Pages

Monday, December 19, 2011

LUAHAN RASA


Kepala terus ligat memikirkan.
Jiwa berterusan memberontak.
Bagai dicarik-carik sembilu.
Titis air mata gugur jua membasahi pipi.

            Aku rindu satu nama itu. Nama yang pasti terpahat di kalbu. Ketegasannya yang aku rindui. Ketabahannya yang aku kagumi. Benar, aku rindu ‘dia’.

Serikandiumar….

*****
Kelemahan itu muncul…

            Hampir 4 bulan aku di bumi Irbid. Selama itu Qani’ah Mawaddah menelusuri kehidupannya. Aku sedar..pandangan orang terhadapku.

            “Pakai purdah..diam di luar, tapi..aktif di FB…”


Pertama : Mungkin pandangan yang ‘baik’

Kedua     : Mungkin pandangan yang ‘tidak baik’

            Siapa tidak malu, orang menyebut nama Qani’ah Mawaddah. Seakan mahu merentap pipi. Menampar pipi. Memalukan diri. Aku diam sejenak. Apa salah aku?

Renungilah Qani’ah Mawaddah..

            Benar.. engkau jauh tersasar. Tersasar dari jalanmu yang sebenar. Semua orang membenci Qani’ah Mawaddah. Ops, mungkin sikapnya!

            Ya..aku turut membencinya. Hati memberontak. Merindui ‘serikandiumar’. Hilang dari diriku. Kenapa? Bagaimana untuk aku lakukan..? Ya Allah.. aku sedang mencuba. Bukannya aku hanya berdiam diri.

            Aku tidak mampu kembali, menukar nama kembali kepada ‘serikandiumar’. Serikandiumar hanya satu kenangan. Kenangan yang aku tinggalkan. Namun, memorinya masih utuh terpahat di kalbu.

*****
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

~al baqarah : 286~

            Aku tidak mampu berpatah balik kembali. Hampir semalaman aku memikirkan. Mencari secebis kekuatan. Mencari erti dan nilai diri seorang Qani’ah Mawaddah. Aku membaca artikel demi artikel di dalam sebuah blog yang aku kagumi. Kagum dengan dakwahnya.

            Nah! Air mata aku tumpah. Aku rindu dunia tarbiyahku. Aku rindu perjalanan dakwahku bersama sahabat tercinta. Rindu halaqoh cinta ‘sufiharaki’ yang aku ketuai. Hari ini, benar… aku rindu. Dan saat ini, aku ketemui jawapan…

Mengapa sinar cahaya itu malap pada diri Qani’ah Mawaddah…?

            Jawapannya…

Engkau sudah jauh dari dunia dakwah dan tarbiyahmu! Allah hilang dari hatimu...

            Allah.. ya, dulu aku kuat. Kuat dengan tarbiyah bumi maahadi. Hari ini, aku sudah keluar jauh dari dunia itu. Terdampar gersang di bumi Irbid. Aku masih belum jumpa apa yang aku ingini.

Alasan!

            Bukan tidak jumpa. Engkau malas mencari Qani’ah Mawaddah!

*****
Mencari punca…

Kata-kata para da'i awal dahulu,

"Futur itu terjadi disebabkan langkah mulanya tidak benar."

            Aku kembali memikirkan susur galur  perjalanan aku. Aku pandang keluar tingkap bilik. Angin kuat. Bergoyang hebat pokok diluarnya. Begitu juga insan-insan yang sedang berjalan menelusuri bumi Irbid tika ini. Penghabisan musim sejuk, beginilah keadaannya.

            Aku terkaku sejenak. Hatiku beku. Sejuk…

            Adakah akan berakhir seperti musim sejuk ini? Mungkinkah musim bunga yang bakal tiba bisa melahirkan bunga keimanan dalam diriku?

Nur Nasuha binti Abdul Rahman…

            Hatimu perlu istiqamah. Walau dicampak di mana sekalipun, engkau perlu tabah. Engkau susuk tubuh seorang serikandi. Kenapa jiwa serikandi serendah ini..? Allah…aku tunduk. Memandang bumi. Tidak mampu memandang langit yang luas. 


Kerana aku begitu kerdil tika ini...
Rahmat Allah itu Maha Luas….

*****
Sahabatku sekalian,

            Bantulah aku. Aku juga insan biasa. Lemah tidak berdaya. Adakalanya aku di atas. Dan ada kalanya aku jatuh menyembah bumi. Aku kini kian rapuh. Bantulah aku sahabat.

            Sahabat sufiharaki, aku rindu kalian. Rindu halaqoh cinta kita. Rindu taujihad indah kita bersama. Masihkan kalian ingati diriku ini? Allah… aku rindu kalian. Doakan aku kuat diperantauan. Doakan semangat jihadku tidak akan luntur!

Izinkan gadis kecil ini,

Mengundur diri,

Cukup sekadar ini ku katakan..

Doakan aku..

Aku tidak mampu menjadi ‘serikandiumar’ kembali..

Biarlah, aku dengan Qani’ah Mawaddah..

            Bukan sebarang Qani’ah Mawaddah. Namun… Qani’ah Mawaddah, yang masih bersisa ketegasan ‘Umar’ nya.. di sebalik kelembutan ‘Abu Bakar’ yang ingin diteladaninya. Demi mencari redha-Nya…

…demi Redha-Nya..

            Mungkin langkah aku pincang. Jauh tersasar dari matlamat sebenarku. Usaha gigih untuk menjaga keimanan itu tidak sekencang dulu.

Banyak yang terlalai..
Banyak yang terleka…

Kembali.. [kata-kata blog ‘dia’ yang aku rasakan sama dengan  hati ini]

Aku perlu kembali. Kembali bangkit dan kembali berprestasi. Umat sedang menunggu. Kepincangan niat itu biasa. Namun terus berada dalam kepincangan itu yang binasa. Perubahan itu perlu dibina, dan Allah tidak akan mengubah selagi kita tidak mengubahnya.

Dan itulah antara sebab mengapa blog ini seakan-akan aku biarkan bersawang. Kerana aku  tidak sanggup untuk menyampaikan dalam keadaan yang tidak stabil. Namun sampai bila ia perlu diteruskan? Lalu jemari ini kembali ditarikan. Untuk meraih secebis kekuatan.

Mohon didoakan diri ini.
Aku ingin perbaiki keadaan ini.
Dan aku pasti ia masih boleh diperbaiki.                                                                                                                                                                                                  
Kerana hidup ini masih berbaki.

Nota kaki :

1-      Terima kasih atas teguran kalian pada diriku ‘Qani’ah Mawaddah’
2-     Doakan aku kuat kembali, ketegasan memagari diri ini kembali

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
1.51 pm
19 Disember 2011

6 comments:

CHE ROSSLI said...

Terbaik!

fahmi fauzi said...

Allah bersama kamu sentiasa~

Sang Pemikir said...

Teruskan jari jemari Qani'ah Mawaddah menari-nari di papan huruf yang tersusun rapi. Teruskan pena fikiranmu bergerak menebarkan dakwah di dunia siber ini. Teruskan akal murni itu menyentuh hati dan perasaan pelawatmu.

fendy said...

sangat bagus. terima kasih.

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

Assalamualaikum...

sama2 update diri dlm ibadah..insya Allah

Aminah said...

Binalah dirimu dr dalam ke luar...