Pages

Saturday, December 31, 2011

SABARKAH KITA?

            Jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 2.17 pagi. Aku baru selesai menyiapkan ‘samosa’ sebagai santapan esok hari. Teman yang dari tadi menemani, sudah enak dibuai mimpi. Cuma aku yang masih setia di sini. Membuka mata di sebalik kesejukan pagi. Entah kenapa tidak sesejuk pagi tadi, terasa hangat yang menjalari tubuh ini.

            Masih bertelekung, aku capai cermin mata di hujung meja. Terasa ingin menulis di sini. Tersenyum seorang diri mengingatkan suasana ‘Kembara Iman’ di rumah no 9 tadi. Kembara Iman seakan satu usrah yang di bawah Pembangunan Rohani Persatuan Pelajar Malaysia Irbid. Setiap ‘sakan’ yakni asrama diwajibkan melaksanakan ‘Kembara Iman’ ini setiap hari Jumaat malam.



Friday, December 30, 2011

MUJAHADAH ITU PAHIT

            Aku sedang meniti hari, untuk masuk ke tahun baru. Berbaki sehari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, bumi Irbid kian sejuk. Sejuk yang tersangat. Kalau jirus air atas kepala, terasa sakit yang teramat sakit. Mencucuk-cucuk. Nak rasa macam mana sejuk bumi Irbid saat ini? Kalian masuk dalam peti sejuk, itulah rasanya. Kalau nak rasa air bumi Irbid, ambik air dalam peti sejuk, jirus dekat badan. Begitulah rasanya.

            Bila musim sejuk ini, semuanya terasa malas. Segala aktiviti tergendala. Terasa malas untuk keluar sebab terlampau sejuk sangat-sangat! Inilah…namanya sebuah mujahadah. Mujahadah untuk bangun pagi. Mujahadah untuk melawan nafsu dan segala-galanya.



Wednesday, December 28, 2011

BERKORBAN DEMI CINTA-NYA

            Entah mimpi apa hari ini, bangun tidur terus tengok Hindustan. Kal Ho Na Ho. Heronya sudah pasti Shah Rukh Khan dan heroinnya Pretty Zienta. Pelakon lelaki tambahan dan sebagai sahabat baik Pretty adalah Saif Ali Khan.

            Jangan kata apa, sekali aku tonton Hindustan. Sudah pasti terleka. Ceritanya yang sweet dan menyayat hati membuatkan aku makin ‘feeling’ untuk menontan. Maklum lah, hati perempuan. Ada saja yang ‘sweet’ nya.

            Kisah bermula dengan Rahul [ Shah Rukh Khan] yang datang membawa perubahan besar dalam keluarga Neina [Pretty Zeinta]. Keluarga yang dahulunya suram, dingin saban hari..berubah menjadi sebuah keluarga yang bahagia.