Pages

Friday, December 30, 2011

MUJAHADAH ITU PAHIT

            Aku sedang meniti hari, untuk masuk ke tahun baru. Berbaki sehari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, bumi Irbid kian sejuk. Sejuk yang tersangat. Kalau jirus air atas kepala, terasa sakit yang teramat sakit. Mencucuk-cucuk. Nak rasa macam mana sejuk bumi Irbid saat ini? Kalian masuk dalam peti sejuk, itulah rasanya. Kalau nak rasa air bumi Irbid, ambik air dalam peti sejuk, jirus dekat badan. Begitulah rasanya.

            Bila musim sejuk ini, semuanya terasa malas. Segala aktiviti tergendala. Terasa malas untuk keluar sebab terlampau sejuk sangat-sangat! Inilah…namanya sebuah mujahadah. Mujahadah untuk bangun pagi. Mujahadah untuk melawan nafsu dan segala-galanya.




            Sudah hampir 4 bulan aku di sini. Namun, entah berapa kali yang mampu untuk aku bangun malam, membuat qiamullail. Bayangkan dengan suhu yang terlampau sejuk, penangan hirom [selimut setebal 6 kg] membuatkan bertambah liat untuk bangun. Enak rasanya tidur di dalamnya, terasa hangat. Kalau dah buka hirom, perghhh.. sejuknya hanya Allah yang tahu.

            Jam memang sudah dikunci.

4.00 pagi…

4.15 pagi….

4.30 pagi..

            Masih tidak bangun. Hanya tangan yang asyik menekan punat ‘off’. Bukan senang nak bangun pagi dengan suhu yang sebegini rupa. Akhirnya.. 5 lebih baru buka mata. Nak qiam macam mana lagi kalau azan sudah dah berkumandang.

            Habisss… hawa nafsu dah menundukkan aku!

*****
Mujahadah itu pahit..

            Aku akui. Sememangnya sukar dan pahit untuk bermujahadah dalam melakukan amal kebaikan. Mujahadah untuk bangun pagi pun sukar, apatah lagi mujahadah untuk melawan sesuatu yang jauh lebih berat. Pasti lebih sukar!

            Kalau mujahadah itu semuanya manis, tak dinamakan mujahadah. Kita bermujahadah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Bila dah nak berubah ke arah kebaikan, ada saja makhluk yang senantiasa meningkatkan gerak kerjanya untuk menghalang kita dari terus bermujahadah ke arah kebaikan itu.

            Manusia senantiasa kalah.

            Contoh di bumi Irbid sendiri, bangun pagi untuk solat Subuh. Sepatutnya, usai solat Subuh janganlah kita tidur. Tetapi tidur juga. Iyalah, dah sejuk sampai terketar-ketar, nak tunggu apa lagi, masuk saja dalam hirom dan pejam mata. Baru puas!

            Saat itulah kita sudah kalah. Syaitan sudah menang. Geram bukan?

Fikirkan cara!

            Tak selamanya kita harus berdiam diri. Mengikut rentak nafsu yang tidak ke mana.  Apa yang harus kita lakukan? Fikirkanlah cara baru. Kita manusia hebat, dikurniakan akal untuk berfikir. Gunalah akal kita sebaiknya.

            Aku ada satu cara. Apa yang aku buat? Usai solat isyak dan selesaikan segala urusan, terus tarik hirom. Tidur! [awalnya..] apa-apa sajalah, janji..tidur awal dapat buatkan aku terjaga di malam hari. Dan akhirnya terlaksanalah qiamullail yang sebelum ini hanya angan-angan sahaja.

            Aku rasa itu yang terbaik. Bila kita tidur awal. Tiadalah perkara sia-sia yang kita lakukan. Kenapa? Bila kita tidur awal, kita tak banyak bersembang dengan orang. Kuranglah dosa banyak bicara di situ. Bila kita tidur awal, kita tak banyak habiskan masa di hadapan Fb..

Betul kee?

            Ya la.. bila dah bangun tengah malam. Nak bersembang dengan sapa? Semua dah tidur. Nak berbual sorang-sorang? Sah-sah wayar putus. Jadi, bila dah sorang-sorang tengah malam, lebih banyak masa untuk kita dekatkan diri pada Allah. Berseorangan meluah rasa tanpa sebarang gangguan.

Indahnya mujahadah..

            Itulah indahnya bermujahadah. Jika kita sanggup fikirkan cara dan laksanakannya. Kita akan dapat merasa nikmatnya mujahadah itu. Meskipun mujahadah itu pahit. Kita kena ingat bahawa syurga itu manis.

            Untuk dapatkan kemanisan syurga, kepahitan harus kita tempuh terlebih dahulu. Lawan segala-galanya. Lupakan dunia yang sementara ini. dan kejarlah redha Allah. Kita tidak akan rugi. Benar.. malah kita akan jadi insan yang ‘kaya’ dengan rahmat Allah.. amin

“…Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan…”

~shaad :26~

Sahabatku,

            Mujahadahlah kita. Jangan turutkan hawa nafsu itu. Janji Allah tersangatlah pasti. Sesiapa yang menurut hawa nafsunya, nantikanlah balasan Allah di akhirat kelak. Apa salahnya kita lawan hawa nafsu itu. Kita tidak akan rugi walau sedikit pun kerana rahmat Allah itu Maha Luas. Kita tinggalkan hawa nafsu itu, demi Allah..

            Kita pilih untuk bermujahadah kerana kita yakin bahawa Allah tidak sesekali akan sia-siakan hamba-Nya. Ya, Allah tidak sesekali akan sia-siakan hamba-Nya. Mujahadahlah sahabatku..

Tinggalkan cinta makhluk..

Tinggalkan kesenangan dunia..

Tinggalkan mengejar nama…

            Lebih indah mencintai Allah. Lebih nikmat mencintai akhirat. Biar nama yang kejar kita. Yakni, nama yang membawa kebaikan bukan yang membawa keburukan…

Nota kaki :

-mujahadahlah kita untuk melakukan kebaikan, yakinlah bahawa rahmat Allah itu tersangat luas.

-doakan aku terus bermujadahah.

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
2.02 pm
30 Dismber 2011

2 comments:

nor said...

assalamualaikum ya ukhti

ya, mujahadah itu pahit,susah,lelah..ana pun ada kunci jam semalam,tidur punya awal, last2 mak kejut subuh..jam ke mana, qiam ke mana..

teruskan mujahadah kerana syurga itu indah...
insyaAllah..

Unknown said...

wassalam..

ya, mujahadah memang sangat payah :)

insyaallah..sama2 kita usaha ukhti..