. Bangun sebentar buat air teh untuk hangatkan badan yang kian beku. Sudah berlapis-lapis baju, masih sejuk! Tiba-tiba lagu Arab berbunyi dari phone. Tinggalkan air teh, terus lompat ke tempat charge telefon.

            “Walid Usrati..”




            Abah call tu. Apa punya anak. Abah yang asyik call, aku jarang sekali.

            “Assalamualaikum…”

            Bunyi bising yang kedengaran. Setelah beberapa minit, baru suara abah muncul.

            “Walaikummussalam… haa..dok buat apa?”

            “Baca bukuuuuuuu” [Aceeeh! Jawapan aku..]

            “Ohh..abah hantar Izati semalam. Hari ini pi pula, dia dok kata lapar..”

            “Amboi..baru hantar semalam, hari ini pi pula..”

            “Dia dok kata lapar… depa makan dalam talam, dia kata seronok Cuma lapar ja laa..”

            “Hmm..biasa la tu…dok asrama, tahfiz pula tuuu.. pakai tudung labuh ka abah?”

            “Ha laaa… pakai tudung labuh la..apa laa..”

            “Hehe..ye laaa…”

            Aku hampir terlupa pula. Semalam abah hantar adik aku masuk tahfiz dekat Yan, Kedah. Belakang tahfiz tu pandai kot. Tahfiz tu perempuan semua. Aku tersenyum mengenangkan peristiwa semalam.

            Dia anak ketiga dalam keluarga. Kami ‘karang bunga’. Perempuan lelaki, perempuan lelaki. Nur Nasuha, Mohd Nurul Afiq, Nur Izati dan Mohd Munajat. Dari kecil, jujur.. aku benci dia [ tak suka la]. Aku ingat lagi, waktu dia lahir.. abah bawa aku pergi hospital. Mak baring atas katil, pastu ada baby kat sebelah tu. Katil mak penuh darah. Abah suruh aku cium dia. Aku tak mau. Aku kata tak suka. Twink * twink * aku pun terfikir kenapa aku tak suka dia?

            Kami semakin membesar. Dia berkongsi bilik dengan aku. Bertambah aku tak suka. Faham tak, aku tak suka? Kami suka gaduh. Bila aku duduk asrama, dia buat bilik tu macam dia yang punya. Banyak cantik. Boleh dia kata, semua barang tu dia punya? Apa lagi..

            “Hang tu dah menumpang bilik akuu?”

            “Woiiitt.. sapa kata? Ni bilik aku juga..”

            “Amboi..sebelum ni hang tidur dengan mak ok? Hang yang menumpang..!”

            Bla..bla..dan bermacam lagi yang kami tengkarkan. Kalau aku balik rumah, hujung minggu… dia akan tidur kat kampung, rumah Tok Jah. Begitulah sebaliknya. Kami tak boleh duduk sekali. Mak kata, macam bawang putih bawang merah. Fuh, pasangan yang ideal!

*****

            Aku baik dengan adik bawah aku. Adik lelaki. Kami sekepala. Kalau dalam kereta, adik perempuan aku duduk tengah. Aku akan cuit adik lelaki di hujung sana, dan kutuk adik perempuan aku. Bila dia sedar, dia pusing belakang. Tengok ‘angah’ dan tengok aku. Kami masing-masing pusing badan ke arah tingkap kereta. [kejam..kejam]

            Aku tak pernah sembang dari hati ke hati dengan dia. Aku degil. Dia pun degil! Lantak ar, last-last bertengkar sokmo. Tambah aku benci dengan perangai dia. Bla..bla dan bermacam lagi benda yang rasanya, tak patut aku khabarkan. Biarkanlah rahsia.

            Dan hari ini, aku lupakan kisah semalam. Aku sedar, aku kakaknya, darah dagingnya. Bak kata pepatah , ‘air yang dicincang tidak akan putus.’ Sekalipun aku bencinya, aku tidak boleh tipu, ada rasa sayang seorang kakak dalam diriku. Sayang seorang kakak buat adiknya.

            Masih aku ingat, aku meraung dan rebah tatkala mengetahui segala masalah yang adik aku lakukan. Saat itu aku rasakan, tidak bergunanya aku. Tidak ada erti seorang kakak buat adik. Sanggup biar adik rosak begitu sahaja. Menangislah air mata darah sekalipun, masa tidak boleh diputar kembali.

            Aku cuba yakinkan abah. Kita ubah dia. Bawa dia pada Islam. Dan subhanallah, penantian aku berakhir dengan berita gembira. Abah hentikan dia dari sekolah biasa. Dan semalam, dia mulakan kembaranya di maahad tahfiz, bermula kembali form 1. Jika tidak, dia dah form 3 tahun ini.

*****

Adikku sayang,

            Syukur kerana engkau memilih jalan ini. Kakak doakan, adik terus istiqamah membentuk diri. Mencari nilai dan erti seorang muslimah sejati yang sebenarnya. Adik, bukan senang untuk kita menjadi seorang muslimah Islam. Berusahalah kamu ke arah itu.

            Kakak doakan, hijrah kamu ke dunia tahfiz itu membuahkan sinar keimanan yang teguh kepadamu. Insyaallah. Akak masih ingat kata-kata adik tempoh hari, “kakak.. kita lumba sapa habis dulu hafaz 30 juzu”. Subhanallah, kakak takjub. Kakak sahut cabaranmu itu, sebagai motivasi kita bersama.

            Semoga kita sama-sama menjadi seorang hamlatul quran. Sama-sama kita banggakan emak dan abah. Menjadi anak perempuan yang terbaik dan senantiasa memberi kegembiraan kepada mereka. Adik, akak harap..dengan hafazan quran kita, dapat memberi syafaat kepada kedua ibu bapa kita, kerana mereka yang bersusah payah menghantar kita untuk mengaji dan menjadi seorang ‘hafizah’. Amin..

Adikku sayang,

            Terlalu indah untuk kakak katakan, ‘kakak bangga dengan kamu!’ bangga dengan perubahanmu. Subhanallah, tidak sia-sia penantian kakak di sini. Benarlah, Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Adik, 4 tahun kakak di sini dan sepanjang itu, kakak harap kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Tidak sabar rasanya untuk melihat perubahan kamu. Pasti manis bertudung labuh dan berjubah bukan?

            Semoga senantiasa gembira dengan suasana baru di maahad tahfiz itu. Syukurilah nikmat di maahad tahfiz itu, kerana kakak yang sejak dulu pinta kepada abah dan emak untuk berada di dunia maahad tahfiz tidak pernah terlaksana, tetapi adik.. tanpa dipinta dan tanpa dirancang, Allah campakkan kamu di sana. MasyaAllah..hebatnya perancangan Allah. Teruskan perjuanganmu sayang!

*****

            Di akhir perbualan. Berbual dengan mak. Rindunya pada seraut wajah itu.

            “Buat paa?”

            “Baca bukuuuu” [Itulah jawapan kamu Nasuha!, baca betul ke tidak?]

            “Ooo…belajar elok-elok..”

            Glurrpp..ayat terakhir mak sebelum talian telefon dimatikan. Belajar elok-elok. Minda berputar, memikirkan. sepanjang aku di sini, banyak masa kosong. Kadang masa yang ada terbuang begitu sahaja. Sadisnya!

            Hari ini, kata-kata terakhir mak bagai halilintar. Meskipun ayatnya tampak biasa, tapi kesan di hati sangat tajam. Mak.. maafkan anak mak, sebab main-main selalu. Dapat markah exam pun sikit sebab main-main sangat.

            Sabtu ni final exam, tak boleh main-main lagi. Ingat! Mak dan abah penat bekerja, kamu kena study rajin-rajin Nasuha! Chaiyok..

Nota kaki :

-sentiasa insan itu pasti akan berubah, kembali kepada fitrah, sama ada cepat atau lambat

-jangan main-main, ingat mak dan abah kat kampung, struggle for exam!

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
3.30 pm
1 Januari 2011

3 comments:

fahmi fauzi said...

air yang di cincang xkan putus..:)

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

sayang pastinya berpanjangan.... pertalian darah x mungkin akan terlerai...., jaga diri ye, jauh disana.....

Muhd Iqbal Samsudin said...

ana tak bagi mak ayah ana telefon ana kalau nak cakap, sebaliknya ana akan call depa. Kalau depa nak cakap sangat, depa sms.

Kesian kat depa kena bayaq bayak pulak bil talipon.