Pages

Tuesday, July 31, 2012

MURABBI BERJIWA SUFI

Dialah sang murabbi yang selamanya bertakhta di hati. Taujihadnya terkesan di hati hingga membuatkan diri ini begitu jatuh cinta dengan jalan perjuangan ini. Inilah murabbi yang seringkali qaniah sebutkan, yang seringkali qaniah kagumi. Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Romli. Murabbi sinonim dengan panggilan 'pak long' bagi sesiapa yang mengenalinya.


Qaniah mengenali murabbi sejak dari form 2, di pengajian Darul Hadis. Bila teringat kembali kisah lama, rasa lucu dan kelakar. First time jejakkan kaki ke Darul Hadis, suatu petang qaniah dan kak Teha serta seorang lagi kakak, qaniah lupa namanya, kami berjalan kaki ke Darul Hadis sebab katanya ada kuliah pengajian.



Monday, July 30, 2012

SI SOLEHAH

Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.

Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Qaniah bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. Qaniah juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.

Wednesday, July 11, 2012

DIARI : BABY BARU

Malam-malam suka kacau kak Hurriyyah sebab dalam perut kak Hurriyyah ada baby. First time kak Hurriyyah datang tidur rumah kami sebab ustaz bawa datang Alor Setar. Qaniah asyik pegang perut.


Lucu teringat satu benda. Time qaniah riuh nak pegang perut umi dia, baby tak gerak langsung. Kecewalah qaniah. Asyik nak pegang baby tak gerak pun. Malam tu, kami baru balik dari kuliah, so singgah dengan Shell kejap, nak beli air mineral. Semua tak nak turun, jadi qaniahlah yang kena turun.


Bila qaniah masuk dalam kereta...