Tuhan, sungguh lama ku tidak bertinta. Jari jemari kaku untuk menaip. Hati tertutup untuk berfikir. Hingga penuh tompok hitam memenuhi hati. Baru ku sedar saat ini, begitu jauh aku telah pergi. Hanyut terpesona dengan dunia.
Hari ini Hari Raya Aidil Adha. Sama-samalah kita menyambut seruan pengorbanan itu. Pengorbanan dalam segala-galanya. Tambah tambah pengorbanan melawan godaan nafsu. Pengorbanan meninggalkan keasyikan dunia menuju kepada keasyikan cinta-Mu Ya Rabb.
Hampir sebulan tidak meng'update' blog kesayangan. Subhanallah, pantas masa berlalu. Sudah 1 Ramadhan. Hari ini sudah 2 Ramadhan. Niat mahu menulis entry ini semalam. Tetapi faktor kesuntukan masa, hari ini saja yang mampu untuk qaniah mula menulis kembali.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah masih hidupkan diri ini dan sahabat-sahabat semua untuk melalui bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan Kareem. Insyaallah. Doa-doalah, kita mampu menghabiskan sebulan Ramadhan ini dengan jayanya. Amin.
 |
| Sekadar gambar hiasan |
Setiap kali melangkah keluar rumah di bumi Irbid ini, pasti ada saja pengemis di jalanan, kanak-kanak si penjual chew gum dalam kotak kuning. Kadang-kadang mata tidak dapat menahan rasa sayu, melihat pak cik-pakcik dan mak cik-mak cik yang baya tok wa kita di kampung. Tapi mereka sekarang ini di jalanan. Rasa sayu itulah membuatkan diri ini cuba juga menghulur berapa qursh (sen) yang ada.
Rasa bersalah kalau tidak diberi. Rasa sedih. Memanglah orang kata, orang nasihat semua pelajar supaya jangan bagi duit nanti diorang tipu. Tapi atas rasa ehsan sesama muslim, gagah juga diri ini cuba hulurkan duit. Sama ada dia nak tipu atau tidak, terserah, biar Allah yang menilai. Sebab diri ini tak mampu rasanya nak berjalan di hadapan mereka begitu saja. Tambah-tambah kalaua da hari tak bawa duit, terserempak dengan mereka yang duduk di kaki lima jalan, sungguh diri ini diragut rasa sebak.