Pages

Wednesday, October 12, 2011

EPISOD 12 : BERJALAN TANPA HENTI

          Hari ini hari pertamaku memulakan tugas. Ustaz suruh aku turun makan di kantin SAIF. Aku turun ke bawah. Berjalan di tepi surau. Malunya nak pergi makan ^__^ aku jalan sikit, aku patah balik. Menjenguk kepala di tepi dinding..huhu.. ramainya orang. Aku tak kenal sapa.. nak buat macam mana..?

          Tiba-tiba ustazah Haryati call…

          “Nasuha ada kat mana? Mai makan kat kantin..ustazah ada kat sini…”

          “Err…ok..sat…”

          Aku menarik nafas sedalam mungkin. Whuaa….malu. aku bermonolog dalam hati… lapar kan Nasuha? Jadi..apa lagi..jalan ja la.. malu pun malu la.. janji dapat makan ^___^ aku terus berjalan menuju ke kantin. Semua orang tengok. Malu, malu… aku terus ambik makanan. Duduk dan terus makan. Sepatah pun aku tak bercakap. Aku hanya bercakap apabila ustazah bertanya. Kemudian diam balik.

          Usai makan, aku berjalan menuju ke pejabat SAIF. Ustaz dah tunggu kat luar pejabat…

          “Hari Nasuha pi markaz ya..siapkan kerja bagi habis dulu.. pastu baru masuk HESA.. ni kunci pejabat..”

          “Ok ja…”

          “Hari ini ustaz tak boleh hantar..ustaz Aizat hantar kamu…”

          “Ha…?”

          “Kenapa.. malu ka? Tak pa aih… hari ni ja.. petang satgi ustaz pi ambik..”

          Aku terus toleh ke tepi. Allah!!! Mahu tak mahu, aku naik la juga kereta tu. Duduk belakang sebelah kiri. Sepanjang perjalanan ke Batu 18, aku hanya memandang ke luar tingkap. Diam seribu bahasa.

*****

          Sampai sahaja pejabat. Aku terus buka pintu dan ucapkan terima kasih. Aku terus naik ke tingkat atas. Buka pintu pejabat dan menuju ke meja. Duduk berteleku sebentar sementara menunggu computer dihidupkan. Tiba-tiba…ustaz call..

          “Assalamualaikum…”

          “Waalaikummussalam…”

          “Dah sampai pejabat..”

          “Dah..kenapa ustaz?”

          “Macam ni la bila kita dah tamat zaman sekolah…tak semua yang mampu turun berjuang macam zaman sekolah dulu… dulu kita ramai.. sekarang tinggal kita seorang saja..”

          Aku terkedu. Apa yang ingin ustaz sampaikan? Tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang penuh dramatik ini ^___^

          “Errrr..kenapa ustaz kata macam tu..?”

          “Tak la..ustaz nak ucap terima kasih kat kamu.. sebab sudi tolong ustaz walaupun kamu sorang-sorang..berjuang zaman sekolah dengan alam realiti sekarang tak sama Nasuha.. sekarang baru kita sedar…berapa banyak tenaga kerja yang mampu dihulurkan.. mungkin dulu ramai nak tolong..sekarang…sorang ja…”

          “Ya..Nasuha faham..ustaz jangan risau..doakan ana istiqamah.. ^__^”

          “Baik….buat kerja elok-elok..petang nanti ustaz pi ambik…”

          Talian telefon dimatikan. Aku berfikir sejenak. Benar ya Allah…jika dulu..berpusu-pusu kita ingin menghulurkan bantuan.. berkali-kali kita laungkan erti jihad.. erti sebuah perjuangan..namun..bila di alam realiti.. realiti sebuah perjuangan..yang memerlukan pengorbanan..berapa ramai yang sanggup terus utuh di jalan juang ini? Berapa ramai…? Mungkin hanya seorang yang mampu dan sanggup…allah…~

Istiqamahkanlah daku dalam perjuangan suci ini ya Allah….

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah,
1.30 pm
12 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Tuesday, October 11, 2011

EPISOD 11 : BERJALAN TANPA HENTI

          Abah dan mak masih belum pulang. Aku sudah lambat untuk ke stesen bas. Akhirnya aku suruh angah hantar ke Stesen Bas Jitra untuk ke Shahab Perdana. Lama aku tunggu bas. Tak sampai-sampai juga. Aku sudah naik gelisah. Kalau aku lambat di sini, aku akan lambat untuk naik bas ke Guar Chempedak.

          Hampir satu jam aku menungguh. Bas pun datang. Terus naik bas dan duduk. Ya allah.. punya takut aku terlambat. Takut sampai lambat di Saif. Sampai sahaja di Shahab Perdana, terus naik bas untuk ke Guar. Bas bertolak pukul 7 lebih. Ya allah..aku punyalah ketar. Dah lewat ni. Nanti nak sampai pukul berapa?

          Aku memilih tempat duduk di hadapan sekali. Aku dah tak ingat jalan. Ingat-ingat lupa. Bayangkanlah, hari terakhir aku singgah SAIF… tahun lepas. Pastu… hari ini, kali pertama aku nak jejakkan kaki ke SAIF kembali, seorang diri di malam hari. Nasuha!!!! Suka buat kerja gila la budak ni~

          Di dalam bas, tak sempat tidur langsung. Mata asyik perhati jalan. Memandang signboard. Jauh juga hakikatnya. Naik lenguh bila asyik dok tengok luar…takut-takut terlepas ^__^ akhirnya… aku sampai juga. Turunlah di hadapan balai polis Guar.

          Berjalan di tepi bangunan. Terkejut. Aik! Sejak bila pintu pagar sebelah kanan. Oh…dah buat baru rupanya. Aku berhenti di hadapan kedai. Mendail no telefon ustaz.

          “Salam…ustaz..Nasuha dah sampai..”

          “Wassalam…ar… dah call Kak Timah?”

          “Dah..tapi dia tak angkat..”

          “Pi ja naik atas… bilik warden asrama atas tau..”

          “Ok…Nasuha naik…”

          Terus angkat beg. Berjalan naik. Berhenti di sekerat jalan. Whuaaa…….takut tambah malu. Ketar kaki nak naik pun. Terdengar suara budak-budak. Diorang tengah ‘prep’ di kelas-kelas. Aku berjalan kaki secepat mungkin. Eh.. asrama perempuan dah tukar. Baru teringat, bangunan SAIF terbakar dulu. Jadi mungkin ada proses perubahan di sini. Terus naik atas asrama. Ambil wudhuk. Tak solat maghrib lagi kot….

          Keluar bilik air, terkejut. 3 orang warden perempuan tunggu aku. Diorang bukakan pintu balik warden atas. Terus aku masuk dan bersolat. Tak sempat untuk bertaaruf lebih lama sebab solat perlu diutamakan ^__^ hakikatnya…maghrib dah nak habis ni.

*****

          Usai solat Isyak. Aku terus merebahkan badan di atas katil. Tertidur sebentar. Aku terjaga bila terdengar suara budak-budak. Tersangat kuat.

          “Weh….ada kak baru…”

          “Kak…kak…..keluar la..kami nak tengok..”

          Alamak. Ini yang malu ni. Budak- budak besar ka kecik? Terus aku buka pintu. Diorang serbu kat aku. Ya allah.. kecik-kecik molek. Comel-comel belaka. Whuaaa… macam anak-anak tadika aku. Ada Yasmin, Hakimah…. Kecil molek semuanya. Baru darjah 1 tapi dah pandai berdikari duduk asrama.

          Ada yang main lompat-lompat. Ya allah..pening kepala juga tengok. Diorang ajak aku makan buah. Banyak.. aku pun duduk bersama diorang. Konon nak makan buahlah. Seorang demi seorang bagi buah kat aku. Aku buka. Gaya nak makan…diorang ambik. Buka lagi…diorang ambik. Ya allah!!!!!!! Ni bukan nak bagi aku makan, ajak aku suruh buka buah untuk diorang ni..huhu

          Lepas makan, kami sembang-sembang. Seronoknya… budak-budak ramai. Paling tak tahan bila diorang peluk aku. Habis la. Lenyek aku dibuatnya kalau semua pakat naik atas badan. Riuh satu asrama. Tiba-tiba ada orang call…

          “Nasuha…budak-budak tidur dak lagi?”

          “Belum..”

          “Suruh diorang tidur..tutup lampu..warden lelaki tengah tengok kat atas..dia marah, apasal budak-budak tak tidur lagi…esok sekolah..”

          “Oh ok… sori-sori..”

          Aku terus tutup lampu. Arahkan diorang tidur. Baca doa ramai-ramai. Subhanallah.. comelnya budak-budak ni naik tidur ^___^ selamat malam semua……….

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah
9.08 am
11 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Saturday, October 8, 2011

EPISOD 10 : BERJALAN TANPA HENTI

          Hampir sebulan aku di rumah. Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa ^__^ membantu mak di rumah. Terasa semakin dekat dengan keluarga. Berkhidmat untuk mereka sebelum aku pergi jauh. Aku sudah bertekad. Bumi Jordan akan ku jejaki, walau apa jua cara sekalipun. Tawaran UIAM telah aku tolak. Hatiku yakin, Jordan kan ku miliki. Insyaallah…

          Kekangan masa yang banyak di rumah menyebabkan aku rajin turun ke Maahad. Singgah melepak di teratak Qurratul Ain. Kerinduanku pada sahabat kesayanganku, Lilie Al-Haura membuak-buak. Dulu mungkin kami bertiga.. aku, Najihah dan Lilie. Syafiqah juga teman akrabku…  sekarang tidak lagi, masing-masing membawa diri….

          Minggu ini, aku gunakan kesempatan yang ada untuk turun buat kerja Islam di Jerai. Allah..lamanya aku tinggalkan kerja ini. Ustaz Mad datang ambik. Ustaz kesayangan semua, dan kesayanganku juga ^__^

          Perbualan yang ringkas dan padat di dalam kereta merubah segala-galanya….

          “Semua ni ambik STAM ka..?”

          “Tak..Nasuha sorang tak ambik..dok saja kat rumah ustaz..”

          Amboi..perli sakan budak-budak ni ^__^ akhirnya aku hanya mengiakan apa yang dikatakan..

          “Kamu tak buat apa ka sekarang Nasuha..?”

          “Errr…dah berhenti kerja kat tadika yang ana bagitau ustaz dulu..”

          “Oh..kalau macam tuh..jom kerja dengan ustaz..kat HESA..”

          “Betul ka ni?”

          “Betul la…Ahad ni mula kerja ya..”

          Terkebil-kebil mataku menantikan kepastian. Masyaallah…rezeki dalam kereta. Berkat surah al waqiah yang diamalkan tiap pagi, aku merasakan Allah benar-benar memberi aku nikmat rezeki itu. Allah…syukur~

*****

          Aku duduk bersandar di kerusi pejabat. Mengurut pinggang yang sedikit sakit. Sahabat-sahabat aku yang lain sudah ‘syahid kecil’. Cuma aku yang masih setia meneruskan kerja menaip. Banyak juga untuk disiapkan. Jika tahun lepas, tenaga yang banyak digunakan. Tahun ini, apakan daya..hanya kudrat serikandi-serikandi ini yang terdaya dihulurkan… allah…~

          Hatiku asyik terusik. Mata ini asyik memandang gambar Arwah Ustaz Fadhil Noor yang digantung di dinding pejabat bersama ulamak yang lain. Kenapa ya? Seakan ada sesuatu yang ingin disampaikan…

          Akibat terlalu boring.. aku layari sebentar laman fb.. allahurabbi… mata ku tertancap pada satu kalimat… “Hari ini..tanggal 23 Jun .. tarikh kematian Allahyarham Ustaz Fadhil Noor…” air mataku menitis tanpa disedari. Aku terus memandang potret ustaz di pejabat ini… Ya Allah..saat ini, pada tarikh ini..telah Engkau ambil nyawanya..seorang insan yang berjuang untuk perjuangan suci ini… titipkan aku Ya Allah..semangat perjuangannya….~

*****

          Keesokan paginya.. kami bertungkus lumus menyiapkan kerja yang masih belum siap. Kami dah nak balik petang ni. Kalau tak siapkan semuanya..sapa lagi nak tolong buat? Semakin tekun membuat kerja. Dari pagi hingga ke petang. Tiba-tiba ustaz masuk…

          “Nasuha..siapkan dulu kertas yang MB nak sign..dia ada hal lain pula..”

          “Ok..sat…tengah taip..”

          Laju aku menaip kertas kerja untuk ditandatangan oleh Ustaz Azizan. Kelakar betul. Macam kartun. Semua orang kepenatan. Jangan sangka kerja dah siap. Banyak lagi yang tak siapkan. Apakan daya, aku kena menyambung semua kerja yang tertangguh Ahad nanti. Seorang diri… whuuuaaa… chaiyok Nasuha!

          Kami dijemput untuk makan di bawah. Suka tengok muslimat kita, ramah! Menuruni tangga dengan berhati-hati. Ustaz Azizan ada kat bawah ^__^ wah…first time tengok life secara lebih dekat… kesian kan? Alhamdulillah…nikmat perjuangan ini menemukan kami dengan insan yang turut berjuang untuk menegakkan Islam… satu hati demi perjuangan! Allahuakbar~

*****

          Monolog Qani’ah Mawaddah…

          Hari ini….hati ini gembira Ya ALLAH…gembira kerana telah membantu agama-Mu Ya ALLAH.. membantu dalam mendaulatkan Islam di muka bumi ini.. Ya ALLAH… satukanlah hatiku dan sahabat-sahabatku..agar terus istiqamah berjuang.. berjuang kerana-Mu semata Ya Allah….

Sahabatku..
          Aku menyayangi kalian kerana Allah. Atas dasar perjuangan ini kita telah bertemu. Perjuangan ini telah menyatukan hati kita untuk sama-sama mencurahkan tenaga untuk kemenangan ISLAM. Allahuakbar! Ana sayang kalian… ^__^

Bersambung…

Qani’ah Mawaddah,
9.45 pm
8 Oktober 2011
Irbid, Jordan