Pages

Monday, November 28, 2011

AKU REDHA [ UNTUK TERAKHIR KALINYA]

            Untuk terakhir kalinya aku menulis tinta ini buat sahabatku, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah. Pedih dan perit. Air mata yang cuba ditahan, mencurah-curah turun tanpa henti. Allah… seorang sahabat yang setia membaca kisah BERJALAN TANPA HENTI yang aku tulis. Dan hari ini, ianya hanya tinggal kenangan.

            Hari ini, aku redha melepaskan engkau pergi sahabatku. Aku redha melepaskan engkau pergi kepada keluargamu , kepada agamamu andai takdir yang menetapkan ianya berlaku. Tapi… jauh di sudut hati, aku akan terus berdoa. Sinar Islam itu akan hadir lagi.

            Richard, aku lepaskan sahabatku kepadamu seperti yang kalian kehendaki. Aku akan berhenti menganggunya. Tapi izinkan aku memandangnya dari jauh sebagai sahabatku. Sekalipun dia sudah lupa, aku sahabatnya.

Sunday, November 27, 2011

SAIFUL ISLAM FETRUS BIN ABDULLAH

            Aku lihat Richard Church accepted friends request aku di Facebook. Terus aku online. Menguatkan diri. Menanyakan sesuatu padanya.

            “Selamat malam, boleh saya tahu bagaiman keadaan Saiful..”

            “Syukur saudaraku sudah sedar, dan dia akan kembali bersama keluarganya dan agamanya..”

            Aku terkedu untuk seketika. Mengetap bibir.

Saturday, November 26, 2011

TOLONG DOAKAN DIA

            Seakan semalam aku sibuk menceritakan kisah Nabi Yusuf buat dirinya. Seakan semalam juga aku ceritakan kisah Fatimah kepadanya. Masa begitu pantas berlalu. Benarlah… sesungguhnya di setiap minit dan saat yang bakal datang, bermacam perkara bakal berlaku.

            Aku kenali dirimu, Saiful Islam Fetrus bin Abdullah tika engkau sedang giat meningkatkan keimanan dalam dirimu. Hari demi hari engkau semakin mengenali Islam. Hingga timbul dalam dirimu semangat cintakan Islam yang menebal. Malu rasanya diriku kerana tidak setabah dirimu berjuang untuk mempertahankan aqidahmu.

            Tika engkau dilontar dengan bebanan yang berat. Halangan demi halangan engkau tempuh. Halangan keluarga yang begitu sukar. Bertungkus lumus engkau menolak ajaran Yesus dengan lembut. Kata engkau..

            “Biarkan mereka..mereka sedang berdakwah agama mereka.. kita hanya meraikan…”