Pages

Tuesday, January 31, 2012

RAGAM KANAK-KANAK RIBENA

             Hari ini malas lagi rasa nak pi Markaz Hafsah [markaz quran]. Semalam ponteng :P Tak ambik exam. Apa nak jadi, si qaniah ni. Utamakan nafsu tidur dari pergi kelas quran. Semua jangan tiru qaniah. Qaniah patut dihukum. [aceeehh..]

            Bangun juga pergi markaz hari ini meskipun lewat. Sejuk sangat hari ini. Baju sejuk pula basah, sebab semalam pergi Dewan Muktamarat. Basah kuyup. Hujan lebat. Bila balik terus sangkut dekat ampaian, apakan daya.. jemuran baju kawan membuatkan baju sejuk bertambah basah esok pagi. Nasib badan la qaniah.

            Masuk markaz hafsah dah lewat. Grr.. perangai kanak-kanak ribena macam inilah. Tolak pintu bilik. Wow, syeikhah tengah hidangkan air teh. Ada kek atas meja. Nyummy. Langkah kanan.

            “Amboi suhaa..macam tau-tau ye nak makan kek hari ini..”

Monday, January 30, 2012

JAGA DIA YA ALLAH


            Jalan hidupnya penuh liku. Menempuh kehidupan sebagai seorang saudara baru bukan satu benda yang mudah. Memerlukan hati  dan jiwa yang kental.

Aku kagum.

            Masihkah kalian ingati ujian ini? Berat sekali ditimpa buat dirinya.

Berlinangan air mataku
Mendapat khabar berita dari jauh
Dia sahabat seaqidahku
Dia sedang bertarung
Dengan sebuah keimanan

            Berkat doa kalian, dia sedar kembali. Namun, aku redha seandainya dia bukan Islam. Aku yakin ada hikmahnya yang tersendiri. Aku redha [Untuk Terakhir Kalinya]

Sunday, January 29, 2012

ROQS : GEMA AL AQSA

28 Januari 2012

            Semangat untuk turun program hari ini. Dewan Tarbiyah jadi focus utama. Majlis penutupan ROQS : Gema Al Aqsa. Penceramah yang didatangkan khas dari Malaysia. Dr Zainurrashid. Sangat hebat. Dan sangat teruja untuk aku menghayati. Palestin tercinta.

            Meskipun aku bukanlah ahli ISMA [Ikatan Muslimin Malaysia] atau sesiapapun, apa salahnya aku turut serta kerana isu yang dibawa bukan isu politik, bukan isu persatuan atau sebaliknya. Tetapi isu yang dibawa adalah isu ‘Palestine’. Isu ummah, isu saudara seaqidah kita. Patutnya kita bersemangat!

            Dewan tarbiyah yang agak lengang. Masih banyak kerusi yang kosong. Ayuh, mahasiswa.. penuhi kerusi yang ada. Ini isu sahabat seaqidah kita.